Lama betui tak pi klinik Baharom kat Jln Sentul tu. Tapi dek kerana sakit kaki ni tak baik2, aku pi juga. Kira2 dah 7 thn jugalah tak pi sana, last pi thn 2003. Dah putih rambut dan janggut dokor baharom hehehe tapi dia masih sama juga. Semua cepat. Dan macam biasa kena ambik darah, scan dan kena cucuk pada urat kaki. eeeee ngerinya, dah lama tak kena suntik. Masa scan mmg jelas urat2 kaki bengkak, maybe bnyk sgt dok bergerak kat kedai.
Tapi penjelasan dia sgt jelas, tak macam klinik M*******n kat rumah aku tu, tengok doktor pun mmmm cam sambil lewa saja. Bg ubat tahan sakit, ubat sapu ... dahhhhhhh. Rawatan susulan mmg tak adalah. Doktor Baharom juga yg bagussss.
********************
22 april 2013 - oleh kerana ramai yg menerjah ke blog ni utk cari info berkaitan Klinik Baharom yg femes tu, aku bagi detail sikit berkaitan klinik ni utk rujukan semua yg berminat.
Klinik Baharom terletak di Jalan Sentul, Kuala Lumpur. Bila masuk je simpang Jalan Sentul, kita akan jumpa traffic light utk simpang ke BB Sentul. Jalan terus. selepas simpang ke Bandar Baru Sentul (sebelah kanan), kita akan jumpa Klinik Baharom di sebelah kiri jalan.
Klinik Baharom dibuka pada jam 8.00 pagi tapi selalunya doctor sampai jam 9.00 pagi. Tutup jam 5.00 pm tapi awas adakala jam 4 doctor dah balik. Tengok pada pesakit.
Dulu aku dok kat Taman Dato Senu, Sentul. Klinik Baharom adalah klinik panel yg terdekat. So mmg semua urusan sakit dengan klinik baharom. sakit pening, cek mengandung, cucuk imunisasi anak (4org) semua di klinik ni. Kalau berminat boleh datang selepas lunch, sebab pagi memang selalunya full house.
Klinik Baharom sangat popular di kalangan warga emas. terutama yg ada masalah sendi. Biasanya warga emas akan dptkan rawatan sendi, dr tak boleh jalan, dah boleh berjalan. Juga sangat popular utk yg ada masalah alergik. Doktor Baharom seorang yg sempoi, berjanggut putih tapi maintain hensem hehehehe. Orangnya agak pantas dlm buat kerja, semuanya cepat. Kalau nak kena cucuk, belum sempat kita toleh tengok lengan yg nak dicucuk, semua dah siap ..
10 tahun jugalah Klinik Baharom menjadi klinik keluarga kami. Sebabnya - Doktor Baharom sangat pakar orangnya, teliti bila merawat. Dia tak akan tunggu sesuatu penyakit melarat. Masa mengandung anak ke-2, aku pernah bleeding sikit, ambik ubat di klinik, rehat 2 hari, alhamdullilah ok. Masa arwah mak mertua sakit, aku bawa ke klinik baharom juga. Masa tu lg beberapa hari dia nak ke Mekah. bahagian lengannya sakit dah hampir sebulan, dah merata klinik kat negeri 9 yg dia pi tapi semuanya sama je. bila tengok keadaan dah melarat, arwah mak tak boleh tidur dan adakala merintih sakit, aku bawa ke klinik baharom. injection dan ubat dgn dos yg tinggi aku rasa yg dibekalkan. ALhamdullilah dpt juga mak ke Mekah dan memunaikan haji. Tapi doctor dah pesan, balik Mekah kena terus buat cek kat hospital. Mak mertua meninggal selepas balik dr haji. rupanya dia ada kanser, cuma mujur rawatan di klinik baharom membolehkan dia menunaikan haji. mmg mak risau sgt takut dia tak mampu nak ke mekah dgn kesakitan yg dia hadapi, yg hospital tampin dan klinik2 lain tak boleh kesan apa penyakitnya.
Selepas berpindah ke Bandar Sri Permaisuri, aku jarang ke klinik baharom sebab jarak yg jauh. Cuma bila aku kena sakit pada tumit, sendi kaki yg amat sgt, aku pi klinik baharom semula. ini kerana klinik mediveron dgn doctor yg sengal membuat aku menanggung kesakitan yg berbulan2 lamanya. 2 kali aku pi klinik sama, 2 kali bg ubat sama, siap membebel. kalau aku tak sakit aku tak gi klinik. dan oleh sebab dah tak tahan sakit aku bergerak jauh ke klinik baharom. alhamdullilah sakit berbulan yg aku tanggung hilang. Doktor akan bekalkan ubat, siap doa sekali. kalau datang sekali lagi dia akan tanya - baca tak doa yg saya bagi hari tu? tak berdoa mcm mana nak baik .... hehehehe.
Cuma .... bayarannya sedikit mahal. sediakan kad kredit kalau tak cukup cash. nak perkhidmatan yang baik mesti bersedia mengeluarkan belanja yg lebih .... kalau tak nak keluar belanja, jaga kesihatan diri ..... Apa pun doctor Baharom adalah doctor yg terbaik yg aku jumpa setakat hari ni ... mmmm cuma sekarang dah makin jauh .....

5 comments:
memang ok doktor baharom ni..pernah gi sekali sakit tapak kaki, alhamdulliah ok tapi nak pergi lagi
I like doktor because, bila Tanya apa kerja dakwah,
masih bukak lagi ke klinik nih?? dgr kata dah tutup permanently??
rawatan jerawat batu, gatal muke akibat jerawat tu ada tak sesapa berpengalaman g buat rawatan kt dr baharom ni?
klinik pakar lelah sedut lendir dr baharom ani
Post a Comment