3 Februari, jam 7, Kak Aishah call dari Raub, Sepupu aku yang juga bapa saudara dia meninggal dunia di Tmn Desa. Pagi lagi aku dan hubby ke sana. Di rumahnya yg aku rasa majoriti jirannya adalah cina, cuma ada dalam 10 orang saja sedang membaca tahlil, termasuk sepupuku Abg Wahab (Datuk Abdul Wahab Majid), juga adik kepada arwah.
Memang mulanya aku rasa janggal nak ke sana kerana aku tak rapat dengan mereka. Tapi mereka adalah sepupu2 aku, yg sebenarnya ikatan kekeluargaan masih kuat. Kali terakhir aku jumpa Abg Dolah semasa dia masuk wad di Tawakal, masa tu aku masih belajar di itm. Aku banyak tahu mengenai beliau dari mak. Dulu2 anak2 buah abah agak rapat dengan abah. Ngah Majid, abang abah adalah abang yang paling abah sayang. Semua mak yg cerita, sebab Ngah Majid orangnya lembut tak macam Mamak Mat Yudin yang garang.
Abg Dolah adalah bekas Timbalan Menteri Buruh. Banyak yang mak ceritakan termasuk hal 3 Abdul, dimana Abg Dolah menjadi mangsa politik.
Sebanarnya raut wajah abg Dolah, Abg Wahab seiras abah. Kami anak2 abah lebih mengikut rupa mak. Melihat muka arwah yang bersih seperti orang tidur, mengingatkan aku pada abah.
Ramai yang pelek bila aku katakan arwah adalah sepupuku. Kerana umur aku lebih muda dari anaknya. Bukan tu saja, cucu2 sedara pun ada yg lebih tua dari aku. Sebab abah dapat anak lewat, umur abah hampir 50 thn, abah baru dapat anak sulung. Jadi jarak umur kami adik beradik dan sepupu sebelah abah adalah sangat jauh. Apa lagi aku, kiranya aku adalah cucu bongsu kepada arwah Atok, Mohd Jabar. Nama Atok diabadikan pada sebuah sekolah rendah - Sekolah Kebangsaan Mohd Jabar, di Raub.
Sebenarnya saudara mara sebelah abah terlalu ramai tapi aku yang tak berapa kenal. Ada sepupu aku yang aku tak kenal langsung macam anak2 Cu Nab. Abah meninggalkan kampung halaman di Raub dan merantau. Bekerja sebagai pemandu keretapi (yang dulunya glamour cam pilot) membuatkan abah merantau ke negeri2 lain dan jarang pulang ke kg sampailah abah berkawin dengan mak, dan terus menetap di Kedah. Aku dah sekolah baru aku kenal sedara mara dari Raub.
Bulan lepas seorang lagi sepupu aku Abg Omar meninggal. Bulan ni Abg Dolah pulak. Walaupun jarang2 berjumpa sedara , sesekali bertemu macam semalam banyak yang diceritakan, terasa hubungan kasih sayang antara keluarga tetap ada walaupun kami tidak rapat secara zahirnya. Tetapi mereka2 adalah darah daging ku.
Semuanya telah tertulis, semuanya ada hikmah yang besar di sebalik apa yang Allah takdirkan.
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
1 comment:
Assalamualaikum kepada pemilik blog Colour of Harmony,
Saya Nadia Mohd Rasidi, mewakili syarikat penerbitan filem Red Communication (www.red.com.my). Saya ingin berhubung dengan Datuk Abdul Wahab Majid untuk berbincang berkenaan sebuah projek filem dokumentari yang terkini. Saya dapati yang saudara/saudari bersepupu dengan beliau berdasarkan posting blog ini: http://colour-of-harmony.blogspot.com/2010/02/saudara-dekat-yang-jauh.html. Saya ingin bertanya sekiranya saudara/saudari masih dapat berhubung dengan beliau. Jika ya, saya amat berterima kasih sekiranya maklumat hubungan beliau sudi dikongsi dengan saya.
Terima kasih atas masa anda.
Yang benar,
Nadia
Post a Comment