Di kawasan perkuburan sebelum jenazah disemadikan.
7 Okt, jam 10 pagi Kak Normah meninggal dunia. Innalillah ....
Ros call awalnya menyatakan maknya tenat, tak lama lepas tu dia call semula yg Kak Normah dah tak ada. Aku bergegas ke HKL sendiri kerana Abah perlu uruskan hal rumah dahulu dan aku minta abah tunggu sampai Haziq balik sekolah, dia ada PMR hari ni dan habis kul 4. Aku juga minta dia ambik Ayang dan Anje dr sekolah sekali. Aku sampai hospital jam 12.20 pm. Jenazah baru dibawa keluar dr wad menuju bilik mayat. Anak2 kak normah, menantu, bisan pun ada. Urusan memandikan jenazah diuruskan oleh org dari JAWI jam 2 pm. Aku bantu sama, insyaallah setakat hari ni mana2 individu yg aku kenal meninggal, aku akan sama uruskan mandi dan kafan, kerana ianya sebenarnya mendidik hati kita, menginsafkan, kerana aku akan terbayang aku yg manjadi jenazah nanti. Dan aku harap aku dapat disempurnakan sebagaimana aku membantu menyempurnakan jenazah org lain.
Jenazah dibawa ke masjid di sentul, lepas asar terus bawa ke tanah perkuburan karak dan jenazah selesai disempurnakan jam 6 pm. Alhamdullilah sangat mudah urusannya.
Doa aku sekiranya sampai ajal aku, aku mohon semoga Allah juga memudahkan urusan aku nanti.
Kak Normah adalah orang yg sgt besar jasanya pada aku. Dia menjaga anak2 aku dulu bagai menatang minyak yg penuh. Walaupun Haziq zaman budaknya sgt nakal tapi kak normah tak pernah merungut, apa lagi membuka cerita pada jiran2 yg lain. Dia jaga Haziq selepas saja habis pantang hinggalah haziq berumur 9 thn, danial 7 dan najwa 3 sebelum kami berpindah ke Cheras. Dia org yg tak bnyk kerenah, senang berbincang. Kalau seminggu aku outstation, seminggu lah budak2 ngan Kak normah siang malam. Dia org yg tahu susah senang hidup aku dulu. Orang yg sangat baik hatinya. Terima kasih kak, semoga roh akak dicucuri rahmat dan berada dalam kasih sayang Allah.
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment