Wednesday, October 28, 2009

Alhamdullilah

Alhamdullilah, Syukur ke hadrat Allah yang memberi segalanya yg baik utk ku. Segala pujian ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad saw.
Hari ni dah 11 hari Captain Cafe beroperasi, ramai customer alhamdullilah. Aku ler yg paling teruk rasanya, siang kerja, kerja rumah lagi, kerja kat cafe lagi. penatnyeeee.
Doa aku semoga Allah murahkan rezeki kami, panjangkan umur kami, jadikan kami org2 yg berhati baik, iklas, dan permudahkan urusan hidup kami Ya Allah. Hidup dan mati kan lah kami pada jalanMu.

Friday, October 23, 2009

Miki, Captain Cafe dan Jadual Aku

Semalam 22 Okt, Miki kena pukul kau2 punya ngan Abu. Dah lama Abu geram ngan peel mengada2 Miki tu, mak cakap berguling dah mcm bola bergoleh. Suara Miki dah tak dgr, ingatkan dah mati. Balik kerja aku tengok memang Miki luka bnyk, sian Miki. Semua part kat badan bergaris2 kena cakar. Dlm bilik ada darah2 sikit, bulu putih dia pun berdarah. Samseng tak bertempat Abu ni.

Captain Cafe dan Aku.
Sejak buka cafe, rutin aku pun berubah. Dapur dah lama tak berasap. Sejuk dapur tu, dah jadi tempat sidai kain. Aku balik kerja terus ke cafe sampai abah selesai solat magrib, then baru aku naik atas. 2 mlm aku tak turun bawah, settlekan kerja2 rumah di atas dan merehatkan badan yg mmg letih. Pendapatan alhamdullilah ..... pokoknya jgn kedekut, jgn terlalu berkira. ikhlas dalam setiap yg kita buat. Moga Allah meluaskan rezeki kami dan memudahkan setiap urusan kami.

Tuesday, October 20, 2009

CAPTAIN CAFE



18 Oktober 2009 (29 Syawal) - Captain Cafe dibuka secara rasminya. Alhamdullilah.
Dengan pertolongan Along dan Ram, kami dapat tukang masak Thai yg pro. Mat pembancuh air yg juga ok dan Buyat mmmm bolehlah.
Haziq jaga stall burger. Alhamdullilah semuanya ok, jadual aku pun bertukar. Dapur tak berasap lagi, dapur kedai je. Pelanggan alhamdulillah ok. Lega juga rasa. Ya Allah moga murah rezeki kami.

Friday, October 16, 2009

Jamuan Raya BTM







Jamuan lagi, budaya Malaysia memang macam tu. Sampai masa kena serangan jantung, padam semuanya. Gara2 makan berlebihan. Dimana SEDAP? kat sekitar mulut je. Masuk ke perut apa pun tak rasa, mulalah sedap tadi bertukar sakit.
Apa pun sekali lagi secara kecil-kecilan, BTM buat lagi jamuan raya. meriah lah juga. last minute aku juga yg kena cari katerer. Last2 minta Ita bandar Tun Razak tolong masak. Sedap juga dia masak, nasi putih, ikan masin gulai lemak + pisang, ayam grg berempah, daging palembang (daging hitam), buah. Air kami buat sendiri. Abg Taib bawa laksa johor. Ina & K.Kiah masak bubur kacang dan puding. Ada rojak buah, cheese cake, kek secret receipi, kuih muih, ais krim, buah2an yg sedap ..... Last2 banyak juga atas meja. Kena sentuhan kak Fazi dan kak Ida, lawa jadi bilik meeting tu.
Pagi breakfast mee grg kak faridah, lepat az, karipap aku beli, sandwich telur dan tuna. Kenyang juga. Alhamdullilah .... bila nak diet ni, dah mcm tong drum ....

Persidangan UMNO PWTC

Pekerja di PWTC ni memang menunggu-nunggu persidangan UMNO setiap tahun. Bukan kerana nak dengar ucapan tapi kerana nak shopping. Penuh gerai, meriah sungguh. Bos pun cam paham2 kalau ada persidangan maka anak2 buahnya awal keluar lunch dan balik lewat.
Agaknya kalau dia buat spotcheck kat bawah sure ramai yg kena tangkap. Kul 2 lebih masih mencuba2 tudung dan memilih baju. Tu lah peel org pompuan walaupun tak ada duit hahahaha.

Aku pi juga sambil butakan mata, karang terlebih celik parah aaaaa banyak yg menarik. Tapi kali ni rasanya tak seramai dulu, mungkin sebab tak ada pemilihan.

Aku sempat snap beberapa gambar menarik. Oh ya mee rebus Nadia Mustapa (pelakon tu) memang sedap....

Gelagat teruna penjual tudung
Wan dan penjual songket

Nadia Mustafa sedang siapkan mee rebus di gerainya.










Wednesday, October 14, 2009

Notebook AKUUUUUUUUU

13 Okt - wahhhhhh aku memang tension giler. Notebokk Dell hijau aku beli hilangggggggg.

Semalam Haziq takut2 nak bagitau aku, tak terkeluar dari mulut dia yg notebook tu hilang. Bila dia sebut saja aku rasa nak lempang muka dia pun ada. Ceritanya dia pi Q Bistro tengahari ngan kawan2 dia lg 4 org, 2 lelaki 3 pompuan semuanya. Masa nak balik 3 pi toilet, tinggal dia dan sorang kawan pompuan. Notebook diletak di sebelah kiri kerusi, dia pusing sebelah kanan dok simpan kabel sambil minum air. Tiba2 ada sorang mamat lari merempuh kerusi, dia terkedu bila mamat tu rupanya cilok sekali notebook tu. Dia cakap dia kejar sampai 7 eleven, mamat tu lari laju dan dah ada kawan dia tunggu ngan motor. Dia pun sebenarnya takut nak kejar lebih2. Terkedu aku dengar .... notebook akuuuuuuuu ......

Sib baik broadband ada, kalau hilang sekali mau aku kena bayar rm400 utk benda alah tu waaaaaaaa tension akuuuuuuu

Monday, October 12, 2009

Ucu Dah Tak Ada lagi ...

Ucu dah tak ada
ucu bersama abang kakaknya

Sabtu aku perasan yg kaki kiri ucu bengkak, cam ada nanah. Nak jalan pun payah. Aku bubuh ubat, aku manjakan dia, bg susu, aku usap2, dia tidur di riba. Sabtu ptg dan Ahad pagi aku menjakan ucu. Ahad malam ucu dah nazak, jam 12 mlm td ucu dah tak ada. Siksanya aku tengok dia habiskan hayatnya, bungi ngerangnya kuat. Rasa insaf betul. Ayang marahkan aku sebab tak bawa ucu ke klinik.
Aku bela ucu sejak umur 5 hari mestilah aku sayang dia. La ni tinggal 3 saja yg hidup.
Yang hidup pasti akan mati .... itulah suratannya.

permulaan ???

Ayam tomato
Rendang daging kedah + nogori

Hasnah minta tolong aku masak rendang daging dan ayam tomato utk open house rumah adik dia di Alam Damai. Dek kerana dia mmg ringan tangan kalau ada aktiviti KRT dan sebab dia, aku sanggup juga.
Jumaat dah ler ada MBJ, sampai rumah kul 8 mlm. Kul 9 aku pi rumah hasnah, bnyk depa dah siap siang cuma tak blend lagi, oleh sebab keadaan dapur dia yg tak mengizinkan, so aku bawa semua barang balik rumah, masak kat rumah. Sampai kul 3, dah hampir lelap. Bnyk betul dugaannya, hampir nak hangit sebab aku terlelap dan agak masin sbb guna garam kasar. Esok lepas subuh sambung merendang lagi.
Kul 9 lebih baru adik ipar dia hantar ayam, 1/2 aku goreng, 1/2 lg bibik Hasnah goreng. kira2 kul 1 jugalah baru selesai. Majlisnya kul 2.30. Abah dah kelaparan, so kami ke rumah Yan, open house. Risau sgt aku kalau aku masak tak sedap, dah ler bnyk. nak ke rumah dia pun aku segan. Apa pun adik hasnah bayar aku rm100 utk upah masak, tu diaaaa bnyknya. Abah senang je komen, dah org kasi ambik sajalah. Tapi penatnya tuhan saja yg tau .......

Friday, October 9, 2009

Breakfast Raya .....

kuah kacang kak kiah
brownies cheese cake ina
hidangan ala kadar breakfast raya, tp menyelerakan
kawan2 menjamu hidangan

9 Okt Jumaat - Breakfast raya hari ni. Tak adalah merancang sgt pun. Tiba2 rozi ajak bawa makanan utk breakfast ramai2, menu raya. mmmmm raya lagi. Awalnya aku cadang buat kuah kacang, tapi oleh kerana kematian semalam, kak kiah ambik alih buat kuah kacang. Rupanya pagi2 dia buat kat opis. Aku bawa serunding kelapa saja, yg aku beli. Rozi bawa lemang dan nasi impit. Ida bawa nasi goreng belacan, suhaila nasi goreng biasa tapi adik dia yg buat. Anak dara si mila bawa kuih .... kuih je????? cam mana nak buat adik ipar niiiii. Ina si ratu kek bawa brownies cheese mmmm yummy. Kak lee bawa sosej gulung. Mesh beli air. Apa pun kenyang juga makan ramai2 niiii.....

Yang Hidup Pasti Akan Mati

8 Okt, jam 1, Ros anak kak Normah call. Neneknya meninggal dunia. Innalilla .......
Berturut-turut kematian. Teringat semalam masa kat masjid tiba2 nenek terkulai layu dan matanya memandang ke atas. Kebetulan aku duduk sebelah nenek. Agak kelam kabut sikit, tapi sempat jugalah ajar mengucap berkali-kali. Pas tu cepat2 bukakan tudung, pasang kipas dan lapkan air di muka, then dia segar kembali. Tak sangka hari ni dia betul2 meninggal ....
Kak cik cerita, semalam nenek dia panggil2 nama mak dia. Pagi dia sebut2 nak balik, depa2 ingatkan dia nak balik rumah dia, so depa bawa dia tapi sebaik saja sampai depan rumah dia meninggal. Sebelum tu berkali2 dia sebut nama kak normah, akhirnya dia cakap kesian normah 3 kali dan dia pun menghembuskan nafas terakhir.
Urusan jenazah pun mudah, alhamdullilah. Aku sampai lepas asar, jenazah baru nak dimandikan. Sekali lagi aku berkesempatan membantu memandikan dan mengkapankan jenazah.
Semua urusan habis jam 6.50pm, balik aku terus ke kedai umi utk berbuka puasa. Sampai rumah jam 8 mlm.

Thursday, October 8, 2009

Perjalanan Terakhir Normah bt Baharom

Di kawasan perkuburan sebelum jenazah disemadikan.

7 Okt, jam 10 pagi Kak Normah meninggal dunia. Innalillah ....


Ros call awalnya menyatakan maknya tenat, tak lama lepas tu dia call semula yg Kak Normah dah tak ada. Aku bergegas ke HKL sendiri kerana Abah perlu uruskan hal rumah dahulu dan aku minta abah tunggu sampai Haziq balik sekolah, dia ada PMR hari ni dan habis kul 4. Aku juga minta dia ambik Ayang dan Anje dr sekolah sekali. Aku sampai hospital jam 12.20 pm. Jenazah baru dibawa keluar dr wad menuju bilik mayat. Anak2 kak normah, menantu, bisan pun ada. Urusan memandikan jenazah diuruskan oleh org dari JAWI jam 2 pm. Aku bantu sama, insyaallah setakat hari ni mana2 individu yg aku kenal meninggal, aku akan sama uruskan mandi dan kafan, kerana ianya sebenarnya mendidik hati kita, menginsafkan, kerana aku akan terbayang aku yg manjadi jenazah nanti. Dan aku harap aku dapat disempurnakan sebagaimana aku membantu menyempurnakan jenazah org lain.


Jenazah dibawa ke masjid di sentul, lepas asar terus bawa ke tanah perkuburan karak dan jenazah selesai disempurnakan jam 6 pm. Alhamdullilah sangat mudah urusannya.


Doa aku sekiranya sampai ajal aku, aku mohon semoga Allah juga memudahkan urusan aku nanti.

Kak Normah adalah orang yg sgt besar jasanya pada aku. Dia menjaga anak2 aku dulu bagai menatang minyak yg penuh. Walaupun Haziq zaman budaknya sgt nakal tapi kak normah tak pernah merungut, apa lagi membuka cerita pada jiran2 yg lain. Dia jaga Haziq selepas saja habis pantang hinggalah haziq berumur 9 thn, danial 7 dan najwa 3 sebelum kami berpindah ke Cheras. Dia org yg tak bnyk kerenah, senang berbincang. Kalau seminggu aku outstation, seminggu lah budak2 ngan Kak normah siang malam. Dia org yg tahu susah senang hidup aku dulu. Orang yg sangat baik hatinya. Terima kasih kak, semoga roh akak dicucuri rahmat dan berada dalam kasih sayang Allah.

Tuesday, October 6, 2009

Birthday Abah dan Amok



Aku lupa birthday abah hehehehe biasalah dia pun mana ingat birthday aku. Budak2 pun sebab aku tak ingatkan, depa pun lupa. So balik kerja semalam aku singgah ler Hero belikan kek utk abah dan amok sekali gus sebab birthday amok 7 okt, abah 4 okt.

Lepas haziq balik tusyen kami pun buat je acara potong kek.

Ntah ler aku ni, anniversary kawin pun dah lepas rupanya ... aku lupa mmmm abah pun lupa. Sibuk ngan anak2 kecik semua benda lupa.




Monday, October 5, 2009

Anak2 Miaw ku (Yg ada dan dah pergi)

MAWI - yg keluar dulu dan paling besar saiznya. Namanya mawi sebab Ayang cakap mukanya blurrrr mcm mawi.

FASHA SANDRA - warna kelabu, dulu aku panggil dia comel. Bila tukar nama terus kurus dan sakit. Fasha mati Ahad 4 Okt. Ayang dan Along anak Yan menangis.

TOMPOK - nama tak glamer tapi Anje yg nak nama tu walaupun dia langsung tak peduli kucing2 tu. Saiznya kecik tapi dia yg tersihat sekali. Menangis mak aiiii sakit telinga dengar.

GARY - seakan mawi tapi orennya lebih bnyk. Lapar memanjang.

UCU - yg ni paling kecik saiznya. Yang bongsu. Ni pun dah sakit2. Ada darah bila buang air besar. Tunggu masa sajalah.

Nestum aku campur ngan susu, biar kenyang sikit. Susu miaw dah habis, aku kasi susu Ayang. Merajuk pulak, masing2 minum sikit saja. Protes agaknya. Hari ni mesti beli susu miaw juga. Setiap hari mesti lap @ mandikan, keringkan dan boh bedak. Cebokkan sekali. Kasi minum susu mmmmm lama lelapnya. Cam baby. Yang kelakar bila padat keluar kandang, melata jalannya.

Majlis rumah terbuka Lestari '09




Sabtu 3 Okt, KRT dan JMB buat majlis rumah terbuka kat Lestari. So jumaat aku dah cuti, ikut Hasnah shopping. Sabtu kul 8.30 dan kat depan surau, siang menyiang. Ramai kawan2 yg turun. Alhamdullilah.
Spt biasa masak makan utk thari dan sambg utk jamuan. Nasi jagung, ayam merah, dalca dan rendang. Order sate dan abc. Meriah lah juga. Ada pemberian duit raya dan cabutan bertuah.
Clear semua kul 12.30 malam. Penatnyaaaa balik dah senget nak jalan.
Heran juga jenis org2 yg tak bercampur org ni. Ramai gak yg mcm tu, kat mana silapnya ye. Cam ada laki2 @ bini2 kawan2 yg tak turun wpun utk makan. Takut luak agaknya mmmm agaknya depa2 akan hisup sejahtera sampai mati kut. Sukahati lah ..... apa pun misi berjaya. Lega semua dah selesai ......

Thursday, October 1, 2009

KL Bergegar Lagi

30 sept - aku puasa semalam. so balik rumah nak masak nasi tapi tiba2 aku rasa nak termuntah, loya sgt. Mmg seharian ni aku rasa tak sedap badan tapi tiba2 abah dok bising, gegar rumah. Aku berdiri mengadap ke ruang tamu, sah aku boleh nampak yg rumah bergoyang, astagfirullah ...... kipas bergoyang kedepan belakang, gayung dalam baldi kat bilik air bergoyang2 menghentak baldi, air berkocak. Kat luar kecoh, ramai yg lari turun. Abah suruh aku bawa mak turun tapi org tua tu relax saja ngadap tv sambil makan maruku. Nak aku gesa2 pun payah gak, dah la mak jalan 1 km sejam, tu tak masuk asyik nak ke toilet saja, karang kat bawah mana pulak nak menggagau cari toilet. last2 aku pun tak turun, sambg masak nasi. Tawakal sajalah pd Allah semoga kami selamat .... alhamdullilah tak ada apa2, cuma gegaran kali ni agak kuat dan lama dari dahulu.

Di Padang, Indonesia gempa bumi 7.8 R. sebelumnya dia kepulauan Samuo (antara Australia dan N.Zealand) berlaku tsunami. Pantai Kelantan Trengganu dilanda ribut. Takutnyaaaa ....