Friday, June 5, 2015

Almaty, Kazakhstan lagi - 20 Mei

Day 4 - Hari ni kami lunch kat restoren Turki.  Rupanya ramai juga orang2 Turki di sini.
Petang lepas office kami ke 28 Panfilov Garden.  Sebenarnya kami nak tengok 1 show di satu bangunan dekat garden ni. So kami berjalan melalui garden ni untuk ke tempat berkenaan.  Lupa pula nama bangunan utk tengok tradisional show tu.

Nama 28 Panfilov Garden adalah bagi memperingati 28 wira Kazakh yang mati menentang Nazi.  Dalam kawasan garden ni ada Zenkov Cathederal.  Gereja lama untuk Kristian Ortodoks yang juga menjadi tempat pelancong.  Kami cuma mengambil ganbar di luar saja.  Kata member, boleh masuk untuk tengok hasil seni pada ruang dalam gereja, tapi org ramai kerana ada majlis agama di dalamnya, so kami bergambar di luar saja.  Agak pelek juga bila mereka juga memakai tudung bila masuk gereja. 


banyak burung merpati di taman

Kristian Ortodoks - mereka bertudung bila masuk gereja

Pengawal garden ....

Belakang adalah barisan pokok yang ditanam oleh pembesar Negara termasuk Tun Mahathir

Nama Tun Mahathir dalam bahasa Kazakh, dibawah pokok yang ditanam

Tugu Peringatan



Kawasan taman penuh bunga2 mawar.  Sangat cantik dan mendamaikan.  Ada juga barisan pokok seperti pokok pine yang ditanam oleh pembesar2 Negara seluruh dunia termasuk pokok yang ditanam oleh mantan PM, Tun Mahathir.  Ada batu tertulis nama Tun di bawah pokok berkenaan.


Kami akhirnya sampai ke tempat show diadakan.  Teruja jumpa pegawai dr Putrajaya Holding disini yang dalam rangka lawatan ke negara Kazakhstan dan negara2 sekitar. 

Macam aku pernah cakap dulu,  di negara orang ada 2 kategori manusia yang memang kita sangat teruja bila berjumpa, pertama orang Malaysia, kedua org2 Islam dari negara berkenaan.  So kami sama2 menyaksikan persembahan tradiosional Kazakh.  Sangat unik dan sangat menarik.  Dimainkan oleh orang2 keturunan Kazakh.  Org2 Kazakh ni saiznya besar, kita boleh kenal yang mana Kazakh asli, yg mana Kazakh+Rusia dari raut muka. 



Lepas show kami ke Restoren Epok-Epok.  Ini adalah 1-1nya restoren masakan Malaysia di Kazakh.  Dimiliki oleh org Malaysia dari Johor yang join venture dengan orang Kazakh.  Pemilik rakyat Kazakhstan adalah Laura.  Orangnya sangat comel. Pelayan2 di sini bertudung.  Tukang masak dari Malaysia cuma sayangkan makanannya tak macam masakan Malaysia.  Katanya tak cukup bahan.  Agak menyedihkan.  Kami beriya order nasi goreng kampong, tomyam dan teh tarik.  Tapi awal2 diberitahu yang tiada stok ikan bilis di kedai.   So rasa masakan mmg tak sama.  Teh tarik all in 1 boh rasanya lebih sedap dr yang dihidangkan.  Semoga mereka dapat memasak dengan ramuan dari Malaysia yang sempurna.

Epok-epok - Restoren Msia di Khazakhstan
Laura dan 2 pembantunya


Nasi goreng kampong ala Kazakhstan

Wednesday, June 3, 2015

Almaty, Kazakhstan lagi .... 18 dan 19 Mei

Day 2 - hari ni memang kerja saja.  Mestilah nak siap seberapa cepat yang boleh.  Harap-harap ada masa nak gi jalan2.  1st day ke office.  Breakfast yang mmmm boleh la buat lapik perut.  Cuaca yang nyaman, tidak panas, tak pulak sejuk.


Laluan pejalan kaki yang selesa, sepanjang jalan2 di Bandar Almaty.


Green Market

Green Market

Green Market

Green Market

Green Market

Green Market

Di kedai makan Green Market

Lagman - sejenis mee, sedap juga rasanya.


Habis kerja jam 8mlm (10 mlm waktu Malaysia).  Sampai hotel mmg dah kepenatan sgt2.  Terus lena, kul 3.30 pagi dah tersedar secara automatic, maklumlah dah biasa bangun jam 5 - 5.30am kat Msia.  Eloklah subuh di sana seawal jam 3.30.  Then sambg zzzzz.  Hari ni makan nasi kat restoren Bollywood.  Janji ada nasi tapi tetap tak sama.  Oleh sebab org Kazakh tak makan pedas, kari kat kedai tu pun tak pedas.  Memang tension.

-------------------------------------------------

Day 3 - kami sampai awal ke office.  So kami jalan menyusuri laluan pejalan kaki, mengarah ke pemandangan gunung yang cantik.  Hari cerah, udara nyaman.  Memang best berjalan pagi2.

Tengahari Bos bawa kami ke Green Market.  Green Market ni ada macam-macam.  Dari barang basah - daging, ayam, yg hidung pendek, sayur, kekacang, rempah hinggalah ke peralatan dapur, hardware, pakaian, makanan, souvenir , makanan (roti).  Semuanya ada kecuali .... seafood.  Kat pasar basah tak ada ikan, udang, ketam , semua tak ada sebab Kazakhstan berada di tengah2 , Hanya sebahagian kecilnya saja dekat Caspian Sea.  Yang lain darat sahaja.  Seafood sangat mahal, kalau ada pun frozen. 

Aku memborong kacang yang baunya seperti karemel dan memang sangat2 sedap.  Buah tin dan apricot kering yang mmg sedap dan kurma yang besar.


Green Market untuk orang peringkat pertengahan dan bawah saja.  Orang kaya Kazakh tak datang Green Market.  Kawasan tempat jualannya selesa dan bersih.  Tempat jual daging2 juga bersih dan tak berair.   Tapi kata member di sana, duta Msia pun suka shopping kat green market.

Hari ni kami habis kerja jam 9mlm bersamaan jam 11mlm waktu Msia.

Permandangan Bandar Almaty :-










Friday, May 29, 2015

Perjalanan Ke Almaty, Kazakhstan - 17 Mei 2015

Kazakhstan menjadi sebutan bila PM bermenantukan orang sana ... dulu2 org tak tahu pun Kazakhstan kat mana.  Aku pun sebenarnya tak ambik pot.


Dari tingkap rumah Rahman, cantik bukit bukau dibelakang tu ... mmg terpegun tengok.  Jam 8 malam masih terang benderang.









Bila Pejabat Luar Negeri Khazakhstan beroperasi dan nama aku naik untuk lawatan kerja ke sana baru lah aku buka map meninjau2 kat mana negara ni. 

Time zone Kazakhstan berbeza 2 jam dari Malaysia, dikelilingi oleh Rusia dan negara2 yg belakangnya ada TAN - Kryzystan, Uzbekistan dan lain2 tan lagi.

Dari hotel
Almaty merupakan bandar berfungsi ala2 seperti Kuala Lumpur, manakala Astana ibu negara adalah kawasan pentadbiran ala2 Putrajaya.  Bangunan di Almaty rendah2 seperti bangunan di Eropah, tetapi Astana bandar moden yang katanya lebih hebat dari Putrajaya.

In flight





Bulan ni memang aku kelam kabut dan penat, dgn kursus, majlis perkahwinan anak buah dan out station.  16 hb aku kat Taiping untuk majlis kawin Ikwan sebelah perempuan.  17 hb jam 11.30 aku terbang ke Almaty dengan Air Astana.  8 jam perjalanan, mmg sangat membosankan, apa lagi flight siang, cuma bila melalui kawasan pergunungan yang di atasnya bersalji, rasa sangat2 teruja.  Cantik sungguh bumi ciptaan Allah.

Sampai di airport Almaty, kami disambut oleh Rahman, pegawai di Pejabat Almaty.  Terus ke rumahnya untuk makan malam.  Menu istimewa dari isteri Rahman, stew kuda.  Haaaa ambik kau, 1st time makan kuda.  Dagingnya lebih pejal dari daging kerbau.  Daging kuda bersifat panas, sesuai untuk dimakan di musim sejuk.  Sekilo RM60.


Matawangnya di panggil tengee. 5000 tengee bersamaan lebih kurang RM100.  Tapi barangnya memang mahal sikit.  Kami menginap di Ramada Hotel, sebuah hotel baru. Besar biliknya, terlebih selesa pulak.  Aku kan penakut sikit.

Daging kuda yang dijual di pasar.  Besar saiznya

Sekarang nak masuk musim bunga.  Sana sini penuh bunga ros, pelbagai warna. Selain tu bunga taik ayam pun banyak hihihihi.  Suhunya 20C-28C kalau tak hujan.  Kalau hujan boleh turun sampai 16C.  Siangnya panjang. Malamnya pendek.  Subuh jam 3.30pagi.  Jam 5 pagi dah terang.  Magrib jam 9 malam.  Jam 10 mlm baru isyak (bersamaan jam 12 tengah mlm waktu Msia).  Nasib baik beza 2 jam saja.  boleh la adjust.  Majoriti penduduk Kazakhstan adalah muslim.  So makan tak menjadi hal.  Masalah utama, dia org tak boleh berbahasa Inggeris. Cuma di hotel @ pejabat2 saja yang boleh cakap English.  Teksi, kedai, lain2 org mmg tak tahu langsung English.  Ada kala aku cakap ja Melayu hahahahaha ... biar sama2 tak paham.  Kalau nak tawar menawar, kena tekan calculator. Tunjuk jumlah yang nak ditawar atau yang nak di bawa.  Makanan utamanya roti tapi ... rotinya keras, patutlah bos sana minta kami bawakan roti gardenia.

Almaty, negeri yang indah, dikelilingi oleh banjaran gunung yang dipuncaknya salji.  Seindah lukisan.  Tapi sayangnya kami guna camera telepon ja ... gambar pun so-so sajalah.  Oh ya specialnya sini tak ada tol dan jalannya selesa hihihihihi.


tengee - 100 tengee = RM20

daging kuda salai, makan dengan roti, utk sandwich

Menu take away ... ala2 subway

Menghantar Pengantin Ke Utara Lagi - Taiping

15 Mei 2015 - Lepas selesai majlis si adik, si abang pulak ... Sekali lagi kami berombongan ke Taiping, Perak.  Cuma kali ni skala romnongan kecil sikit.  1 bas, 6 kereta.

Kami anak beranak bergerak lepas asar.  Kali ni Haziq dan Danial tak ikut sama.  Kami berempat saja.  Yang lain2 dah gerak awal.  Oleh kerana dah berjanji nak makan mee udang Kuala Sepetang, maka abah pun laju lah sikit, ngam2 sampai kedai makan Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang jam 8.30.  So kami berkumpul dan menikmati mee udang.  Mulanya aku cuak juga nak makan udang besar2 ni, Takut alegik, tapi kemewahan udangnya membuatkan aku doa panjang2 sikit sebelum makan dan habis juga semangkuk.  Udang makan beberapa ekor saja.  Kena hati2 juga.


Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang - RM15









Kami tinggal kat homestay.  Aku dok serumah ngan Ibu dan Mak Tam.

Esoknya majlis berlangsung dengan selamatnya.  Sangat menarik perkahwinan ini.  Ni kira2 bercinta lepas kawin.  Si anak daranya praktikal tempat si teruna, then si jejaka berkenan, minta tolong kawan tanyakan, si gadis cakap dia belum berpunya.  Terus ambik no bapa si gadis dan call.  Haaaa gentlemen sungguh.  Perkara yang baik biasanya Allah akan mudahkan semudah2nya.  Proses merisik diuruskan secara sederhana dan urusan perkahwinan berjalan lancar dan mudah. 

16 Mei - pagi jam 10 Majlis Bertunang, ada jamuan ringan, jam 11.30 Majlis Akad Nikah, seterusnya kenduri pada jam 12.  Masjid dan Dewan kenduri pun sebelah saja dalam kawasan Telekom Taiping.
Alhamdulillah selesai.  Untuk ambil gambar, pelamin disediakan di ruang atas dewan, hanya untuk keluarga sahaja.  Ni baru Syariah Compliance.  

Selepas majlis, kami berehat kejap kat homestay, kul 4 bergerak balik ke Putrajaya. 



Dulu2 zaman cek kawin tak dak benda alah macam ni ...

Mengantar Pengantin Ke Utara - Alor Setar

Setelah 22 tahun aku berada dalam lingkungan keluarga mertua di Negeri 9 tanpa orang utara, akhirnya aku dapat geng juga.



Anak ke 2 abang ipar, Ijat, akhirnya memilih org Kedah sebagai isteri.  Mestila cek suka no.  Selama ni cek sorang ja cakap Kedah, la ni cek ada geng.  So 30 April kami berangkat ke Kedah.  Kebetulan cuti buruh, haziq dan danial pun ikut sekali.  Lepas zohor kami bergerak.  Sampai Sungai Petani rumah kakak dah hampir jam 11. mmmm abah mmg bawa kereta slow, menikmati permandangan agaknya.  Kami2 sure gelisah, dah sakit belakang rasanya.  Mlm kami tidur di SP, manakala ipar2 aku sewa homestay tak jauh dr rumah pengantin.


Majlis akad nikah pada 1.5.15 jam 5 ptg. Selesai majlis kami balik semula ke SP.  Alang2 dah balik Kedah, baik lepak rumah kakak saja.  Mlm tu kami ambik ita di Perda .... jauh tu.
Esoknya majlis kenduri, ada pulak hidangan laksa Kedah , fulamakkkk mabeles. Alhamdullilah selesai dengan sempurna.  Rombongan dari negeri 9 sebanyak 2 buah bas dan 10 buah kereta .... haaaa meriah sungguh.  So kami sampai awal jam 11.30 am rmh pengantin perempuan bagi mengelak bertembung dengan jemputan tuan rumah.  Kami saja dah penuh semua khemah.

Lepas kenduri 2 buah bas dan 4 buah kereta terus ke Kuala Perlis.  Abg Ngah sponsor tambang feri dan penginapan di Langkawi.  So mlmnya kami bermlm di Teratak Motel, Kuah,Langkawi.  Orang terangat ramai sampaikan aku pun tak tau apa bestnya Langkawi.  Pinggan mangkuk dah naik harga, set2 corel, corning ware semua 400-500++, dah tak jumpa yg harga rm250 perset.  Aku tak shopping apa sgt, cuma luggage bag yg kecil, coklat dan 1 pan.  Dapat juga makan di Wan Thai restaurant yg femes tu.  Memang sedap dan harganya pun reasonable.  tapi kena book dulu. 

Esoknya kami balik.  Sampai kat jeti, org mmg sesak gila. Nak masuk untuk pemeriksaan kastam pun beratur panjang. Langkah 1-1 ja. Orang padat.  Dgn org tua, anak kecil yang meraung kepanasan. Panas jgn kira lah.  Aircond mcm tak ada, kipas tak ada.  Semua org bermandi peluh.  Berjurai-jurai peluh keluar, macam dok dalam sauna.  Jeti masih renovate.  Masa kami pi sana raya Tahun lepas dah start renovate, skrg tak selesai, senang cakap tak ada progress pun. 

Sampai kawasan kastam, kastam cuma boleh berdiri dan pandang saja sebab org terlalu padat, nak angkat beg letak atas kaunter pun tak dapat.  Macam ikan sardine. Lepas ja naik feri, mmg rasa lega sgt2.  Kami singgah makan di Changlun, then abah mandi kat R&R Gurun, then kami terus perjalanan ke Putrajaya.  Berhenti kat tol Ipoh sebab Danial akan singgah rumah kawan di Ipoh, esoknya dia terus balik Lumut.

Kami sampai rumah waktu azan subuh.  Lepas solat, terus zzzzzz.  Selesai 1 perkara.