Kami anak beranak bergerak lepas asar. Kali ni Haziq dan Danial tak ikut sama. Kami berempat saja. Yang lain2 dah gerak awal. Oleh kerana dah berjanji nak makan mee udang Kuala Sepetang, maka abah pun laju lah sikit, ngam2 sampai kedai makan Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang jam 8.30. So kami berkumpul dan menikmati mee udang. Mulanya aku cuak juga nak makan udang besar2 ni, Takut alegik, tapi kemewahan udangnya membuatkan aku doa panjang2 sikit sebelum makan dan habis juga semangkuk. Udang makan beberapa ekor saja. Kena hati2 juga.
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang - RM15 |
Kami tinggal kat homestay. Aku dok serumah ngan Ibu dan Mak Tam.
Esoknya majlis berlangsung dengan selamatnya. Sangat menarik perkahwinan ini. Ni kira2 bercinta lepas kawin. Si anak daranya praktikal tempat si teruna, then si jejaka berkenan, minta tolong kawan tanyakan, si gadis cakap dia belum berpunya. Terus ambik no bapa si gadis dan call. Haaaa gentlemen sungguh. Perkara yang baik biasanya Allah akan mudahkan semudah2nya. Proses merisik diuruskan secara sederhana dan urusan perkahwinan berjalan lancar dan mudah.
16 Mei - pagi jam 10 Majlis Bertunang, ada jamuan ringan, jam 11.30 Majlis Akad Nikah, seterusnya kenduri pada jam 12. Masjid dan Dewan kenduri pun sebelah saja dalam kawasan Telekom Taiping.
Alhamdulillah selesai. Untuk ambil gambar, pelamin disediakan di ruang atas dewan, hanya untuk keluarga sahaja. Ni baru Syariah Compliance.
Selepas majlis, kami berehat kejap kat homestay, kul 4 bergerak balik ke Putrajaya.
Dulu2 zaman cek kawin tak dak benda alah macam ni ... |
1 comment:
As slm kenduri kawin di dewan sri rumpun, jln lumba kuda taiping tu ke?
Post a Comment