Thursday, October 27, 2011

Sagua dah mati

3 anak sagua + 2 anak angkat

sagua dan anak2nya



25 Okt 2011, balik kerja abah bagitau yg Sagua dah mati, dlm kedai. thari masa abah buka kedai anak2 Sagua mengiau2, Sagua dah kaku. Patut la dalam seminggu ni nampak dia letih. Sagua mmg ada masalah pernafasan. Sagua tinggalkan 3 ekor anak dan 2 anak angkat. anak2 Sagua dah start makan, aku tak risau sangat dan dah ada org nak ambik. anak2 angkat Sagua masih kecil, dah la budak2 ni jumpa 2 ekor tu tak de mak, cam dibuang org. ambik kasi Sagua jaga, bkn main sayang lagi Sagua macam anak dia sendiri. la ni dah mak angkat pulak mati .... dan dah semestinya aku take over. nak tinggal kat kedai sian pulak. so 2 anak angkat sagua aku bawa naik atas. terpaksa gi beli susu, mujur botol dulu masih ada. kelakarnya sebab asyik ngiau tak henti2, ayang masukkan ubat selsema dalam susu, mmmm lena sakan miaw2 tu .....

aku akan sambung dalam blog kucing aku nanti ..... blog khas cite kucing je ....

Friday, October 21, 2011

bila kawan-kawan mendahului kita ....

21/10/2011 - semalam aku terkedu sekali lagi, di FB group sm sultanah asma, dimaklumkan Sofea Hanum telah kembali ke rahmatullah semalamnya. Kanser payudara. Aku mmg tak rapat sgt dengan Sofea tapi pernah sekelas masa sekolah rendah, budaknya bijak, anak cikgu, sgt lemah lembut, kecik molek putih orgnya.
Sebelum ni pun ada juga salah sorang kawan sekolah asma yg meninggal, tapi aku tak boleh nak recall orgnya. terhad sungguh ingatan aku.

alfatihah untuk kawan yang telah pergi ....

Monday, October 17, 2011

Jumpa Mak Wan Di Selayang


15 okt, sabtu - mlm sebelumnya terima call dr mak wan, dia otw ke KL, kakak dia nak wat kenduri, lupa lak doa selamat ke, kenduri arwah ke?
esoknya aku mmg rasa nak demam sgt, sakit2 badan, batuk. aku tak ikut abah gi beli lauk, main pesan je apa nak masak (masak ???? mmmm dah jadi mak ni sakit2 pun fikir family nak makan). sib baik makan ubat yg balance2 dulu then rasa ok.
kami lewat sikit, dah kul 4 baru sampai, tapi makanan masih ada, tetamu pun masih datang. Syok jumpa kawan lama. mmg menarik bila kita mampu menjalinkan persahabatan selama ni. dari umur 16 thn .... muda belia sehingga 40 thn ... cepatnya masa berlalu, walaupun hati masih rasa mcm 16 thn (mmmmmm).
yg tak sangka jumpa murni hehehehe kembangnya cam dulu juga. dgn kata lain kembang sungguh. murni, kawan aku dan mak wan zaman itm pahang. walaupun aku cuma 1 1/2 thn kat pahang, aku biasa ngan budak perlis ni, maklumlah rumah kami setangga, aku tkt 2, dia tkt 4. lagi pun housemate aku selama 3 semester ada budak secretary, so mmg aku dah biasa dgn dia org. lama juga dok pok pek, tunggu murni lagi sampai dah dkt kul 6, kami sampai rumah dah magrib.

Monday, October 10, 2011

giliran mak be pulak dan akan datang giliran si oren 3 bersaudara

mak be selepas operation




Tony - sentiasa nak masuk ruang2, tak kira le kotak ke, beg ke, dia sumbat gak badan dia

Tomok - blur je muka, diam2 datang selit tepi mama, tangan mesti letak kat mama

Tommy - hak ni mmg manja tak padan ngan jantan. mana mama pi dia ikut je, sampai masuk toilet pun dia tunggu dpn toilet


6 OKT - Akhirnya Mak be selamat dimandulkan. mmmm punyalah mcm2 hal nak operate si anak ramai ni. pas ni mak be tak boyot lagi hehehehe. seperti biasa aku ke hospital haiwan utk operate mak be dan vaksin 3 ekor oren tu. bulan depan start bapok kan oren2 tu, sebab asyik pancut merata, tension aku. pak miki sekali aku nak bapokkan. nak lepas kat bawah dah macam tak tentu arah hidup dia org, alternatif lain bapokkan lah .... nak buat mcm mana lagi ...

Wednesday, October 5, 2011

Bila Si Penyangak Masuk Rumah

4/10 - thari aku call anje, saja nak tahu dia belajar ke tidak. Then dia cite, masa dia balik dari skolah, masuk bilik, salin baju, rehat2, then dia buka pintu bilik ada sorang lelaki tinggi, kurus, pakai helmet, pakai selipar, dahi bertampal plaster bentuk t, berdiri tak jauh dr bilik dia.
dia agak panik tapi dia tak jerit, dia tanya jantan tu 'kau sapa', jantan tu tergagap2 jawab 'errrr ni rumah errrrrr razali ka'. anje jawap 'tak dak razali kat sini', then jantan tu boleh buat2 salah rumah and keluar. pintu rumah dan grill masa tu tutup. berderau darah aku dengar .... Ya Allah, syukur kerana anje tak diapa-apakan.
yg hilang hphone haziq ... tak pe lah ada rezeki boleh beli lain tapi aku rasa jantan ni pernah masuk rumah sebelum ni, sebab camera atas meja cermin pernah hilang dulu tapi budak2 ni tak dak sapa yg ngaku ambik/guna camera tu ....

Thursday, September 29, 2011

Aku dan kucing

29/9 (khamis) - Hidup aku dari kecik dampai sekarang tak akan dpt dipisahkan dengan kucing. masa anak2 kecik mmg aku payah gak nak concentrate ngan kucing tapi la ni aku amat sibukkkk ngan kucing2 aku.

Jumaat lepas aku tiba2 hilang sabaq yg teramat sgt. Mmg kucing2 ni kerap betui kencing merata, pagi2 bangun hadap hasil buangan dia org dulu, sampai nak tidur pun dok hadap tu juga tapi kali ni bila ada yg kurang ajaq kencing atas tuperware aku boh ayaq .... haaaa siap meleleh masuk dlm ayaq dan dah ditelan dek amok dan ayang. aku hangin sungguh la. so aku decide "letak bawah".

ayang dan anje bawa yuna, tony dan bunga ke bawah. yuna awal2 lg lari lintang pukang masuk dlm parit bertutup. tony dan bunga kat kedai tapi dlm keadaan takut teramat dan meraung. so aku ingat esok lusa oklah depa tu.

bangun paginya aku, aku tengok cam lapang je rumah, cam tak cukup semak je sbb 3-3 ekor tu tak de. aku pandang kerusi merah tempat bunga suka tidur melunjur, kosong. aku risau sebenarnya kenangkan 3-3 ekor tu. lepas balik beli breakfast aku round kat bawah, panggil2, terdengar suara ... sah yuna dalam longkang, aku panggil lg, yuna pandang aku, meraung. tapi tak gerak. Anje masuk dalam lubang parit tu ambik Yuna yg masih menggeletar. tak fikir panjang aku angkat yuna bawa balik. sian yuna.

Mlmnya kul 12 lebih aku sekali tak senang duduk, bunga ngan tony tak nampak kelibat langsung, so mlm2 buta aku dan ayang turun cari meow2 tu. abah dr jauh dok panggil bila nampak kami kat blok A. rupanya bunga ada kat kedai tapi mmmm teruk gak gigilnya, cam org bodoh. bawa balik lg.

esoknya pulak sohan bgtau yg tony rupanya ada dlm kedai. bawah tempat wat air. aku ambik tony, makkk air bau kencing 1 badan, menggigil dan meraung bila pandang aku. mmmm angkat bawa balik, kasi mandi. la ni semua ada semula kat rumah .... puas hati.

Tuesday, September 20, 2011

Selamat Berpindah Ke Putrajaya

PWTC dalam kenangan :-




Now and forever ... Putrajaya :-





19 September 2011 - officially aku di pejabat baru Putrajaya. Bangun pagi seawal 5.15am to make sure boleh naik bas yg TM sediakan di Veledrome Cheras, jam 7am. Sampai office jam 7.45. oklah setakat hari ni agak selesa cuma nak bangun pagi tak boleh sambg tidur jap @ melese buat kerja. Budak2 pun semua kena awal. Mlm sebelumnya sampai termimpi2 kena tinggal bas.

Aku sebilik ngan Kak Lee, beberapa staf lain masih pok pek pasal penempatan. mcm nak berumahtangga kat sini. Kerja .... mestilah berlambak2 .... nak susun balik semuanya. Sebelum ni mmg lah rasa benci sgt2 nak pindah sini, tapi redha sajalah. perubahan dalam hidup adalah pasti, samada kita suka @ tak.

Kelakarnya balik sharp jam 5, sebab 5.15 bas dah jalan. sampai KL around 6pm. oklah .... cuma kena make sure kerja boleh settle on time.
Kawasan sini mmg besar, lenguh jugalah semua kaki, nak jalan pi toilet pun fikir 2,3 kali. Mau kena batu karang nanti.

Selamat Bekerja Zuraini ....

Sunday, September 18, 2011

my pets

koi merah -
15 sep, aku tengok koi merahku dah timbul, innalillah. sedih la juga sebab dah hampir setahun koi2 tu. tinggal koi putih dan koi emas ja. beberapa hari lepas aku beli pam baru sbb yg lama asyik bunyi semacam ja tapi pam baru kuat. so kdg2 aku stopkan pam tu. agaknya sbb tu lah dia mati. bela je lah yg 2 lagi tu + 2 bandaraya.

yuki dan yumi -
yuki dan yumi dah diambik kawan dari putrajaya. so la ni tinggal 11 ekor ja lagi kat rumah

Monday, September 12, 2011

Melati AKhirnya Pergi Jua

Setiap kali buka fb Melati @ laki dia, aku mesti menangis. Jumaat lepas azi bg tau yg Melati dah nazak, koma, sejak Khamis ptg. Teringat aku khamis tu lepas solat mmg aku tiba2 teringat sgt2 dekat dia dan rasa tak sedap hati.

10 September 2011, 8am Melati menghembuskan nafas terakhir. Masa tu Lestari buat open house, so of course aku bz memasak, sampaikan msg azie aku tak perasan. tiba2 mak wan call, aku dah dpt agak sbb dia tak akan call aku pagi2. Aku macam terkedu, susah nak terima, aku dengar mak wan dah nangis.

Jenazah dibawa ke rumah mak dia, so Azie cuma pi kmc saja sbb laki dia tak de so dia tak tau nak meredah cari kg mak melati. wan pun tak dpt pi sebab dia pun hanya mengharapkan azi utk tunjuk jalan. yg ada kat kmc azi dan siti sarah.

Sedih sangat rasa. Kawan sek teknik yg ke 2 yg meninggal. 21 thn dulu, Nik Mohd Rozi meninggal selepas jatuh dr motor. Selepas ni maybe adalah perkara biasa dengar kwn2 tak ada. masa kita pun akan tiba juga ....

aku ingat pesan melati masa kami ziarah dia dulu - kalau aku tak ada, jangan lupa doakan aku.

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya 2011






gambar ipin and geng dimuka depan utusan heehehehehehe


28 ogos, 7.30am kami bertolak ke Gemas. mana lagi nak rasa beraya di kampung, kampung sendiri dah tak de. Kami singgah kubur mak, memang kali ni aku rasa amat sayu sekali. Dulu beraya aku tahu mak ada tapi kali ni aku dah tak ada mak lagi. sepanjang perjalanan dari KL ke Gemas aku menangis saja. Abah tak cakap apa2, dia pandang je aku. mungkin selama ni dia tak pernah tengok aku nangis mcm tu.


sampai kg around 11 am. perkara mula buat of course kemas rumah, mop lantai, basuh semua periuk belanga pinggan mangkuk sebab terlihat kehadiran tikus. karang tak pasal2 kena penyakit kencing tikus pulak. Ptg ke pekan gemas, membeli keperluan dapur. berbuka di rumah ibu, sekali ngan family mak tam. mlmnya encik sampai, so 3 keluarga dah ada. pagi2 esoknya sesudah subuh pak/mak uda sampai. mak uda lak kena demam campak, haiyakkkk sib baik tak jangkit.


29 ogos - apa lagi masak lah. rendang daging+maman, rendang ayam, kuah kacang, sup tulang, nasi impit. sib baik ler ipar2 aku ni rajin dan cekap wat kerja. so semuanya beres.




30 ogos - selamat hari raya. tak solat raya aku thn ni, nak kena ganti posa 11 hari mmmmm selamatlah .... masak nasi beriani dan ayam merah. ptg spt biasa ke rumah ibu, then mlm ke rumah bang ngah. camera pulak hilang entah ke mana, spoil betullah, tak de gambar raya, setakat harap telefon ja.

2 sep - balik KL, hantar mak uda ke melaka, then sempat ziarah mas di hospital pantai. dia buat operation buang lump. anak2 teruna dah bosan tahap gaban dok kg, masing2 gelisah ja nak balik. anak2 dara yg suka dok kg. aku ???? bosan gak, lama sgt ..... bnyk kerja kat rumah yg kena buat.