Sunday, September 5, 2010

Ramadhan AKan Berakhir

Hari ini merupakan hari ke 26 Ramadhan dan malam ini adalah ke 27, pertama kali aku rasa yg aku benar2 menghayati Ramadhan sepanjang hidup aku. Aku rasa Ramadhan kali ini amat bermakna, aku menanti kedatangannya, alhamdullilah Allah memberi kesempatan yang besar utk aku kerana aku belum tinggal terawih kecuali cuti yg wajib saja, sib baik 6 hari sahaja dan di awal Ramadhan. Semoga ada rezeki aku habiskan terawih thn ini. Aku dpt buat Dhuha dgn kerap dan Allah berikan aku kesempatan utk menunaikan solat mlm. Dan aku berasa sedih sgt bila mengenangkan Ramashan ini akan pergi tak lama lg. Ntah ada hayatku lg utk kecapi Ramadhan yg akan datang.
Anje tabah puasa wpun ada sekali aku tak bangun sahur. Ayang dah kerap ponteng sejak akhir2 ni, tak palah dia baru 8 thn. Yg dia tinggal pun rasanya baru 6 hari. Mmg agak penat sebenarnya bulan puasa ini, walaupun kedai buka, hari2 aku masak. Budak2 lebih suka berbuka dirumah dan mama yg masak. Seperti thn2 lepas menu wajib yg aku buat ayam panggang sekor2, hehehehe tu yg buat danial terliur tu. ABah ngan ikan bakarnya dan resepi dr kak lee, pai sardin, mmg budak2 suka.

Wednesday, August 18, 2010

Debab dan Riko



2 ekor anak Sagua ni mmg menggeramkan aku, biarkan aku terpaksa sabar tahap dewa ngan peel depa yg suka kencing berak rata2. last sekali aku terpaksa guna cara drastik nak ajar dia org hehehehehe baru aman sikit hidup. Abah dah nak letak depa kat bwh, tp anje dan ayang dah meraung. Anje siap call aku kat opis, ingatkan kucing tu dah arwah, rupanya abah soh dok luar. mmmmm. gelagatnya mmg meriangkan hati aku terutama si debab, dlm periuk pun dia boleh masuk. Riko agak slow tp manja.

Friday, August 13, 2010

Selamat Datang Ramadhan

Bulan yang mulia, Ramadhan menjengah lagi. Syukur alhamdullilah aku masih hidup untuk merasai nikmat Ramashan ini. Ramadhan kali ni sgt berlainan bagi aku. Aku rasa lebih menghayati dan lebih tertunggu2 bulan mulia ini. Semoga puasaku, puasa suamiku dan anak2ku tahun ini lebih baik dr tahun lepas.

10 ogos, kakak dtg ambik mak, kebetulan dia ada kursus di KL, so dia ambik mak sekali. tak jadilah aku balik kedah. Tapi bernasib baik juga tak jadi balik kedah sbb aku boleh prepare beli barang raya budak2. Haziq makin membesar dengan punggungnya yg melebar sampaikan semua seluar saiz xl pun tak masuk, last result kena tempah. So aku tempah kat wisma yakin.baju2 raya anak dara 2 org tu dah settle.

hari ni dah 3 malam aku berterawih. menjadi teman tetap aku adalah Anum. since faezah susah nak tinggalkan anak keciknya. surau padat. Business ?? bulan puasa ni slow sikit tapi tak apa rezeki aku dan pekerja2 aku Allah yg tentukan.
Insyaallah akan berlipat ganda.

Smlm si debab dan riko hilang, balik terawih melilau aku cari, yg jumpa cuma debab, riko harap2 dpt jumpa hari ni. Kesian sebenarnya ngan miaw2 ni.
Ayang dah masuk 3 hari puasa, petang2 mesti melepek penat dan merungut2 nak makan hehehehe. Anje dah besar, dah faham tapi time bersahur mesti kena suap.

Thursday, July 29, 2010

Peringatan buat diri ...

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

Wednesday, July 28, 2010

Sahabat Lama

Sejak berfacebook aku jumpa ramai kawan2 lama di alam maya. Tujuan utama berfacebook pun utk mencari kawan lama. Aku rasa dalam beberapa fasa hidup aku cuma kawan2 di sekolah teknik yang benar2 sehati dengan aku. 2 thn kami bersama tak lama tapi cukup bermakna. Mungkin masa tu adalah kemuncak umur seorang remaja.
Kawan2 sekolah rendah dan menengah asma pun ok gak tapi dengan kawan2 itm mmg aku kureng sikit, tak ramai yg rapat.

Tapi aku amat tersentuh sekali dengan berita berkenaan Melati. Rupanya dia kena kanser tahap 4. Aku nangis bila dengar, sampai lah ni aku belum call dia lg sbb aku tak tahu apa yg patut aku cakap. She is a very nice lady. Insyaallah 7 ogos, aku, mak wan dan azi akan melawat dia yg sekarang di hospital sultanah bahiyah.

Aku akan balik hantar mak ke rumah kakak pada 6 ogos dgn Suhaimi. oooo suhaimi dah beli pesona baru ...... Harap2 dapat juga jumpa kawan2 yg lain , mike dan lain2 di sebelah utara .....

Monday, July 26, 2010

Lama Betul Tak Update Blog

Sebenarnya lepas Shiro mati aku mmg malas betul nak ambil gambar, apalagi gambar anak2 miau kat rumah, rasa fobia betul. Aku sgt rindukan shiro. aku perasan yg bobby ada mewarisi peel shiro, hasil pemerhatian aku ler, kucing ni kalau ada warna2 tompok yg termasuk warna oren peelnya sama cam shiro, jinak2 merpati. Suka menggesel2 kita tapi kalau nak peluk dan cium alamat kena cakar lah.

Kawan2 Lestari :-
Perang besar antara Hasnah dan Madihah mmmmmmmm ni cite anak2 yg melampau, bukan anak2 nakal tapi dah over melampau. Ya Allah hindarkanlah anak2 aku dari mempunyai masalah seumpama ini. Takutnya aku. Aku tak sebelah mana, cuma secara jujurnya aku tak leh get along ngan Madihah sebab aku pun kena tempiasnya yg suka cerita bukan2. Tapi aku sabar je, sebab Allah sentiasa ada bersama org yg benar. Tapi jumpa dia aku buat biasa sajalah. Antara dia dan Hasnah bukan urusan aku. Aku dah nak masuk 40 ni, kalau aku mati pun biarlah dalam iman. Hal dunia ni nak bawa ke mana sgt.

Hari ni aku derma darah, tapi dek kerana baru lepas period, aku rasa fening2 lalat dan ada kala nak muntah, kena tidurrrrrr kejap. tangan pun kebas2. tapi minah jururawat tu tak pro betullah, sakitnya tempat cucuk tuuu eeeeeeeee pedih.

Tuesday, June 29, 2010

retreat kesihatan

21 - 24 jun aku kena attend retreat kesihatan, dalam bahasa yg mudahnya kalau dah berumur tu kenalah pi kursus ni, apa lagi dah ter obes cam aku ni hahahahaha. Anyway, kursus ni sgt bermakna, mengajar kita menyayangi diri sendiri. Betul kata penceramah, nilai diri kita sebenarnya melebihi 1 juta ringgit. kalau rosak tak ada alat ganti, kalau ada pun bukannya mudah nak dapat, bukannya serasi seperti original.

Org kat malaysia ni tak ada yg mati kebuluran tapi ramai yg mati kekenyangan. Tengok tenaga pengajar pun makkkk aiiiiiiiii mmg layak bebenor ajar kesihatan. So la ni aku pun amat berhati2 dgn pemakanan. Dalam Islam pun ajar, makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang.

Thursday, June 17, 2010

Aku dah boleh pakai kebaya


Kebaya lama ni dah 3 thn rasaya, dah masuk almari belakang dah pun. Semalam beriya2 Faiz ckp aku dah kurus. masa pi kedai, mamak kedai pun ckp aku kurus ishhhhhh tak percaya!

Mlmnya aku menerai baju2 lama, aaarrrrhhhhhhh muat yahooooo. then aku ambik kebaya merah ni, mak aiiiii muat juga. tahniah zu anda dah kurus.

--------------------
Aku masih rindu sgt2 pada shiro, masih terbayang2 di mata dia ada di rumah. Kdg2 saja2 aku panggil2 nama dia. Mama rindu sgt ngan shiro.

Thursday, June 10, 2010

Shiro Dah Pergi Untuk Selamanya

Aku pangku Shiro selepas aku bawa dia naik, masa ni badannya masih lembut, mcm tak ada apa berlaku saja.

Aku balut shiro ngan kain dan letakkan dalam bakul.

semalam 9 Jun aku kehilangan Shiro untuk selamanya. Seperti Bobby, Shiro jatuh. Aku mmg tak sedap hati dan selalu bayangkan akan terjadi macam tu sbb Shiro suka memanjat. Suka duduk kat tembok luar. Tapi aku tak pernah tengok Shiro meniti paip air tepi rumah tu. Mungkin sbb smlm hujan tembok tu licin.

AKu balik rumah jam 8.20pm, kelam kabut mandi sbb lom solat lg. Selalunya aku akan pastikan kucing2 aku cukup semuanya. lepas isyak baru aku keluar bilik, ngemas rumah then aku perasan Shiro tak ada, selalunya kalau dia tersesat kat tkt 10 dia akan mengiau, tapi aku tak dengar pulak suaranya. Aku keluar cari Shiro bermula tkt 13. then aku terasa nak jengok ke bawah. Ya Allah, shiro kat bawah. Aku rasa lemah betul badan. Aku dan Ayang terus turun ke bawah, aku soh Ayang panggil Haziq. aku yg angkat shiro, masih lembut badannya dan belum sejuk, maknanya baru jatuh. Shiro dah tak ada. tapi tak ada darah langsung cum aku rasa kaki dan tangannya patah. Shiro mengandung dan aku rasa dah cukup bulan. dah besar sgt perutnya.

Aku angkat shiro bawa naik atas. Abah balik bila haziq bg tau. kami cuba juga sedarkan shiro, manalah tau dia pengsan saja. tapi dia dah tak bergerak. aku letakkan dlm bakul. kul 11.30 mlm kami tanam Shiro. Badannya baru mula mengeras, sah Shiro dah mati.

Shiro ni mmg kelakar, masa kecilnya dia suka hisap jari Ayang, dah besar badannya gemuk, dia suka tidur terlentang. Tambahan waktu mengandung. Tapi dia sgt aktif, berlari ke sana sini.

Mama akan rindu shiro, tak ada lagi kucing mama yg akan tunggu depan pintu bilik air lagi bila mama membasuh. Shiro suka perati mama membasuh kasut budak2 kat bilik air. Shiro juga paling suka cakar pintu bilik air , kalau dia nak masuk dan ada org dlm bilik air. tapi shiro garang, kalau mama geram, mama akan peluk shiro kuat dan cium2 muka shiro, dan shiro akan usahakan utk cakar mama. tak ada lagi shiro utk tidut di katil ngan mama.

mama akan rindu yoshiro ... nilai kasih sayang yg tak ternilai harganya ... May 2009, masa aku bawa Shiro balik, jumpa kat tong sampah masjid. Aku pangku Shiro dr mula aku ambil dia sampai akhir hayatnya.

Monday, June 7, 2010

Kameraku

My new camera.


Apa lagi sasaran awal sure lah miaw2. Shiro yg suka tidur terlentang, ngan perut yg dah besar.

Bobby dah besar dan hitam. manja kan main 2 ekor ni.


miaw2 yg lahir kat kedai, embam dan riko, mmg menggeramkan.

Tak kira nak juga ... aku akhirnya berjaya dapatkan canon powershot A495. Biar pun tak canggih tapi puas hati. Asal ada kamera.