Sakit juga adalah peringatan dari Allah buat hambanya.
Bulan September 2014, hidup aku sedikit kelam kabut. Patutlah dari awal rasa berat nak outstation ke Kedah dan Langkawi. Nasib baik ada member nak ganti. Rupanya aku perlu bercuti panjang.
8 Sep - kaki abahnya seperti biasa akan kena gatal2 dicelah jari, ada org panggil kulat air, aku x sure istilah sebenarnya. Cuma kali ni sapu krim biasa pun tak ok, then kaki start bengkak. Ubat 2 klinik biasa tak baik2. Bila kaki makin bengkak, sakit dan tak boleh pijak, kami decide ke Nilai Medical Center (NMC). Confirm ada diabetis, bacaan 17. Berbekalkan ubat selama seminggu. 2 hari lepas tu, aku perasan dah ada putih2 di antara 2 jari kaki, kami ke klinik kesihatan pulak. Confirm dah ada nanah, doktor buat dressing, buang nanah, hanya sikit saja yg dicucuk dicelah jari.
So aku jadi Misiku zuraini, tolong buat dressing kat rumah. 2 hari selepas tu masa buka balutan, kaki abah dah agak teruk. lubang jarum yg doktor cucuk sikit dah nampak makin teruk. Macam dah medak. Aku ke NMC sekali lg. Doktor buat surat utk ke Hospital Putrajaya. Tapi masa tu abah cakap, makan ubat dululah, dia belum nak ke hospital.
15 Sep - Condition kaki mmg agak teruk. Sungguh aku tak expect yg kaki tu akan menjadi seteruk tu dalam masa beberapa hari. Kami ke hospital. Masa doktor cek, jari doktor dah boleh masuk dalam lubang celah kaki abah,kedalaman 3 cm, atas kaki dah melepuh. Tapi doktor ke2 yg merawat di unit kecemasan tu cakap tak perlu masuk wad sebab abah tak demam dan bacaan bp ok. Kami diarah ke wound team care, presint 8 untuk cuci luka.
17 Sep - ke wound team care (16 sep - cuti hari malaysia). Nurse yg nak cuci cakap, dia tak boleh buat sebab luka yg sangat dalam dan ada nanak di celah2 tulang. Kami diminta ke Unit Kecemasan semula. Doktor di unit kecemasan masih cakap OK, biasa ja ni, sedangkan kaki abah bengkak, medak, berair, berdarah dan berlubang sampai boleh masuk jari. Sungguh aku cakap, apa punya bodoh doktor tu. Bodoh tahap dewata. Abah direfer ke Unit Ortopedik pulak. Hari yg sama kami ke sana. Penuh, so appoiment esoknya. Abah dah kena berkerusi roda sejak 15 Sep bila sampai ke hospital sebab kaki langsung tak boleh pijak, sakit dan akan keluar darah. Iza, adik ipar aku belikan tongkat utk memudahkan pergerakan abah.
18 Sep - ke unit ortopedik, appoiment ptg, dek kerana org yg tersangat ramai, giliran abah dah pukul 6pm. Doktor yg membuka balutan kaki abah terkejut dgn keadaan kaki yg mmg teruk. Conditionnya sangat tidak baik. Mujur x-ray menunjukkan yg ianya tak efek tulang. Cuma doktor tak jamin jari2 kaki boleh diselamatkan. Operation perlu dibuat segera untuk membersihkan semua nanah dan isi2 yg rosak di celah2 tulang dan jari tapi malangnyaaaaaaa wad penuh. Doktor unit ortopedik pun pelek sebab patutnya dari unit kecemasan dah masukkan ke wad dgn keadaan kaki yg teruk.
wad penuh - apa solutionnya .... doktor bg 2 pilihan -
1. esok datang lagi, kalau ada kekosongan boleh masuk wad tapi tak jamin atau ....
2. ke hospital berhampiran ... serdang? kajang? ... lepas discuss dgn adik ipar, kami ke hospital seremban. Sebab my sister in law ada kat sana dan adik beradik abah yg lain semua kat negeri 9.
Malam tu juga kami ke hospital seremban. Memang aku tak boleh bayangkan bahayanya diabetis, dalam masa tak sampai 2 minggu, kaki yg hanya gatal2 celah jari telah membengkak, bernanah, berair, melepuh dan berlubang sedalam 3 cm. Hebat betul penyakit yang bernama Diabetis.
Keadaan kaki abah sebelum kami ke hospital. Hanya10 hari saja untuk kaki jadi seteruk ini. |
18 Sep - kami terus ke hospital Seremban setelah disahkan wad di Putrajaya penuh dan kaki abah tak boleh tunggu lama.
Di hospital Seremban, semua cek perlu dibuat semua, xray, test itu, test ini sebabnya hospital putrajaya hanya membekalkan sekeping surat. Doktor di Seremban pun geleng kepala .... sebab katanya, kan senang kalau doktor putrajaya call terus ke seremban, transfer case. Terus boleh masuk wad. Dgn hanya sekeping surat tanpa xray dan lain2 dokumen, semua perlu dibuat semula. xray semula, cek semula ... so jam 4.00 pagi baru abah dimasukkan ke wad. Esok petangnya terus operate, alhamdullilah semua jari2 masih selamat.
Abah di wad sampai 3 Oktober. Cuti aku pun dah nyawa2 ikan. Sib baik ada member office yg tingal dekat rumah, boleh tumpang ke office.
Alhamdullilah juga sebab abah cepat pulih. Isi2 kaki cepat tumbuh semula. Sejak masuk wad sampailah hari ni abah amalkan minum pati haruan. Masa di wad minum 2 botol sehari. Kadang2 aku masakkan sup ikan haruan. memang cepat betul sembuhnya. Lepas keluar hospital abah terus amalkan pati haruan + habatul sauda dan minyak bawang putih. Bacaan diabetis pun dah normal sekarang dan abah pun kuat pantangnya ...
No comments:
Post a Comment