Dunia ini bukan milik kita. Andai sudah tertulis masanya, kita akan pergi juga ....
Semalam adalah hari terakhir buat seorang lagi rakan kerja, Mohd Rozi Sapuan .....
Aku sebenarnya dah masuk 2 minggu cuti menguruskan urusan suami yang kena masuk wad di hospital Seremban. Semalam memang dari bangun pagi rasa sangat2 berdebar, tak sedap hati. Telefon pula tengah cas. Rupanya kawan2 opis cuba contact aku untuk memaklumkan yang Rozi dah meninggal selepas subuh.
Aku kenal Mohd Rozi dari hari pertama aku masuk kerja tahun 1993. Kami kerja di bawah 1 division dan sudah hampir 10 thn dalam 1 unit. Dia seorg yg sangat baik, sensitif tetapi rajin melayan kawan2. Yg paling aku tak lupa, masa aku dan Ina (seorg lain rakan sekerja) pregnant, kami dok mengidam nak makan bubur lambuk kg baru (kebetulan bulan puasa). Pagi kami dok bercerita sedapnya bubur lambuk kg baru, petangnya bubur lambuk kg baru dah ada atas meja. Sanggup dia bersusah payah ke kg baru semata2 kesiankan kawan2 yg mengidam.
Oleh sebab staf2 bhgn IT tidak bertukar division, jadi kami sangat kenal antara 1 sama lain. 21 thn dalam division yg sama bukan masa singkat untuk aku sangat2 kenal peribadi, sikap malah keluarga Rozi.
Sebagai kawan, dia sangat baik. Kami tahu dia sakit cuma aku betul2 tak pasti adakah sakitnya sakit biasa atau ada unsur2 mistik. Sebab sampai akhir hayat doctor tak boleh nak confirmkan apa masalah sebenarnya. Memang lately kami nampak dia makin lemah, kadangkala nampak sembab dan pucat. Aku pernah nasihatkan untuk ambil cuti panjang dan berehat. Tapi dia masih datang kerja, katanya bosan dok rumah. Sehari sebelum meninggal pun dia datang kerja. Cerita kawan2, dia demam teruk, nak bawa ke hospital, dia tak nak.
Agak kecewa kerana aku tak dapat nak ziarah Rozi untuk kali terakhir. Aku masih bercuti, menguruskan anak2 sekolah dan abahnya masih di wad.
23 September 2014, jam 6.30 pagi ... Perginya seorang rakan. Semoga Allah ampunkan segala dosa2nya dan tempatkan dia dalam kalangan orang2 yg soleh.
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment