Rasa macam nak berjalan2 dgn anak2. Bila Haziq dan Danial dah lepas sekolah, masa utk kami berkumpul sgt terhad. Mmg aku jenis yg susah nak lepaskan anak keluar dr rumah. Aku jenis yg tak suka anak tinggal di asrama. Sebab bila mereka lepas SPM, mereka akan keluar dr rumah dan jarang2 balik.
Masa haziq dan danial cuti mmg tak sama. So aku decide, kami berjalan masa haziq cuti dan tempat percutian dekat dengan danial. So kami ke Pulau Pangkor. Aku pernah sekali ke sana, 20 thn lepas, dah tak ingat sgt dah ... dah tua memori pun dah kurang hihihihihi.
So last Friday, 14 November, kami gerak ke Lumut. Ambil danial di asrama mimet unikl di Lumut dan terus ke jeti. Sebelum ke sana puas juga aku google, tapi tak jumpa blog sesiapa yg cerita detail pasal Pulau Pangkor.
Dari jeti, kami naik feri yg tambangnya hanya rm10 (pergi balik). Sila simpan tiket utk pemeriksaan semasa balik. Feri akan berhenti di 2 jeti, pertama sg pinang dan ke 2 jeti Pulau Pangkor. So turun pd jeti ke 2. Pulau Pangkor kecil ja. So tak payah ler susah2 nak sewa kereta, ini bukan Langkawi. Sewa kereta nak pi mana? Cukup naik van@teksi sewa. Teksi2 disana menggunakan van berwarna pink. Cakap je, nak ke chalet mana? Dia org akan bawa. 1 van rm20 sekali perjalanan. Boleh muat 8 org. Ada van baru, ada van lama. Ikut nasiblah dapat yg mana.
Aku dah book Nipah Bay Villa di Teluk Nipah sebulan yg lepas. Mcm aku ckp td, tak perlu sewa kereta antara sebabnya jalannya berliku2, sampai selekoh kena hon sbb jalannya sempit. So biarlah driver sana yg biasa yg bawa kita. Sini banyak chalet2 kecil. Majoriti bukan tepi pantai, di Teluk Nipah hanya 1 chalet, D'Senja Beach Resort yg betul2 tepi pantai. Yg lain semua kena jalan sikit ke depan seberang jalan baru jumpa pantai. Anjungan Beach Resort pun best juga walaupun bkn tepi pantai tapi fully book. Resort ni ada swimming pool.
Nipah Bay Villa ... oklah, chaletnya selesa dan cantik, kawasan agak sempit. sewa chalet je, tak ada breakfast. Tapi mujur kat Teluk Nipah bnyk juga gerai2 makan. Kata org Teluk Nipah mudah nak cari makan dari Teluk Batik. Tak sure bab tu sebab kami tak dok kat Teluk Batik. pantai Teluk Nipah pendek jaraknya ke laut tak seperti pantai cenang di Langkawi .... Ditambah dgn bangunan tepi pantai yg dibina untuk kedai2 jual cenderahati, pantainya nampak serabut. Tapi area D'Senja Resort viewnya cantik sbb chalet ni jauh sikit dari kawasan kedai2.
Aktiviti yg ada semestinya aktiviti laut. Kami round pulau dan snorkling, 1 bot bayarannya rm350. Menarik juga, aku suka laut , suka pemandangan, rasa sangat damai dan tenteram.
Tempat snorkling sgt terhad, ikan tak banyak jenis ... org yg ramai... kalau betul nak nikmati laut, suka snorkling, Tioman adalah lebih baik. Laut di Tioman sgt sesuai utk snorkling dr di Pangkor.
Then budak2 habiskan duit dengan aktiviti pantai, banana boat etc ... of cause lah aku tengok saja sbb aku mmg takut air.
Seafood ... agak murah, 1 keluarga makan anggaran RM170 untuk dinner, 2 jenis ikan (sekor jenahak, sekor lagi x sure ikan apa), udang, ketam, sotong, tomyam ayam, sayur kangkung, nasi dan 1 jag besar air. Rasanya sangat berbaloi dgn harga .... tengahari makan di 1 gerai (Liasari nama gerai kalau tak salah), kari kepala ikan nyok2 cuma rm20, kelapa ikan pun lbh besar dr 2 tapak tangan. Seafood sgt segar dan sedap.
Hari balik, kami round pulau dgn van@teksi pink. Bayarannya cuma rm80. Tempat yg biasa dibawa - kilang/kedai jual hasil laut, galeri pangkor, tokong fuu ling kong, dan kota belanda.
Selepas ke kilang/kedai jual hasil laut, tekak aku rasa kembang nak makan segala keropok2 yg dijual ... hihihi. kalau yg jenis nampak sepenuhnya buat guna mesin dan packingnya ok, aku makanlah, jenis yg cucuk2 tu mmmm tak rasa nak makan ...
So 3 hari 2 malam selesai percutian kami. Yg penting aku dpt bersama anak2. Lepas hantar danial balik ke asrama dgn stok makanan yg banyak (kawan2 dah tunggu dlm bilik), kami terus balik rumah ....
Apa yg boleh aku katakan .... kalau nak menikmati keindahan alam semulajadi, menikmati laut, yg suka snorkling/diving, baik ke Tioman @ pulau2 sebelah pantai timur. Kalau nak menikmati sikit2 pantai/pulau, ada shopping, moden2 ... baik ke Langkawi. 3 hari 2 mlm dah memadai, kalau dok seminggu kat Pangkor, aku rasa mau mati kutu dibuatnya ....
Good exposure for danial since he really love sea .... dan insyaallah bakal jadi orang laut! Semoga Allah mepermudahkan perjalanan hidup dan impian anak2ku ....
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment