HARI PERTAMA - Kami bertolak pagi Jumaat 29 Ogos 2014. Flight pagi jam 10. Sampai terus ke Hotel Riverside Magestic. Lunch. Check-in. Rehat jap then terus ada kursus sampai ptg. Mlm sambung lg smp tengah mlm. Ptg lepas kelas, sempat juga meronda jalan2 di waterfront.
HARI KE DUA - 30 Ogos 2014. Destinasi melancong kami yang pertama - Kampung Budaya Sarawak. Round rumah2 suku kaum di Sarawak. Ini kali ke 4 aku datang kampong budaya. Masih sama seperti sebelum ni. Kul 11 ada show tarian semua suku kaum. Then lunch, disajikan dengan makanan tradisional antaranya pucuk midin, ayam pangsuh (ayam masak dalam buluh bersama daun ubi) dan umai (ikan mantah yg dibuat macam kerabu). Aku memang suka umai, dulu pernah makan udang umai. Walaupun asalnya mantah tapi bila dah dicampur asam, ikan tu dah macam masak. Mengikut kawan dari Sarawak, asam yg dimasukkan dalam umai adalah asam kelubi. Lepas kenyang kami terus ke kedai kek lapis Dayang Salhah (lebih kurang mcm tu lah namanya, lupa nama sbb banyak perusahaan kek lapis kat Kuching). Actually kalau tinggal di Bandar Kuching, nak ke tempat jual/buat kek lapis ni cuma perlu seberang sungai saja. Selesai memborong kek lapis kami ke pasar satok. Pasar Satok dah moden dan bersih. Banyak jual terubok masin, pucuk midin dan macam2 makanan Sarawak.
Balik ke hotel, rehat jap. Jam 5.30 kami naik cruise menyusuri sungai Sarawak ...... Then dinner. seperti biasa semasa dinner selalunya kami adakan acara bertukar2 hadiah. Kali ni aku bg buku resepi heehehehe .... malangnya yg dapat hadiah aku, si Faizal, yg wifenya mmg jarang masak hehehehe nasiblah.
KAMPUNG BUDAYA -
RIVER CRUISE -
HARI KE TIGA - seawal 6.30 pagi kami berada di dalam bas untuk ke Pasar Seriken, 1 jam perjalanan. Kena sampai awal sebab gerai2 dibuka awal dan cuaca di sana panas. Sila bawa payung kalau berhajat nak ke sana. Pasar Serikin di buka pada Sabtu dan Ahad sahaja kerana permit berniaga dikeluarkan pada hari berkenaan sahaja. So kalau cuti umum tengah Minggu jangan pergi ya. Mmg tak ada pasarnya. Majoriti peniaga org negara sebelah. Pasar Serikin ni adalah gerai2 di kiri kanan jalan. Menjual kain baju, telekung, tikar Sarawak, barang perhiasan dan seumpamanya. Aku cuma beli sehelai ja kain pasang, sehelai blaus dan 2 pek minyak angin aromaterapi. Mmg best minyak angin ni. mula beli 3 botol. pas tu beli sekotak, pastu tambah lg sekotak ......
Tengahari balik hotel, bersiap2 untuk checkout. Bas kul 3.30 ke airport. Flight kul 5.40 tapi disebabkan hujan ribut, flight delay ke jam 8 mlm. So dapatlah kami semua voucher makan disebabkan flight delay. Voucher untuk kfc @ marry brown saja.
Perjalanan yang menarik .... sesekali keluar ngan kawan2 best juga untuk hilangkan tension .....
PASAR SERIKEN -
SELAMAT TINGGAL SARAWAK. PANJANG UMUR JUMPA LAGI !
Lunch voucher |
Mengurut la apa lagi ... |
SARAWAK ----
tahniah MAS |
minyak angina aromaterapi |
rm20 je - tiger eyes |
laksa sarawak |
buah mata kucing Lundu. besar, kulit tebal, isi nipissss, biji besar |
rm25 je |
kek lapis - beranika pilihan |
gerai di Bandar Kuching |
gerai di Bandar Kuching |
No comments:
Post a Comment