Minggu lepas, kakak msg, Along Faisal di HKL kerana kanser stage 4.
Beberapa kali aku baca msg tu sblm call kakak utk maklumat lanjut. Along kena kanser! mmg mengalir air mata aku.
Faisal bin Ahmad Sabri adalah anak kepada Arwah Kak Minah dan Abg Sabri, cucu kepada mamak Mohd Yudin bin Mohd Jabar. aku dan arwah kak minah adalah sepupu. Kak Minah adalah bekas guru SRK Mohd Jabar dan suaminya adalah bekas guru besar di sekolah yg sama.
Keluar arwah kak minah adalah antara keluarga abah sebelah Raub yg mula2 aku kenal. Aku masih ingat lagi, zaman aku sekolah, pertama kali mak bawa aku ke Raub, masa tu arwah Cu Zainab masih ada lagi. Dulu mana ada telefon secanggih sekarang, mana ada sosial media nak eratkan hubungan.
Bila aku sambung belajar di ITM pahang pada 1989, kebetulan rakan sekelas, Nazri, adalah org Raub dan kakaknya berkahwin dgn anak kepada Wa Zaimah (cucu kpd mamak Mat Yudin). So bila ada cuti, aku akan ikut Nazri balik ke Raub. Rumah yg aku lepak adalah rumah wa dan kak minah. Kak Minah ada 4 org anak, 2 lelaki, 2 perempuan. Aku paling suka lepak rumah kak minah kerana anak2 kak minah hampir sebaya aku. Masa tu arwah mamak masih hidup, abg rauf pun belum berkahwin. Memang mulanya agak janggal bila anak2 saudara yg lebih tua memanggil aku 'Maksu'.
Hanya Allah saja yang tahu betapa baiknya keluarga arwah kak minah, walaupun dah remaja baru aku kenal sepupu dan anak2 saudara, aku rasa macam dah lama kenal mereka. Masa tu along juga belajar di ITM.
Ditakdirkan juga Along masa tu bercinta dgn kak Lia, dulu kak lia tinggal bersama kakaknya yg juga guru di SRK Mohd Jabar, dan mereka berjiran. Keluarga kak lia pulak berasal dari Alor Setar, yg juga merupakan jiran aku semasa kami tinggal di Lorong Keriang. (sebelum berpindah ke Tandop). Semuanya kebetulan.
Cuma selepas aku ke ITM Shah Alam, aku dah jarang balik Raub. Apalagi Nazri juga dah tak sekelas. Yalah dulu harap public phone saja, 6 blok cuma ada 2 phone. Bila dah kawin dan beranak pinak lagilah jarang2 sgt jumpa keluarga Along.
beberapa tahun lepas, masa arwah kak minah dimasukkan ke HUKM, aku beberapa kali menziarahinya. Bila Along call ckp arwah meninggal, aku terus ke HUKM, jenazah kak minah aku mandikan bersama anak dan menantunya. Itu saja yg mampu aku buat utk kali terakhir pada seorang kakak yg sangat baik.
Bila pindah ke Sepang, aku ada msg Along, nanti aku nak kerumahnya lepas dia balik dari Mekah. Namun seperti biasa, sibuk dgn urusan sendiri sampaikan aku tak ada masa nak ke rumah Along. Hajat hati, nak juga ke rumah Along sbb nak wakilkan kakak menjemput Along ke kenduri kakak bkn Jun nanti. Namun aku sgt terkejut bila kakak inform yg Along di HKL menjalani rawatan kanser. Kakak pun tahu masa dia ke rumah Kak Norain (kakak ipar ALong).
So Sabtu lepas, aku ziarah Along di HKL, sebak rasa hati. Along tak macam dulu. Along terlantar, rambut dah tak ada akibat kimo, badan susut. Aku tahu Along semmestinya 'down' bila tahu dia ada kanser selepas balik dari Mekah, sebab kak minah meninggal sebab kanser dan abg omar juga meninggal sebab kanser.
kata kak lia, along tak ada tanda2 sakit, cuma sakit kaki sebelum ke Mekah. sakit kaki melarat selepas balik dr Mekah. rupanya Along ada kanser paru2, yg dah melarat ke tulang belakang dan sekarang dah merebak ke dlm tulang.
Allah maha mengetahui. Semoga Allah menyembuhkan sakit Along dan memberi kebahagian semula pada keluarga Along, dan semoga Allah kuatkan semangat keluarga Along dalam menghadapi saat2 sukar ini.
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment