Tuesday, May 14, 2013

Selamat Pengantin Baru Kak Long

Ini bakal pengantin ....... Anje Kila, Cuna dan Ayang
 
Kak Long Hafiza adalah anak saudara pertama sebelah abah yang kawin.  Anak sulung pada Kak Tih dan Abg Tih (mmmm actually kak tih dan abg tih ni pangkat adik ipar aku, tapi dek kerana usia mereka jauh lebih tua dr aku, so aku bahasa abg tih dan ibu - panggilan semua org untuk kak tih).

Kalau mak mertua ada, mesti dia paling happy sebab kak long adalah cucu kesayangannya, yg akan dibawa kemana-mana masa kak long kecik dulu.

So 25 April, mlmnya kami dah balik Gemas.  Jumaat semua bdk2 ponteng sekolah. Sampai Gemas, singgah jap rumah ibu, then kami dan family Uda, balik tidur kat rumah mak. Nak tidur rumah ibu, maybe sedikit tak selesa, sebab kenduri sure ramai.

Sesudah subuh 26 April, kami dah sampai rumah ibu, dah mula memasak, sebab kak long akan angkat nikah selepas asar.  Mulalah kerja2 merewang. dari duduk bersila sampai melunjur kaki ... dah lama tak buat kerja kenduri, penatnya .... tapi bab merewang ni, aku paling suka dok sembang ngan makcik2 jiran sekampung, ya lah dah umur 70 pun kuat lagi buat kerja.  aku ni buat kerja tak seberapa, rehat je lebih.  Encik, ina dan kak ngah sampai lbh krg jam 10.  tambah meriah dan bisinglah mulut kami.  mak cu pun ada, dah lama tak berhubung ngan dia ....

Masak memasak secara gotong royong.  Aku mmg solute ngan akak2 dan makcik2 yg dok kampong, mmg jenis tak reti penat.  Masak, ada yg gunakan gas, ada yg gunakan kayu, masak dlm kawah besar.  Aku pun saja je dok nyibuk kacau rendang, mmmmmm 15 minit saja rasanya, aku rasa nak pitam dah dok berdiri tepi api dan rendang sekawah yg panas.  last2 aku panggil anak buah gantikan tempat aku, tak sanggupppp ...

Sebelah malam, diadakan adat menjulang pengantin.  Pengantin diarak dengan tandu khas yg dibawa dari Rantau, siap ada rebana, tarian lilin dan mercun.  Sangat meriah. Istiadat ini merupakan adat turun temurun, yg biasanya sebelah pengantin perempuan yg ada istiadat menjulang ni.  So masa den kawin dulu, tak do lah acara ni sobab yg kenduri sebolah lelaki.  Tapi risau gak den , anak daro den pun teringin nak dijulang bila kawin nanti. Kot ada laie tandu tu masa dia org nak kawin nanti .....

Selesai semua acara, mlm baru kami balik tidurrrr .... esok awal2 bangun ke rumah ibu semula, utk kenduri pulak ... sampai je, Encik dah cakap, "maklang, ibu soh maklang buat masakan utk pengantin" ... haaaaaa aku ternga nga , teringat masa kat rumah abg nan dulu, pijau semua tangan dok buat hiasan ngan cili.  Ibu bawa balik barang yg perlu di masak lauk pengantin, syukur sebab ayam golek ready made.    So, aku, encik, mak cu, nor dan sorang ibu saudara abg tih yg kerjakan lauk pengantin.  Aku ambik bab masak, encik, mak cu siapkan  keperluan, nor siapkan hiasan dan makcik yg hias pinggan.  Kelakarlah juga, udang nak dipanjatkan tak de nenas, last2 batang pisang pun jadilah.  Kira di akhirnya menjadi juga lauk pengantin kami, untuk hidangan 16 orang... udang panjat, siakap sambal stail butterfly, hati masak kicap dan sayur campur dan ditambah lauk2 kenduri yg lain.

Nama pun kenduri, aku rasa bila dah malam, kaki aku dah tak leh nak melangkah lagi, punyalah penat. kejap jadi tukang masak, kejap jadi tukang hidang, kejap jadi tukang ngemas. Kejap jadi pelayan.  Apa pun aku sangat2 happy, kenduri anak saudara pertama dalam keluarga sebelah abah sangat meriah.  Didoakan semoga kak long bahagia kekal hingga akhir hayat.


           




No comments: