Saturday, June 8, 2013

Selamat Pengantin Baru Ipin, Hariz dan Hafiz


MAJLIS IPIN DAN NADIRAH DI ALOR SETAR - 1 JUN 2013

MAJLIS HARIZ DAN DAYAH DI SG PETANI - 2 JUN 2013
MAJLIS HAFIZ DAN SOFIAH DI PEKAN - 4 JUN 2013


Cuti sekolah kali ni adalah cuti yg paling memenatkan ... sambut 3 menantu sampaikan kami sekeluarga tak dapat berkumpul bersama untuk raikan ahli keluarga baru.

Bermula 29 Mei, kami bergerak ke Kedah, jauhnya rasa perjalanan ... dah lama x balik. Jam 9am keluar rmh, jam 4.30 baru sampai rumah kakak di SP.  Kami mmg biasa slow & steady bila berjalan jauh.  Org lain 4 @ 5 jam dah sampai, kami sure ambik masa lebih lg.
Sampai rmh kakak, jiran2 dah ramai dtg membantu siapkan goodies bag dan lain2. Mmg tabik spring pada jiran tetangga yg cekap membantu.

30 Mei, kami ke Alor Setar untuk mengantar Ipin ke kenduri sebelah perempuan.  Sib baik kawin org dekat.  Ipin akad nikah pada Isnin sebelumnya.  Kakak x dpt join sebab bnyk lg urusan perkahwinan Hariz yg belum siap.

31 Mei, kami ke Jitra mengantar Hariz, anak sulung kakak kesayangan aku utk akad nikah.  Abg Jai dan Suhaimi pun ada bersama.  Singgah rumah abg Fauzi yg sekampung dgn bisan kakak.  Bestnya rmh abg fauzi, tepi sungai, bnyk pokok.  Mmg suasana kampung yg sgt best. Ada pangkin tak jauh dr sungai, tempat lepak2.

1 Jun .... ni mmg sejarah betul.  Hari ni majlis kawin ipin di Alor Setar dan majlis sebelah perempuan pasangan Hariz di Jitra.  So pagi kami ke dewan tempat majlis Ipin, set up PA System.  Kak Nor, Ju, Paan dan Udin pun ada.  So kul 12 lebih, kami gerak ke Jitra pulak utk hantar pengantin Hariz.  Selesai urusan di Jitra dlm kul 3, kami balik semula ke majlis Ipin.  Abg dah smp dgn semestinya family bini ke2, sakinah.  sian kak nor,  semua urusan ngan anak2 ja.  mmm susah nak cakap.
Anyway aku pun cuma dpt bergambar ngan Ipin dan raikan pengantin ja, tak sempat nak tengok Ipin bersanding.  Selesai semua urusan majlis Ipin, dlm kul 6 pm kami balik ke SP semula.  Letihnyaaaaa.

2 Jun, Majlis kawin Hariz.... hujan pulak hari ni .... tapi tak pe sejuk sikit. Yang best bila jumpa jiran2 lama, sedara mara yg dah berpuluh tahun tak jumpa dan kawan2 lama sekolah aku.  Aku jemput geng sekolah Teknik, Mike datang bersama keluarga,  Wan juga datang, sib baik lewat sikit, so dpt la aku melayan dia sampai dia blk.
Malamnya ada hidangan kambing golek, jamuan makan2 utk jiran2 kakak yg banyak membantu dlm urusan kawin Hariz.  Majlis potong kek pun sebelah malam.

3 Jun, sah la lepas subuh semua pakat tidoq balik ... so kul 12 baru kami bergerak ke Pekan, Pahang pulak untuk majlis kawin Hafiz.   Hafiz akad nikah pada 1 Jun dan kenduri sebelah pompuan di Trengganu pada 2 Jun.  Sedih gak bila abg nan tak dpt balik.  kalau tak, mesti lg meriah kat kedah.  kami sampai pekan dah jam 10 mlm.  Lega abg nan uruskan homestay utk kami. so lepas mkn kat rmh abg nan, kami blk tidoq ngan nyenyaknya kat homestay.

4 Jun, sesudah subuh, kami gerak ke rumah abg nan semula.  Ada lauk yg dia upah org masak, ada lauk yg masak sendiri.  So aku tolong Za, adik kak mie utk siapkan lauk pengantin.  tengahari, blk ke hstay sbb keluarga Sofiah, pengantin pompuan akan berehat dan Sofiah akan bersiap di hstay yg aku tinggal.
Mmmm kiranya aku la ni dah masuk level org2 tua hehehehe.  dulu aku tengok ja, org2 yg lebih berusia uruskan pengantin dsbnya.  La ni aku diberi tanggungjawab tu pulak.  Tapi aku ni biasa buat kerja semua nak cepat, jadi aku rimas tunggu pengantin bersolek lama2 hehehehe, mula aku dok kejan mak andam soh cepat.   Jadi berperanan lah aku macam makcik2 .... seperti biasa lepas majlis, abg nan sure akan adakan game utk keluarga, saja suka2.  anak buah dapat upah, yalah semua kerja anak2 buah uruskan.  Ayang, anje   , wok basuh pinggan tak henti2.  budak2 lelaki jaga hidangan, kemas meja.   Tapi kalau kakak dan family abg jai dpt hadir lagi best.  Abg dan kak nor sampai juga tapi masa tu majlis hampir habis.  lepas 2 jam dia org balik kl semula.

5 Jun, sekali lagi, lepas subuh tidoq balik... letih tak leh nak cakap la. Tengahari, kami ke rmh abg nan jap, makan2, pas tu gerak balik Sepang .... aaaarrrgggg dah 8 hari tinggal rumah, apa habaq miaw2 aku kat rumah tu .....

No comments: