Mujur sangat2 kenduri kawin sebelah keluarga lelaki (suami kak long) ditunda ke 12 Mei. Kalau tak, aku pun tak tau mcm mana nak buat, mengundi @ kenduri. Dan syukur sgt pilihanraya tidak jatuh pada 27 April, hari kenduri kak long kawin. desas desus cakap PRU 27 April, tapi kami awal dah decide, kalau 27 April, maka kami akan terus blk kg utk kenduri, tunggu pru 14 baru ngundi. So parancangan Allah adalah yg terbaik, alhamdullilah ...
Mungkin agak sensitive bagi setengah org bila bercakap bab politik. tapi sekarang zaman dah berubah, tak de sembunyi2 lagi apa yg kita sokong. So cuti 1 Mei, sebab tak tahu nak kemana, Danial cadangkan kami pi dengar ceramah politik mmmmm ok juga tu, so kami sekeluarga ke Putrajaya, program ceramah PR, dgn tetamu DSAI. Budak2 sekarang tak macam dulu, dia org dah boleh berhujah dan ada pendapat sendiri. Bukan sebab mak bapa yg influence tapi dunia siber adalah dunia mereka dan segala maklumat yg diperlukan hanya dihujung jari. So, dia org nak sokong siapa pun adalah hak mereka.
Balik dr ceramah, lepak2 kat restaurant tepi tasik, then ke bangunan KPL, utk tengok pameran lukisan dan giant shoes. Then balik rumah .... hari dah petang .....
besarkan kasut ni ......... |
5 Mei - hari PRU ke 13. Kami keluar rumah sekeluarga jam 8.45, terus ke Bandar Tun Razak, aku ngundi dulu. mmg agak terkejut sebab aku tak pernah miss mengundi tapi pertama kali aku tengok rakyat bersemangat mengundi. Aku ambil masa 1 jam lebih utk selesai mengundi. Jumpa juga kawan2 lama. Then terus ke Sentul, sebab abah ngundi di sana. Tapi budak2 semua kami tinggalkan kat Lestari, jumpa kawan2 lama dia org.
Di Sentul juga ambik masa yg lama, hampir 2 jam baru abah selesai mengundi. Nape org ramai sgt niiii ... udahla cuaca panasssss walaupun hujan turun pada tengahari. Meriah betul PRU, raya pun tak semeriah macam ni.
Lepas ambik bdk2 dr Lestari, kami singgah makan dulu. Abah terjumpa kawan lama, soalan pertama abah - eh tak ngundi ke, sambil tunjuk jari mejari dia yg bersih tanpa dakwat. Jawab kawan abah, aku kul 8 dah ngundi, balik rumah masuk keta dah hilang dakwat ... mmmmm . jawab abah, awal sgt kau ngundi, dakwat cair lagi, kami yg lewat ni dakwat dah pekat .....
So selesai tugas sebagai warganegara Malaysia. malamnya kami semua tidur jam 3 pagi, menunggu keputusan. sib baik budak2 cuti , aku? EL lah apa lagi, mata tak boleh bukak. tapi aku dengar cite, kat opis ramai yg EL, yg dtg kerja pun semuanya melentokkkk mengantuk.
Kat rumah, aku dan bdk2 sibuk buat analisis PRU hehehe macam wakil rakyat pulak. Bagi budak2 open dan berfikir hal yang menjangkaui pemikiran sebagai pelajar, yang hanya tahu seronok saja dlm dunia tersendiri. Semestinya yg sgt suka bab politik adalah anak teruna ke 2 aku. Dia tahu banyak sejarah2 lama hal politik yg aku pun kadang2 tak berapa nak ambik tahu.
Keputusan pru yg agak mengejutkan. Apa pun keputusan dah ada. Sebetulnya aku frust bila Pas kalah di Kedah TAPI aku sangat suka dan bangga bila Mukriz menjadi MB Kedah, sangat berwibawa dan sangat layak. Pesan aku pada anak2- Jangan jadi fanatic pada sesuatu parti. Adakala kita perlu tengok pada kewibawaan pemimpin tak kira di parti mana dia berada. Semua Allah yang tentukan ... dan setiap ketentuan Allah ada hikmah yang tersembunyi.
No comments:
Post a Comment