Tuesday, August 28, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Alhamdullilah diberikan rezeki dan umur yang panjang oleh Allah untuk aku terus beraya lagi tahun ini.

Walaupun azam raya tak kesampaian hehehehe azam nak control makan tapi raya tahun ni tetap meriah.
Kami sekeluarga balik ke Gemas pada hari Jumaat 17 Ogos 2012, seperti biasa kami akan sampai awal. Ngemas rumah sikit then ke pekan Gemas membeli barang2 dapur. Mlmnya berbuka di rumah ibu.

Encik dan Mak Tam sampai dalam kul 10.  Seronok budak2 jumpa sepupu sepapat dia org.  Lupa lak, kedatangan kami disambut Pak Cu, yg dah sedia dok ngemas rumah.  Rupanya pakcu nak beraya di rumah kg juga setelah 4-5 tahun tak mau beraya sekali ngan adik beradiknya.  Alkisahnya Makcu bergaduh ngan maknya .... mmmm no komen, kalau dah ngan mak sendiri buat musuh.  dia datang mlm masa aku dah zzzz, so bila anje kejutkan aku, aku cakap esok sajalah aku jumpa dia sbb aku pun dah kepenatan.

Sabtu mulalah acara memenatkan, persiapan raya.  Buat lemang, rendang daging 5 kilo, rendang ayam kampung 2 ekor utk berbuka. ketupat daun kelapa, kuah kacang, tulang masak lemak, sup tulang 9 kilo haaaaaaa jenuh kena darah tinggi.  Leganya sebab semua kerja siap awal.

Masa takbir, aku goreng makaroni dan nugget.  Haziq dan Danial pun ikut serta bertakbir ke rumah org tapi tak habislah. Raya berjalan lancar, pagi raya semua bangun awal siapkan utk breakfast, si makcu rupanya dah mula buat hal. Hari Raya, dekat kul 8 baru bangun.  konon mlm tak lena .... agaknya dulu dok bersumpah tak nak jejak rumah kg lg sbb tu tak leh lena. tengahari masak nasi, grg ayam dan kari ikan masin.  muak pulak makan pulut ja. Ptg raya beraya ke rumah ibu ngan family Mak Tam.  Encik ke Rembau dan makcu/pakcu tak pergi kononnya nak kemas rumah.  mmmm kemas apanya rupanya dok masak nasi sepot, makan 2 laki bini, dapur selerak mcm tu lah. Dgn kata lain sepanjang dia kat kg macam fresh & white (kata pak uda). hehehe mcm beruang kutub F&W tu. Asyik melepak kat atas rumah, baring tongkat kepala ...

Rupanya mlm tu ada adengan drama kul 2 pagi, aku ngan abahnya dah lena kat bilik bawah.  budak2 masih riuh kat atas. encik dan mak tam kat bilik bawah gak. Pakcu balik kul 2, tengok makcu kelam kabut sorokkan telefon bwh bantal, rupanya ada pakwe org kl, hehehehehe nak gelak juga aku.  kalau umur 20an mungkin la, ni dah hujung 30, badan lak, kecik sikit dr tong drum.  So pakcu dah campak tel ke lantai sampai budak2 yg riuh rendah kat atas tiba2 senyap sunyi terkejut.  bak kata Bariq, silent.  bdk2 tak berani bg tau encik sbb ira anak pakcu tak kasi.  kelakarnya si anje pun silent juga, selalunya dia yg kipoci lebih.  mlm tu juga 2 laki bini balik rumah, sbb makcu nak selesaikan hal dia org kat rumah.  so ira dah risau, baru dia inform encik.  terpaksalah encik dan maktam ke rumah dia org.  kata encik, makcu dah mcm kena histeria dan admit dia ada kawan ngan org KL, ada keta .... ntah mcm2.  sendiri mau ingatlah ... malas aku nak komen.  ada ke org betul2 nak kan kita, apa lagi dah beranak pinak ... sayang takat mana sgt lah,  main2 boleh ... sampai masanya bye2 lah ...

ingatkan kena hentak ngan pakcu, rupanya tidak. bila dah balik semula ke rumah kg.  aku nampak pakcu yg mcm dicucuk hidung, dia yg mcm mengampu bininya.  dgn kata lain meluat aku tengok.  beli air bawa masuk bilik, ambikkan gelas bawa ke bilik.  takut bini gemok mengamuk ka hahahaha dan dalam firasat aku ada sesuatu yg makcu pakai, so aku start baca ayat2 yg abg jai pernah ajar, sentiasa baca.  then pakcu ngadu kat encik yg makcu tak sihat, badannya panas.  dia ckp jantan kl yg dia kawan bomohkan dia sbb marah bila pakcu dah tau ....  bangang punya statement.  baru kenai 2 bulan, dia ingat jantan anak 5 tu heran sgt dia nak gaduh laki bini.  aku tak pasti samada ayat 2 yg aku baca buatkan dia kepanasan @ sebab sumpah dia dulu tak nak balik rumah mak.  Allah yg maha tahu.  Pokoknya aku mmg betul2 meluat tahap gaban.  Bayangkan aku dan encik pulun masak dan masak dan masak utk semua makan.  dia boleh jadi f&w.  turun makan ja .... hampeh ... mmg hampeh betullah. Sib baik la mak uda balik raya ke 2, lega ku.  mak uda rajin mengemas.

Apapun raya tetap best.  raya ke 2 kami masak nasi butter, ayam merah, kari kepala ikan dan acar.  tetiba ramai pulak tetamu yg datang.  raya ke 3 mlmnya kami buat bbq kambing panggang.  Bang ngah sefamili dan ibu sefamily pun balik.  mmg meriah .....
pas habis acara makcu dan pakcu balik rumah.  aku salam cam tu jelah, tak cakap apa2.  nak demamlah, panas badan lah mmmmm sendiri mau ingatlah.

Raya ke-4 kami mengemas rumah dan semua balik ke destinasi masing.  on the way balik singgah rumah abg ngah, lunch, then ke rautau rumah sedara mara abahnya ...
mlm sampai rumah mmmmm bestnya.  kat KL sejuk siang mlm, kat kg, mlm je sejuk, siang berbahang ....


No comments: