Apa nak cakap yeeee .... kelasifikasi sebagai hampehhhhh kot.
tu yg boleh aku cakap masa pi klinik pergigian hukm kat Jln Raja Muda pada 6 Ogos 2012.
dah la jauhhhhhhh ... masa pi dpt jumpa doktor. sah2 sebelah kanan dah nampak bengkak dan sesekali bengkaknya berdengut. Doktor cakap - sekarang awak tak sakit kan. Aku jawab - sakit doktor.
Pas tu doktor ckp gigi yg ada masalah sebelah kiri bawah (no 36), berdasarkan surat dari doktor hukm, Aku jawab - sebelah kanan bawah. Lepas cek rupanya no 46. Aku tak tau doktor sebab aku bukan doktor gigi. kalau aku doktor gigi aku rawat sendiri gigi aku.
then soh x-ray gigi lagi .... hasilnya doktor cakap saraf gigi dah mati. dia tanya aku, awak nak buat apa sekarang, cabut @ rawatan akar. aku tanya - apa cadangan doktor. Dia cakap buat rawatan akar tapi kena ambik appoiment 6 - 12 bulan @ boleh cecah 2 thn. Aku tanya lagi - apa rawatan yg cepat dan aku tak akan rasa sakit lg. Dia jawab - cabut. Aku cakap - doktor cabut sajalah gigi saya. Saya dah tak nak tanggung rasa sakit ni.
Jawab doktor - cabut kami tak buat bulan 8, bulan 9 baru boleh cabut .
Aku diam ... diam ... diam. boleh tak aku nak cakap cam ni - bangang punya doktor, bangang punya peraturan. tapi aku diammmmmm lg. Doktor tanya - awak nak apa sekarang. kepala aku terus terbayang klinik gigi yg biasa aku pi. So aku cakap saya nak cabut di klinik lagi, si nurse kasi aku senarai klinik kerajaan. OMG ! dan 1 resit utk ambik ubat. So aku dibekalkan dgn ubat tahan sakit. I just say thank you and walk away ......
Balik aku terus ke klinik gigi u-smile. Sebab sebelah kiri bawah dah kurang gigi, so sebelah kanan bawah doktor salmaah suggest buat root canal treatment - RCT (rawatan akar). Aku cakap dgn doktor - Doktor buatlah apa yg doktor fikir baik sebab aku tak nak tanggung sakit gigi lagi. So aku terus buat rawatan RCT pertama (dr 3 siri rawatan). terus lega ....
Hujung minggunya aku buat rawatan ke-2 dan akan disusuli dgn rawatan ke 3 selepas raya. Dan yg pentingnya masalah sebulan lebih gigi aku dah berakhir dan aku sanggup bayar rm500 utk RCT. Akan disusuli dgn menampal crown yg akan melibatkan kos rm700. mmmmm puas hati aku. Doktor Salmaah explain detail apa rawatan yg aku buat dan aku sgt puas hati ......
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment