Monday, July 30, 2012

Haziq Ke Politeknik

Alhamdullilah akhirnya Haziq dipanggil juga untuk sesi Jun 2012, walaupun dia masuk lewat  3 minggu.  Bermakna dia kena cover 1-2 minggu punya pembelajaran.

Khamis, 26 Julai, jam 4pm, aku terima panggilan dari Politek Melaka.  Inform yg haziq diterima ke sesi Jun.  Rupanya kat website dah 2 hari ada perubahan.  Aku yg tak cek sebab rasa dah lama dia org masuk, sure dah tak panggil ke sesi Jun.  Mereka minta haziq melapor diri dgn kadar segera .... so aku decide nak hantar Isnin.  Mentera tunggu 4.30 waktu balik, aku sempat print semua dokumen yg perlu diisi.  So Jumaat terus el, pagi kul 8 keluar ke JPN, BTR ambik ic haziq.  Terus ke  Klinik Kesihatan Cheras (KKC), buat checkup, kena pula ke HKL utk buat x-ray, then balik semula ke KKC utk dptkan pengesahan doktor.  Then hantar haziq balik rumah, dia dah ngantuk sakan sebab tidur jam 6 pagi, sebab kena jaga kedai.
Aku terus ke BIMB, bank in yuran pengajian, then ke BSN bank in yuran asrama dan pendaftaran.
Lepas solat Jumaat, ke BIMB semula ngan haziq utk buka akaun sebab aku baru perasan yang nak apply ptptn, dah kena ada akaun BIMB.  Ptg ramai pulak orang.   Then ke Hero pulak beli barang nak masak berbuka .... aku letihhhhhh.

Sabtu, aku ke Parkson The Mall, beli kemeja, slack, kasut haziq .... haaa kopak rm800.  maklumlah puasa, cuaca pula panas, mmm aku rasa nak baringgggg ja.  Mlmnya, ke rumah laily pulak minta tandatangan saksi.  AHad pulak ke Hero, beli barang2 peribadi dia ...... semua mak buat.

Malamnya, aku clearkan semua borang2 yg patut dibawa. cek barang2 dia mmmm mak lagi.  Rasanya macam anak kecik lagi tak tahu nak wat kerja.  So hari ni kami sekeluarga akan bergerak ke Melaka.
Ya Allah mudah urusankan kami.  Semoga anakku berjaya dalam hidupnya ... berjaya di dunia dan akhirat ....

Monday, July 23, 2012

Selamat Berpuasa

Alhamdullilah diberikan Allah umur untuk kami menyambut puasa lagi tahun ini.  Untuk tahun ke 2, mak tak bersama kami utk sambut puasa.  Teringat mak, adakalanya teringin nak makan sesuatu mengalah anak2 ... dah tua2 mcm tu lah.  Bila berbuka pulak, sepiring kuih2 yg dibeli serba satu mesti ada disebelah pinggan.  Yalah kalau tak diasingkan, sat gi habis dikerjakan dek budak2 tu.

Dan seperti biasa menu istimewa yang Ayang akan minta adalah ayam golek.  Ayam mesti seekor, bukan dipotong siap2.  mesti tergolek atas meja hehehehe.  So hari pertama puasa menunya adalah ayam golek ala percik sebab aku guna resepi ayam percik untuk jadikan ayam ni tergolek.













Abah cadang nak buat lauk untuk dijual, ntah la jadi ke tidak.  2 hari puasa kedai cuti, saja nak ambil semangat Ramadhan.  So hari ni kedai dah buka semula, tak sure abah nak masak ke tidak sebab Yati akan masuk dapur kul 5.  Yalah dah nak suruh org tu kerja sampau 5 pagi, tak kan nak masuk awal pulak.  Kalau tak jadi buat lauk, maknanya balik nanti aku kelam kabut lagi nak masak. 

SIb baik juga dok Cheras, so bas kami akan sampai awal.  Sian2 kawan2 yg dok jauh, mau berbuka dalam bas hari niiiii.


Tuesday, July 10, 2012

Sesekali Allah Nak Bagi Sakit

Dah lama juga rasanya aku tak sakit, maka sesekali Allah uji sedikit dgn kesakitan.

Rasanya dah dekat 3 minggu lebih, aku rasa dlm telinga kanan cam ada benda, tapi tak sakit. Seperti biasa aku biar je. Diikuti dgn ulser mulut yg tak henti2, sampai ada 3 sekali keluar, baru nak elok, ada lagi yg lain, berterusan sampai dkt 2 minggu.  Masa tu juga aku rasa sakit bawah rahang kanan, seperti biasa, aku biarkan je, bkn sakit sgt.  Last week, aku start tak leh tidur, sebab gigi tiba2 rasa sakit.  So rabu ptg aku ke klinik gigi.  Doktor gigi ckp cuba ada sikit serpih pd tampalan lama tetapi gusi aku sentuh sikit dah berdarah and merah and sedikit bengkak.  Doktor tukar tampalan dan bg antibiotik serta ubat tahan sakit.  Dalam perjalanan balik rumah, mmg rasa sakit sgt.  terus makan ubat, reda sikit.
Pas tu ada juga rasa tak selesa pada, gigi mula ngilu, rahang kdg2 sakit , naik ke telinga dan mata.  Jumaat lepas sakitnya agak kuat.  Balik kerja, aku terus pi Klinik Mediveron, malangnya doktor jantan arab yg aku tak suka pulak yg bertugas.  So aku pi farmasi tapi org tu tak nak kasi ubat, dia soh aku ke klinik juga.

Mlmnya aku ke klinik Idzam kat Pandan Jaya.  Doktor ckp gegendang berlubang ... ???? lubang. Dia kasi antibiotik dan ubat tahan sakit yg agak kuat.  Oklah lepas tu, Ahad sempat lagi join kawan2 sejiran ke kenduri adik Za, blk sempat singgah Tesco.  Tapi mlmnya, aku mcm nak hantuk dinding sakit sebelah muka. Sakit sgt, aku telah lagi ubat tahan sakit, dptlah lelap dlm 2 jam, then sakit lg.  So Isnin aku ke klinik Idzham lg.  Tp masa tu dah kurang sgt sakit.  x mcm semalam.  doktor refer aku ke HUKM.

Aku terus pulak ke HUKM, jabatan ENT, sib baik depa nak ambik kes masa tu juga.  mungkin sebab rekod aku dah ada dulu (beberapa tahun lepas masa aku kena sakit telinga) @ mungkin aku org gomen juga, ntahla. tp shukur doktor nak cek juga wpun aku org last sekali.  Peleknya doktor confirm telinga aku ok, tp dia suspek gusi dan saraf aku yg ada masalah.  So dia refer pulak aku ke unit pembedahan mulut.
oleh sbb dah ptg dan doktor pakar tak de, depa akan kasi appoiment, tunggu dia org call. mmmmmm

Mlm tadi terasa gak nak sakit balik, aku ambik air zam2 yg aku simpan sebotol sejak balik Jeddah dulu.  Aku minum dgn niat semoga inilah ubat sebenarnya utk aku.  Alhamdullilah mlm td aku tidur dgn nyenyaknya.  Pagi ni pun gigi masih ngilu dan sengal2 tapi tak sakit mcm mlm tu.  Dari kawan2, maybe aku ada masalah saraf di gusi .... ngeri pulak dengar.

Tuesday, July 3, 2012

Haziq, Aku dan Maxis

Alhamdullilah kes haziq dan Maxis selesai dan aku berpuas hati sepenuhnya.
Pertama, tiada kos yg akan dikenakan dari termination line, mmm bukan salah aku pun.
Keduanya, wave bil bulan Jun.  Masa pegawai Maxis call, aku bising pasal bil bulan Jun.  Aku rasa sangat tak adil kerana bilnya penuh.  Oh ya bukan rm98 yeeee tapi rm108.60 sbb on weekends charge internet ada extra rm7.  mmg aku tak paham betui cam mana dia org nak untung sampai begitu sekali.  Aku siap cakap, saya tak paham kenapa Maxis langsung tak rasa bertanggungjawab @ cuba nak sejukkan hati pelanggan.  Aku tak kisah kalau dia org cakap, anak puan dah guna rm50 kos untuk bulan tu.  Aku bayar!
ini kena bayar penuh, walhal line dah suspend awal lagi.  Tapi kemudiannya pegawai berkenaan (Azlina) call lagi dan inform bil bulan Jun juga tak perlu bayar.  Diikuti dengan email menerangkan hal berkenaan. 

So dah ada black and white, aku reply to say thank you.  Then tengahari sebelum ke klinik bawa anje, aku singgah kedai Maxis kat BSP utk pulangkan Samsung Galaxy Y yg didatangkan dgn pakej yg haziq ambik.  sbb itu perjanjian aku dgn Azlina, aku pulangkan telefon selepas aku dpt black and white semua tuntutan aku diterima tanpa syarat. Sebab tu masa tokey kedai call soh hantar telefon, mmg kena la aku bahasakan, tak paham ka aku cakap, aku tunggu selesai ngan maxis dulu. sekali 2 aku layan le cakap baik2, bila tak paham bahasa, kenalah dibahasakan.  Apa dia ingat, cakap lisan boleh diterima ke?

Mulanya aku biasa saja masa sampai kat kedai tu, staf dia ambik telefon tu, then dia bawa ke kaunter, nak cek semua maybe.  aku duduk kat kerusi sebelah depan.  sebelum tu dia ada tanyakan beberapa soklan yg aku malas nak jawab, Haziq dah smbg belajar ke sekarang, masa dia apply dia sedang tunggu spm ke, aku jawab la juga tapi darah aku start naik sbb semua urusan aku dan maxis dah selesai, yg kau sibuk nak soal tu wat apa.  (aku ckp dlm hati ja lah, kontrol mulut jahat aku ni)

Tapiiiii .... staf tadi, Aida namanya, tiba2 bersuara dari kaunter - "akak, dah ok ni, nanti kalau ada apa2 saya call".  Haaaaaaaaaa menyirap betul aku ngan ayat tuuuu.  Aku tanya - 'nak call kenapa ya? urusan saya dan maxis dah selesai".  Dia jawab 'bukan, pasal telefon ni'.  hahahahaha mmg nak kena.  aku terus ke kaunter aku cakap kat dia.  'saya dah ada kat sini, awak buka dan cek telefon tu sekarang juga dan jangan call2 saya lagi sebab saya dah bosan.".  tak de pelanggan kat kedai tu masa tu.  4 staff yg lain senyap sunyi pandang aku, mungkin suara aku agak tinggi. then aku sempat ceramah kat mamat yg berdiri tegak pandang aku tak berkelip, aku cakap baik2.  'korang cek lah bnyk kali nak bg budak umur 18 / 19 thn daftar line, mampu ke dia org nak bayar rm100 sebulan ni, bukan dia paham syarat kontrak pun'. budak tu angguk2.
so aku pusing pulak kat Aida, 'awak cek sekarang juga, buka semua dan cek 1-1'.  dia jawab ' saya dah cek, ok dah ni, dah ok, tak de apa2 lagi'.   mmmmmm nak tunjuk kau pandai pulak ya.  aku tanya lagi, saya hantar barang ni tak de apa2 form ke nak isi yg proof saya dah hantar, dia org ckp tak de. so aku minta paper yg bos dia tulis pasal telefon haziq tu.  aku sign kat paper tu.  then aku hulurkan kertas tu dan aku cakap ' Terima kasih'. then keluar.  terkelip2 budak tu pandang aku.

Aku bukan nak marah tak tentu hala, tapi utk Maxis - aku rasa mmg aku kena pertahan hak aku sebagai pengguna (teraniaya ...).  untuk kedai maxis tu pulak - jgn tunjuk pandai, tanya soalan cam polis pencen dan guna ayat2 sterotaip yg mmmm mmg nak kena la.  Kalaulah dia buka cek telefon tu, then ckp - ok kak, semua ok. terima kasih. cukup.  dia mula soal pasal haziq belajar, dah cukup wat aku kembali geram.

Apapun haziq of course kena lagi terukla.  semua benda keluar dari mulut aku. tahan saja telinga dia dengar aku bebel siang mlm.  org maxis tu call saja aku, lepas tu haziq sure kena.  bayangkan berapa kali dia org call dan sebanyak tu lah haziq kena dgr ceramah aku yg baaaaiiiikkkkk ni.
Mmg nasib baik sgt, dia register sebulan saja sebelum tarikh lahir.  kalau cukup bulannya, mau aku pukul ngan kayu budak tu.

Kenduri Arwah

Alhamdullilah rancangan kami untuk buat kenduri arwah berjalan dgn lancarnya dan dihadiri oleh tetamu yg sangat ramai, sampai penuh sesak surau masa solat magrib dan tahlil, pada hari Ahad 1 Julai 2012


Mak uda dan pak uda sejak hari Sabtu malam dah sampai.  Pagi Ahad, Anum dah siapkan nasi lemak yg sgt sedap utk org2 buat kerja.  Faezah bawa cekodok.  Dia org berdua dari awal lg turun membungkus nasi lemak.  Besar betul jasa 2 org sahabat ni.  Alhamdullilah ramai kawan2 yg datang membantu.  Anum sponsor puding lagi.  Siti bawakan agar2.  Kirah kasi durian, so kami tambah dalam kuah durian yg akan dimakan ngan roti jala.


Petangnya selepas asar, rombongan dari negeri 9 datang, mak tam, encik dan ibu serta keluarga sbb kebetulan anak mak tih pun bertunang petangnya, so dia org ke sana dulu.  Knor datang dalam kul 4.  kelakarnya abang seperti biasa sampai lepas habis event.  Abg Jai, wife, kakcik, mi dan brahim dtg sebelum magrib.
Mujur kawan2 ramai, nak harapkan kaum keluarga susah la sikit.  Abg ngah tak dtg, aku tak sure kenapa, maybe ada tak puas hati ngan abahnya .... tapi .... ada aku kisah.


Semua lauk pauk habis, alhamdullilah. dapat juga kawan2 bungkus serba sikit. Menu yg kami sediakan, rendang itik (8 ekor), gulai lemak daging salai (15kg), ikan keli sambal (12 kilo), sayur cendawan telinga, ulam, sambal belacan dan sambal tempoyak, buah - oren dan tembikai, kuih2 - keria, ketayap, agar2 siti, span kek, roti jala pandan dan kuah durian. clear semua, alhamdullilah.


Isnin kedai tutup sebab semua kepenatan.


Masa sibuk2 masak, anje pulak jatuh buai,  buai laju2 sampai cucur atap, tapi lom sampai cucur atap dia terpelanting dulu.  mula tu mmg tak boleh berdiri langsung.  aku bawa balik rumah, mandikan, spray gamat bnyk2, bg dia tidur.  ptgnya aku nampak dia dah terjengkek2 turun bawah mmmm tapi dok mengadu sakit.
So isnin aku el, nak bawa dia ke klinik.  penat sama, family uda pun balik hari isnin, so hantar dia org ke TBS.  Sib baik anje tak apa2.  Doktor ckp tak patah @ retak sbb kalau berlaku cam tu garenti dia tak akan boleh jln langsung.  muscle dia saja yg bengkak dan ada radang sikit .... lega aku dengar.