Wednesday, May 23, 2012

Keputusan Berat Yang Perlu Dibuat

Aku memang sangat2 sayangkan kucing2 aku yg 14 ekor tu.  tapi rasanya 1 keputusan perlu dibuat iaitu sebahagian mereka sudah tidak boleh tinggal bersama kami lagi.

Untuk buang merata-rata sesekali aku tak akan buat.  Alhamdullilah masa search link PapaHero untuk cari mana-mana tempat yang menerima kucing aku terjumpa dengan 1 tempat perlindungan kucing yg baru dibuka di Kepong.  PH confirm tempat ni bersih dan mereka menjaga dgn baik.  Omiey Home.
So aku dah contact dgn penjaganya Lisa, dah mereka boleh ambik kucing2 utk dibela dgn charge rm50 seekor.  dan boleh datang ambil dirumah.  Setiap kali teringat aku perlu melepaskan kucing2 aku nangis, aku contact kakak kerana dia yg lebih mengerti apa aku rasa.  Lepas discuss dan mengenangkan rumah aku yg tak macam rumah org, aku decide untuk hantar 6 ekor ke sana.  tapi siapa yg nak dihantar.  terbayang mata miaw2 aku merenung aku.  walaupun lala, yuni, loli antara yg kerap bg masalah tapi aku sgt kesiankan mereka.
mungkin ni jalan yg terbaik ..... abah cakap tinggalkan 2,3 ekor saja ... antara yg abah sebut mestilah tommy simanja aku tu.  cuma utk bulan ni aku hantar 6 dulu sebab kos rm pun kena ambik kira juga.
Ya Allah kuatkanlah semangat aku nak berpisah ngan anak2 miaw .....  aaaaaa dah nak nangis niiiiii .......

No comments: