28 April - Masa aku dalam kursus kat Tabung Haji, ada message dari nombor yg aku tak kenal berbunyi - Betul ke suami Azie meninggal. Puas aku fikir siapa yg hantar, dah tu ramai kenalan aku nama Azie, aku msg semula minta kepastian siapa yg hantar. then ada call dr nombor berkenaan, rupanya zaidi yg msg aku. dia dapat berita dari mike dan dia nak pengesahan aku kalau aku tahu. berderau darah aku, biar betul. last year semasa ke rumah melati aku jumpa suami azie.
aku call azie, betul rupanya , suaminya meninggal semalamnya, hari Jumaat kerana kompilasi buah pinggang. Aku tak tahu macam mana nak cakap, kesiannya azie. anak sulungnya sebaya haziq. Semoga dia tabah dan kuat semangat.
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment