Monday, May 28, 2012

28 Mei - Birthday Haziq

Hari ni besday haziq ke 18.  Anak teruna aku yg bersama aku dalam suka duka hidup aku ....
Semoga menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat.

aku tempah kek, td post kat fb dia, suka dia .... surprise .....

Friday, May 25, 2012

Kain Rentang Bersih


Lupa nak letakkan gambar ni .... abah bersama geng ke Bersih.  Ramai tandatangan kat kain rentang ni.
Abah cakap masa kat stesyen LRT, berebut2 org nak sign ...... pas tu gantung kat kedai mmmmm si ayahanda geng Perkida umno yg bini 4 tu pun sign juga hehehehe .... hentam la labu .....

Wednesday, May 23, 2012

Keputusan Berat Yang Perlu Dibuat

Aku memang sangat2 sayangkan kucing2 aku yg 14 ekor tu.  tapi rasanya 1 keputusan perlu dibuat iaitu sebahagian mereka sudah tidak boleh tinggal bersama kami lagi.

Untuk buang merata-rata sesekali aku tak akan buat.  Alhamdullilah masa search link PapaHero untuk cari mana-mana tempat yang menerima kucing aku terjumpa dengan 1 tempat perlindungan kucing yg baru dibuka di Kepong.  PH confirm tempat ni bersih dan mereka menjaga dgn baik.  Omiey Home.
So aku dah contact dgn penjaganya Lisa, dah mereka boleh ambik kucing2 utk dibela dgn charge rm50 seekor.  dan boleh datang ambil dirumah.  Setiap kali teringat aku perlu melepaskan kucing2 aku nangis, aku contact kakak kerana dia yg lebih mengerti apa aku rasa.  Lepas discuss dan mengenangkan rumah aku yg tak macam rumah org, aku decide untuk hantar 6 ekor ke sana.  tapi siapa yg nak dihantar.  terbayang mata miaw2 aku merenung aku.  walaupun lala, yuni, loli antara yg kerap bg masalah tapi aku sgt kesiankan mereka.
mungkin ni jalan yg terbaik ..... abah cakap tinggalkan 2,3 ekor saja ... antara yg abah sebut mestilah tommy simanja aku tu.  cuma utk bulan ni aku hantar 6 dulu sebab kos rm pun kena ambik kira juga.
Ya Allah kuatkanlah semangat aku nak berpisah ngan anak2 miaw .....  aaaaaa dah nak nangis niiiiii .......

IT Day 2012


Alhamdullilah Projek IT Day berjalan dengan jayanya pada 17 Mei 2012 (Khamis), walaupun penatnya bukan kepalang. Semua org take part dan tahu apa yg nak dibuat.  
Sangat meriah dengan Microsoft talk, booth, jumble sales, treasure hunt, lucky draw dan goodies yg menarik terutama utk early birds.

Balik rumah malamnya of course la Bik Ani yang kena urut, dah sakit satu badan.  

Friday, May 11, 2012

Anugerah Khidmat Cemerlang

gambar sebelum start event - khirdir, maz, laily dan aku

Anugerah Khidmat Cemerlang ini merupakan kali ke 3 aku terima dalam sepanjang perkhidmatan selama 19 tahun. (19 tahun ?????).  Lamanya dah kerja rupanya.  Dulu aku heran bila org boleh kerja lebih dari 15 tahun.  La ni aku kerja dah 19 tahun.
Alhamdullilah, rasanya kali ni lebih bermakna.  mungkin kerana anak2 dah besar, maka aku boleh tunjuk satu teladan untuk mereka dan 1st time abah tahu aku dapat kc, hehehehehe .....
Untuk kawan2 yg lain, semua di sini adalah orang2 yg bekerja, bukan macam org gomen zaman dulu2, dtg kerja boleh menjahit, mengait bagai.  mmmm org gomen la ni boleh berblog, sib baik opis dah blok sosial media yg lain.  Jadi apa yg aku dapat adalah sebenarnya rezeki Allah yg memihak pada aku, itu saja.

Thursday, May 3, 2012

Dugaan Buat Azie

28 April - Masa aku dalam kursus kat Tabung Haji, ada message dari nombor yg aku tak kenal berbunyi - Betul ke suami Azie meninggal.   Puas aku fikir siapa yg hantar, dah tu ramai kenalan aku nama Azie, aku msg semula minta kepastian siapa yg hantar.  then ada call dr nombor berkenaan, rupanya zaidi yg msg aku.  dia dapat berita dari mike dan dia nak pengesahan aku kalau aku tahu.  berderau darah aku, biar betul.  last year semasa ke rumah melati aku jumpa suami azie.

aku call azie, betul rupanya , suaminya meninggal semalamnya, hari Jumaat kerana kompilasi buah pinggang.  Aku tak tahu macam mana nak cakap, kesiannya azie. anak sulungnya sebaya haziq.  Semoga dia tabah dan kuat semangat.

Aktiviti hujung minggu

27 April aku cuti sebab malamnya kami akan ke Kompleks Tabung Haji Kelana jaya, ada program kembara Insan. So aku bawa 2 anak dara saja.  Wan pun bawa anak2 dia ja.

checkin jumaat malam, check out ahad tengahari.  Aku sampai agak lewat sebab ptgnya jalan punyalah jem, disebabkan peserta demonstrasi bersih dah masuk KL + KL mmg jem teruk setiap jumaat ptg.
Ada program untuk mak bapa, Sabtu dgn ESQ (aku ikut ja lah wpun aku sebenarnya tak suka sgt konsep ESQ ni).  Ahad ceramah ngan Imam Muda Hassan dan Pemenang Tilawah Al-Quran, Sharifah mmmm tak ingat nama.
Budak2 ada program Smart Solat dgn group Imam Muda.  oklah aktivitinya, tak sangka Kompleks Tabung Haji macam hotel.  kalau bukan musim haji boleh check in kalau nak bermalam.

Abah tak ikut sama sbb join Bersih.  Hazia kerja dan Danial ada hari usahawan di sekolah.