Friday, December 2, 2011

Kenduri Arwah Mak

Aku mmg dah lama bercadang nak buat kenduri arwah untuk mak. Semalam 1/12/2011, mlm Jumaat kami buat keduri baca yasin dan tahlil arwah. Alhamdullilah semuanya sempurna. Ramai juga tetamu termasuk abang, kak nor, munzir, linda dan udin.
Aku mmg bercuti sambung dari isnin(ganti ahad awal muharram), selasa dan rabu bawa 4 ekor miaw gi kasi. So khamis malam kami buat kenduri.
Faezah banyak membantu, sib baik hubby dia dah balik Swiss.

Kami buat nasi, daging salai masak lemak (abah masak), ayam goreng, sayur, campur, kerabu perut, sambal belacan, spagetti goreng (yati masak), buah dan kuih muih dari Faezah dan Kak Nor.
Alhamdullilah semua ngam2, mmg masak lemak buat lebih sikit utk tapau.

Dah lebih kurang 152 hari mak meninggal kami. Tapi sehingga saat ini aku masih rasa nak nagis bila ingat mak dan aku akan terus menangis bila ingatkan Melati. Masih susah nak menerima hakikat kehidupan ini .....

No comments: