bulat dah tak de.
Last week 15 disember aku bawa Bulat ke klinik haiwan, badannya macam ada kurap. so kena inject dan sapu ubat. Esoknya aku nampak Bulat jalan terdengkut2, mungkin tersepit tangannya. aku sapu ubat saja.
Sabtu, tangan bulat membengkak, badan panas. Aku sapu minyak dan bg dia mkn ubat demam budak2. panasnya berkurangan. Isnin aku ada training pulak, so mmg tak boleh cuti. mlmnya aku nampak Bulat dah lemah, jalannya perlahan, terbaring mana2 yg ja.
Selasa aku cuti, bawa bulat ke klinik. Tapi bulat dah agak nazak. sebelum no kami dipanggil, aku nampak bulat masih bernafas. tapi bila masuk je bilik rawatan, bulat dah tak de. kesian bulat.
tak sangka2 pulak meleleh air mata aku kat situ juga. Bulat akhirnya meninggalkan kami juga.
No comments:
Post a Comment