Thursday, December 29, 2011

Hari Keluarga TM At Sunway Lagoon

24 Disember - TM buat hr keluarga kat Sunway. Yg pergi kami laki bini + anak2 dara. Hak jantan dah tak mau ikut, semua ada program sendiri.

oklah budak2 enjoy, mak sakit kaki, jauh sgt jalan.




Kurang Kawan-Kawan SeKawasan

29/12 - Semalam kami buat jamuan perpisahan untuk Hasnah. Hasnah akan berpindah ikut suaminya ke Labuan. Sedih gak aku sebab Hasnah antara kawan rapat aku di kawasan rumah selain Faezah.

Bulan lepas Faiz berpindah ke Seremban. Tapi aku tak close sgt ngan Faiz. Sebelum tu Yan pindah Kuching .... aku bila mau pindah ???? mmm tunggu banglo siap baru pindah ahakssss .....

Danial dan PMR

Jantan sekor ni mmg selalu buat aku tension. Ada kala peelnya mcm budak2, adakala nampak matang. baru nak besar ....

Result PMR cuma 2A, 5B dan 1 C. aku frust juga sebenarnya sbb aku tau dia boleh buat lebih baik lg dan aku nak dia masuk Teknik. Kerja khusus utk subject2 ni 4 dapat cemerlang, maknanya nak dpt 5A mmg boleh kalau lebih usaha.... usaha last minit cam tu lah.
Aku tengok semula report card dia bg 2 thn, mmg teruk sgt. 1 bayang A pun tak ada. Agama pun cuma dpt D dan E ja. tapi result pmr, 2a adalah utk agama dan geo. of cource C utk KH, tulah kuat melayan cikgu tapi aku heran kerja khusus KH dia boleh dpt cemerlang.

mula dia sibuk nak pi sekolah tampin, bosan aku. Aku ambik inisiatif slow talk ngan dia, explain pro and cont. Nak harap abah, semua nak ikut anak. akhirnya kami capai kata sepakat dia ke sekolah permaisuri, yg jaraknya dlm 1.5 km dr rumah. aku tau dia dah bosan ngan sekolah sri tasik .... mmmm dia kan bayangan aku sebenarnya. nak lari mana, cam mana mak dia dulu, cam tu lah dia .... so aku paham kenapa dia nak berhijrah. Urusan pertukaran dah dibuat, tunggu surat dr jabatan pelajaran daerah saja lagi.

Thursday, December 22, 2011

Bulat Akhirnya Meninggalkan Kami

tangan bulat yg sakit dan membengkak

bulat dah tak de.



Last week 15 disember aku bawa Bulat ke klinik haiwan, badannya macam ada kurap. so kena inject dan sapu ubat. Esoknya aku nampak Bulat jalan terdengkut2, mungkin tersepit tangannya. aku sapu ubat saja.

Sabtu, tangan bulat membengkak, badan panas. Aku sapu minyak dan bg dia mkn ubat demam budak2. panasnya berkurangan. Isnin aku ada training pulak, so mmg tak boleh cuti. mlmnya aku nampak Bulat dah lemah, jalannya perlahan, terbaring mana2 yg ja.


Selasa aku cuti, bawa bulat ke klinik. Tapi bulat dah agak nazak. sebelum no kami dipanggil, aku nampak bulat masih bernafas. tapi bila masuk je bilik rawatan, bulat dah tak de. kesian bulat.


tak sangka2 pulak meleleh air mata aku kat situ juga. Bulat akhirnya meninggalkan kami juga.

Tuesday, December 13, 2011

Kat Mana Niiii ??????



Gambar ni paling menarik, bkn kerana pantainya yg mcm berlumut tapi kerana lokasinya.

Pantai ini adalah dibelakang Hotel Pullman. hotel depan opis aku. Masa ni balik dari kenduri anak Abg Mat di sekitar Putrajaya. Then ajak dia org singgah pantai ni, sebelum ni pun aku dgr cite je ada pantai. So dah kebetulan datang area ni, singgah la sekali.
ok juga lah utk org kuala lumpur, pantai yg sekangkang kera ni.





Friday, December 2, 2011

Miki, Tommy, Tony dan Tomok

Penjelasan JAKIM berkaitan pengkasian yg dipaparkan pada dinding klinik.

Tomok dan Tommy - selepas kena bius





Miki dan Tony - selepas operate.



-gambar-gambar di klinik ...


- menunggu depan pintu bilik pembedahan ...


29/11 - aku ke klinik Vet, mandulkan si Miki dan Tony.
30/11 - ke klinik lagi, mandulkan Tomok dan Tommy.

masa mlm aku mandulkan Miki, dia cam menung saja, cam ada air mata bergenang. Haziq dah marahkan, tu la mama, Miki dah sedih, telur dia dah tak de. tapi nak wat cam mana, aku mmg tak tahan peel dia org yg suka memancut rata2 tu .... sekali tengok sian pulak, salahkah tindakan aku ni. tapi kalau tak dikasi, yg betina kecik2 tu dah dipanjat. Kos mandulkan betina lagi mahal .... jantan2 ni pulak tak reti kalau diletak di bawah, cam tak boleh hidup ja .... feninggggg aku.


payah betui jaga jantan2 bersunat ni, tak sempat masuk toilet, dah cicir merata, maklumlah lalok lagi, jalan pun slow ja. mentara nak sampai toilet, tercicir dulu ....

Kenduri Arwah Mak

Aku mmg dah lama bercadang nak buat kenduri arwah untuk mak. Semalam 1/12/2011, mlm Jumaat kami buat keduri baca yasin dan tahlil arwah. Alhamdullilah semuanya sempurna. Ramai juga tetamu termasuk abang, kak nor, munzir, linda dan udin.
Aku mmg bercuti sambung dari isnin(ganti ahad awal muharram), selasa dan rabu bawa 4 ekor miaw gi kasi. So khamis malam kami buat kenduri.
Faezah banyak membantu, sib baik hubby dia dah balik Swiss.

Kami buat nasi, daging salai masak lemak (abah masak), ayam goreng, sayur, campur, kerabu perut, sambal belacan, spagetti goreng (yati masak), buah dan kuih muih dari Faezah dan Kak Nor.
Alhamdullilah semua ngam2, mmg masak lemak buat lebih sikit utk tapau.

Dah lebih kurang 152 hari mak meninggal kami. Tapi sehingga saat ini aku masih rasa nak nagis bila ingat mak dan aku akan terus menangis bila ingatkan Melati. Masih susah nak menerima hakikat kehidupan ini .....