Monday, February 22, 2010

Alergik Paling Teruk

Aku mmg alergik pada udang dan ketam, selalunya kalau termakan @ sengaja teringin gatal nak makan, mulut akan terasa gatal2. Paling teruk pun bibir akan bengkak.
Tapi jumaat lepas, si wan belanja aku mee rebus, masa makan aku rasa elok je. Tak de rasa udang, lepas makan pun ok ja. Kalau makan udang on the spot gatal dan membengkak. Ni ok lah pulak.
Malam aku dah rasa lain, cam tebal je bibir. Aku tanya kawan2, depa cakap nampak ok. Tapi dlm mulut rasa tak selesa. Esoknya masa bangun tidur mmmmm terjuih bibir mengalahkan Angelina Jolie, dah mcm donald duck hahahaha. aku buat dekk je, rasanya 4,5 jam oklah balik. Rupanya tidak, sampai malam masih menebal, dah tu start gatal2 badan. Habis tangan berbintik2 merah mcm udang bakar. kalau gatal membengkak bintik2 tu. Tangan, badan, kaki ... sampai ke tapak kaki gatalnya. Ni dah isnin, mulut dah ok sikit tapi masih sexy menjuih cam Angelina Jolie, gatal2 masih ada. Petang aku nak ke klinik Baharom lah .... sakit jiwa aku aku cam ni. Mulut pun dah kebas.

Wednesday, February 17, 2010

Anak Sedaraku Bertunang Lagi




sama takkkk? Ana dan Ani. Ana cakap versi tua dan versi muda hehehehe aku cakap versi kurus dan versi gemok sbb dia lg BESAR dari aku hehehehehe. Ramai yang salah panggil sbb depa cakap muka kami hampir sama .... betul ke?

Dah 2 kawin, tambah 1 lagi bertunang, ishhhh maknanya aku dah makin veteran lah. Dok menerima menantu je ni. Cucu dah ada sorang.
Sabtu 13 Feb aku ke Pekan Pahang. 14 Feb, Amin bertunang ngan Azie, si dara yang abang nan bawa balik Kedah masa kenduri shaari. Abah jadi jurucakap. Majlisnya simple saja. Apa pun semua dah selamat, tunggu hari majlisnya saja setahun lagi. Dah besar Amin ye. Dah nak jadi laki orang. Pendiam2 pun melangkah bendul lah pulak ......

Tuesday, February 9, 2010

Klinik Baharom


Lama betui tak pi klinik Baharom kat Jln Sentul tu. Tapi dek kerana sakit kaki ni tak baik2, aku pi juga. Kira2 dah 7 thn jugalah tak pi sana, last pi thn 2003. Dah putih rambut dan janggut dokor baharom hehehe tapi dia masih sama juga. Semua cepat. Dan macam biasa kena ambik darah, scan dan kena cucuk pada urat kaki. eeeee ngerinya, dah lama tak kena suntik. Masa scan mmg jelas urat2 kaki bengkak, maybe bnyk sgt dok bergerak kat kedai.
Tapi penjelasan dia sgt jelas, tak macam klinik M*******n kat rumah aku tu, tengok doktor pun mmmm cam sambil lewa saja. Bg ubat tahan sakit, ubat sapu ... dahhhhhhh. Rawatan susulan mmg tak adalah. Doktor Baharom juga yg bagussss.


********************
22 april 2013 - oleh kerana ramai yg menerjah ke blog ni utk cari info berkaitan Klinik Baharom yg femes tu, aku bagi detail sikit berkaitan klinik ni utk rujukan semua yg berminat.

Klinik Baharom terletak di Jalan Sentul, Kuala Lumpur.  Bila masuk je simpang Jalan Sentul, kita akan jumpa traffic light utk simpang ke BB Sentul.  Jalan terus. selepas simpang ke Bandar Baru Sentul (sebelah kanan), kita akan jumpa Klinik Baharom di sebelah kiri jalan. 
Klinik Baharom dibuka pada jam 8.00 pagi tapi selalunya doctor sampai jam 9.00 pagi.  Tutup jam 5.00 pm tapi awas adakala jam 4 doctor dah balik. Tengok pada pesakit.

Dulu aku dok kat Taman Dato Senu, Sentul. Klinik Baharom adalah klinik panel yg terdekat. So mmg semua urusan sakit dengan klinik baharom. sakit pening, cek mengandung, cucuk imunisasi anak (4org) semua di klinik ni.  Kalau berminat boleh datang selepas lunch, sebab pagi memang selalunya full house.

Klinik Baharom sangat popular di kalangan warga emas. terutama yg ada masalah sendi.  Biasanya warga emas akan dptkan rawatan sendi, dr tak boleh jalan, dah boleh berjalan.  Juga sangat popular utk yg ada masalah alergik.  Doktor Baharom seorang yg sempoi, berjanggut putih tapi maintain hensem hehehehe.  Orangnya agak pantas dlm buat kerja, semuanya cepat.  Kalau nak kena cucuk, belum sempat kita toleh tengok lengan yg nak dicucuk, semua dah siap ..

10 tahun jugalah Klinik Baharom menjadi klinik keluarga kami. Sebabnya - Doktor Baharom sangat pakar orangnya, teliti bila merawat.  Dia tak akan tunggu sesuatu penyakit melarat.  Masa mengandung anak ke-2, aku pernah bleeding sikit, ambik ubat di klinik, rehat 2 hari, alhamdullilah ok.  Masa arwah mak mertua sakit, aku bawa ke klinik baharom juga.  Masa tu lg beberapa hari dia nak ke Mekah. bahagian lengannya sakit dah hampir sebulan, dah merata klinik kat negeri 9 yg dia pi tapi semuanya sama je.  bila tengok keadaan dah melarat, arwah mak tak boleh tidur dan adakala merintih sakit, aku bawa ke klinik baharom. injection dan ubat dgn dos yg tinggi aku rasa yg dibekalkan.  ALhamdullilah dpt juga mak ke Mekah dan memunaikan haji.  Tapi doctor dah pesan, balik Mekah kena terus buat cek kat hospital.  Mak mertua meninggal selepas balik dr haji.  rupanya dia ada kanser, cuma mujur rawatan di klinik baharom membolehkan dia menunaikan haji.  mmg mak risau sgt takut dia tak mampu nak ke mekah dgn kesakitan yg dia hadapi, yg hospital tampin dan klinik2 lain tak boleh kesan apa penyakitnya.

Selepas berpindah ke Bandar Sri Permaisuri, aku jarang ke klinik baharom sebab jarak yg jauh.  Cuma bila aku kena sakit pada tumit, sendi kaki yg amat sgt, aku pi klinik baharom semula.  ini kerana klinik mediveron dgn doctor yg sengal membuat aku menanggung kesakitan yg berbulan2 lamanya.  2 kali aku pi klinik sama, 2 kali bg ubat sama, siap membebel.  kalau aku tak sakit aku tak gi klinik.  dan oleh sebab dah tak tahan sakit aku bergerak jauh ke klinik baharom. alhamdullilah sakit berbulan yg aku tanggung hilang.  Doktor akan bekalkan ubat, siap doa sekali. kalau datang sekali lagi dia akan tanya - baca tak doa yg saya bagi hari tu? tak berdoa mcm mana nak baik .... hehehehe. 

Cuma .... bayarannya sedikit mahal.  sediakan kad kredit kalau tak cukup cash.  nak perkhidmatan yang baik mesti bersedia mengeluarkan belanja yg lebih .... kalau tak nak keluar belanja, jaga kesihatan diri .....  Apa pun doctor Baharom adalah doctor yg terbaik yg aku jumpa setakat hari ni ... mmmm cuma sekarang dah makin jauh .....

 

Monday, February 8, 2010

Sukan Sekolah Anje





Jumaat 5 Feb, aku pi temasya sukan SK seri tasik. Sejah dulu mmg tak pernah pi pun sbb haziq dan danial bukannya jenis bersukan pun. Kali ni anje pulak masuk 4x100m. teruja lah juga nak tengok. Dia pelari ke 2, boleh tahan juga lajunya sbb mulanya kira dah ke belakang lah juga tapi dia berjaya pecut mendahului pesaing2. So juara juga anak dara sorang ni. Upahnya KFC, kebetulan kat sebelah stadium tu ada KFC pulak. Teringat zaman sekolah dulu ....
May be yg ni ikut abah kot, suka bersukan zaman sekolah. Anak lelaki ikut mama pulak, tak larat lari.
Apa pun tahniah sayang mama.

Thursday, February 4, 2010

Saudara Dekat Yang Jauh

3 Februari, jam 7, Kak Aishah call dari Raub, Sepupu aku yang juga bapa saudara dia meninggal dunia di Tmn Desa. Pagi lagi aku dan hubby ke sana. Di rumahnya yg aku rasa majoriti jirannya adalah cina, cuma ada dalam 10 orang saja sedang membaca tahlil, termasuk sepupuku Abg Wahab (Datuk Abdul Wahab Majid), juga adik kepada arwah.
Memang mulanya aku rasa janggal nak ke sana kerana aku tak rapat dengan mereka. Tapi mereka adalah sepupu2 aku, yg sebenarnya ikatan kekeluargaan masih kuat. Kali terakhir aku jumpa Abg Dolah semasa dia masuk wad di Tawakal, masa tu aku masih belajar di itm. Aku banyak tahu mengenai beliau dari mak. Dulu2 anak2 buah abah agak rapat dengan abah. Ngah Majid, abang abah adalah abang yang paling abah sayang. Semua mak yg cerita, sebab Ngah Majid orangnya lembut tak macam Mamak Mat Yudin yang garang.
Abg Dolah adalah bekas Timbalan Menteri Buruh. Banyak yang mak ceritakan termasuk hal 3 Abdul, dimana Abg Dolah menjadi mangsa politik.
Sebanarnya raut wajah abg Dolah, Abg Wahab seiras abah. Kami anak2 abah lebih mengikut rupa mak. Melihat muka arwah yang bersih seperti orang tidur, mengingatkan aku pada abah.

Ramai yang pelek bila aku katakan arwah adalah sepupuku. Kerana umur aku lebih muda dari anaknya. Bukan tu saja, cucu2 sedara pun ada yg lebih tua dari aku. Sebab abah dapat anak lewat, umur abah hampir 50 thn, abah baru dapat anak sulung. Jadi jarak umur kami adik beradik dan sepupu sebelah abah adalah sangat jauh. Apa lagi aku, kiranya aku adalah cucu bongsu kepada arwah Atok, Mohd Jabar. Nama Atok diabadikan pada sebuah sekolah rendah - Sekolah Kebangsaan Mohd Jabar, di Raub.

Sebenarnya saudara mara sebelah abah terlalu ramai tapi aku yang tak berapa kenal. Ada sepupu aku yang aku tak kenal langsung macam anak2 Cu Nab. Abah meninggalkan kampung halaman di Raub dan merantau. Bekerja sebagai pemandu keretapi (yang dulunya glamour cam pilot) membuatkan abah merantau ke negeri2 lain dan jarang pulang ke kg sampailah abah berkawin dengan mak, dan terus menetap di Kedah. Aku dah sekolah baru aku kenal sedara mara dari Raub.

Bulan lepas seorang lagi sepupu aku Abg Omar meninggal. Bulan ni Abg Dolah pulak. Walaupun jarang2 berjumpa sedara , sesekali bertemu macam semalam banyak yang diceritakan, terasa hubungan kasih sayang antara keluarga tetap ada walaupun kami tidak rapat secara zahirnya. Tetapi mereka2 adalah darah daging ku.

Semuanya telah tertulis, semuanya ada hikmah yang besar di sebalik apa yang Allah takdirkan.

Tuesday, February 2, 2010

Seminar Jutawan Senyap


Sabtu 30 Jan 2010, aku laburkan juga Rm250 utk attend kursus ni. Ramai juga peserta, dlm 40 org. Dari Labuan dan Johor pun ada. Punyalah semangat, depa2 ni dah kursus sebelum ni dah ada produk yg dibuat. Yg kurang bestnya kerana aku rasa kurang organize, maybe labih sesuai buat kat hotel lain, tak perlu yg berbintang2 asal fasilitinya bagus dan pekerjanya begerak cepat. Target asal dalam 25-30 peserta, yg turn up 40 lebih. Memang tak cukup kerusi meja. Sib baik sebelah bilik tu ada tempat simpan kerusi, so kami2 dok angkut kerusi sendiri. Peleknya pekerja hotel pun tak kan tak tau ada kerusi kat situ.

Apa pun semuanya berjalan lancar, banyak juga ilmu yg dipelajari. Yg seronoknya semua peserta adalah yg otaknya ke arah business. Samada yg dah ada business @ baru nak mula. Sempat juga berkenalan dengan beberapa orang peserta. Ada yg datang sendirian, ada dengan pasangan. Banyak tips2 yang diperolehi. Seharian jugalah tapi aku tak pulak terzzzzzz, maknanya penyampaiannya mmg ok lah. Sbb aku kan senang zzzzz bila dengan talk macam tu.