makaroni goreng black out - sedap gakkkkk
Semalam baru semangat nak masak, dah black out dari kul 7 - 9.30pm. Lama tuuuu. Yg kena Lestari, Mentari, Cendana, Vista Amani dan semua area kedai depan. Tapi syok juga bila dok berkumpul setempat, gelaplah katakan, budak2 takut.
So aku masak ler makaroni goreng dalam gelap, kelakar pulak. Dah ler kuali besar kat kedai, so aku masak dalam periuk besar mmmmmm
Oh ya, kalau black out, jangan sesekali telefon hotline TNB, sapa nak dapat sakit hati percuma boleh call 15454 hahahaha. Smlm abah soh call, aku malas tapi call juga lah. Spt yg dijangka - "terima kasih kerana memanggil tnb, utk bahasa malaysia, sila tekan 1, harap maaf operator kami sedang sibuk, utk menunggu tekan 1, terima kasih anda di giliran ke 67."
Gila ke apa, ke 67 hahahahaha dah la bil letrik bayar mahal, customer service punyalah hampehhhhh. Betul cakap budak opis lestari, kalau akak telefon hotline tnb, habis kredit rm30 pun belum tentu dapat cakap. Apa punya service!
No comments:
Post a Comment