Thursday, January 28, 2010

Kucing Lagi

Shiro memang suka sangat tidur mcm ni, terlentang. Dah tu mesti atas lantai. letak atas katil pun mesti dia turun tidur kat lantai. Tapi haziq cakap Shiro tidur macam mama ishhhhhhh


Ni si hitam berkilat, time dia ngantuk sgt kat mana pun dia lelap. mcm baby.

Black Out Pulak ...

masak dalam gelap.
makaroni goreng black out - sedap gakkkkk

Semalam baru semangat nak masak, dah black out dari kul 7 - 9.30pm. Lama tuuuu. Yg kena Lestari, Mentari, Cendana, Vista Amani dan semua area kedai depan. Tapi syok juga bila dok berkumpul setempat, gelaplah katakan, budak2 takut.
So aku masak ler makaroni goreng dalam gelap, kelakar pulak. Dah ler kuali besar kat kedai, so aku masak dalam periuk besar mmmmmm
Oh ya, kalau black out, jangan sesekali telefon hotline TNB, sapa nak dapat sakit hati percuma boleh call 15454 hahahaha. Smlm abah soh call, aku malas tapi call juga lah. Spt yg dijangka - "terima kasih kerana memanggil tnb, utk bahasa malaysia, sila tekan 1, harap maaf operator kami sedang sibuk, utk menunggu tekan 1, terima kasih anda di giliran ke 67."
Gila ke apa, ke 67 hahahahaha dah la bil letrik bayar mahal, customer service punyalah hampehhhhh. Betul cakap budak opis lestari, kalau akak telefon hotline tnb, habis kredit rm30 pun belum tentu dapat cakap. Apa punya service!

Wednesday, January 27, 2010

Lisen kedai / kakikuuuuuuu

Semalam 25 jan, aku ke DBKL nak apply lisen. Dapat lisen sementara, nanti dia org akan dtg cek mmmmm banyaknya prosedur. ni yg malas niiii , dapatnya tak seberapa tapi $$$ yg keluar mmmm boleh tahan juga, sabar-sabar. Macam Chef Li cakap, biar sikit asal menjadi. Mula2 mmg mcm tu.

Isnin malam aku ke klinik, sakit kaki kiri mmg tak baik2 dah sebulan rasanya. Dah 2 kali urut, sakit balik. Doktor cakap senang je - awak ni banyak berjalan dan kurang rehat. Ya mmg betul, sejak berkedai mmg kurang sgt rehat, kalau dpt letak kepala kat bantal mmmmm bestnya. Kat opis pun kerap terzzzzzz. Kerja opis, kerja rumah, kerja kedai. Bangun kul 5.30am, pi kerja, balik kerja uruskan rumah jap, lepas magrib turun kedai, kul 10 naik rumah, bereskan kerja rumah pulak, kul 11.30 @ 12 baru nak tidur. Letih mmg letih sgt ......
Doktor pun tak bagi apa2 solution, setakat bg ubat sapu flanil dan ubat tahan sakit. Aku bukannya sakit sampai tak leh jalan. Tapi keadaan kaki tu cam sgt2 tak selesa, rasa cam terseliuh pun ada. Tak kan nak pakai slipar mai opis kot. Nanti nak urut sekali lagi lah mmm tak pun nak pi merehatkan badan kat spa pulak .... mana nak korek $$$ nak ke spa ni, sabtu nak pi seminar pulak.

Yang Pergi ... Yang Datang


Last Saturday, while 1 was in the market, 1 saw 2 black kittens. hehehe omputih lah pulak. Aku pandang je lah, dlm hati rasa cam nak ambik tp maybe depa lg ok kat pasar. Ahad aku bawa Anje dan Ayang ke pasar. Ayang dah nampak kucing tu, so dia dah merengek2 nak bawa balik. Last2 aku setuju juga, apa lg bila mak cik mariam peniaga pasar tu ckp, actually ada 3 ekor tp cucu dia dia main sampai mati sekor kucing .... ishhhh ngeri pulak dengar. So aku ambiklah bawa balik.
Hitamnya cam beruang. mata pun hitam, tapi bulunya panjang2. kalau depa tidur dekat2 cam selonggok kain hitam je rupanya ....
Kami namakan moshi dan blacky, tapi mmg susah nak kenal yg mana 1 sbb serupa je hitamnya. Kelakarnya depa suka durian, kat pasar makan durian kot. teringat kucing kat kg dulu, mmg ada yg suka makan durian.
Abu, Miki, Shiro, Moshi dan Blacky adalah sebahagian dari hidup kami .....


tiba2 aku teringat ayat ni ... sebahagian dari hidup ... Dulu mmg ada org yg suka cakap cam tu kat aku. dululahhh,..... sekarang sendiri mau ingatlah!

Monday, January 25, 2010

Mawi dah tak ada ....

Aku kehilangan Mawi pada hari Ahad, 24 Januari 10. Hari Jumaat magrib aku nampak mawi kat luar bilik air, najis disekitar badannya. Dia buang air tapi rasanya lepas tu dia dah tak boleh jalan. 1/2 badan macam dah tak bergerak. Mawi menunjukkan tanda2 sakit dah 2 minggu, aku yg tak bawa ke klinik. Ingat selasa ni aku cuti, aku nak bawa dia ke klinik tapi tak sempat. malamnya Mawi dah nazak, kesiannya aku tengok, tapi bila bangun pagi Sabtu, dia masih bernafas. Mak dan aku suapkan mawi susu, rasa dia dah payah nak menelan. Aku tak sanggup tengok dia menderita sakit, kesian sangat. Badannya sesekali kekejangan, aku tak tau nak buat apa, cuma aku doa semoga semoga dia cepat meninggal sebab aku tak sanggup bila tengok dia kejang macam org kena sawan tu. Ahad pagi masa aku bangun tidur, mawi dah tak ada. Dia sangat manja, panggil je terus datang naik atas riba. Teringat dia menyendeng2 nak botol susu ayang. Suka bunyi2 maam org menyanyi. Mawi sangat baik, sangat paham cakap org. Yalah dari umur dia 5 hari aku dan mak yg jaga dia org adik beradik, dari bagi botol sampailah mencebuk.
Mawi sebelum sakit, mama syg mawi.

** lepas ni aku tak nak bg nama manusia kat kucing lagi, mawi 5 beradik semua aku bagi nama org, semua dah tak ada.

Thursday, January 21, 2010

Haziq dan Sekolah Teknik

Haziq gagal ke Sekolah Teknik/Vokasional. Mulanya aku yahooooo lah juga. Ntah rasa berat nak lepaskan anak2 dari aku. Aku nak semua anak2 berkepit ngan aku. pentingkan diri ke ???? Sebab bila dia org mula keluar rumah dan dok asing, maka that's it ... mereka akan jarang2 kembali ke rumah. Rasa sekejapnya masa dari mula aku bersalinkan dia org.
Apa pun aku buat rayuan juga utk Haziq. May be dia macam aku dulu, sampai 1 tahap aku dah rasa bosan giler dok Sekolah Asma. Walaupun sekolah tu antara sekolah harian terbaik. Aku nak cari perubahan, dan perubahan yang aku buat dulu memberi hasil positif. AKu jadi pengawas sekolah, pegang jawatan2 penting dalam persatuan. Kalau dok sekolah lama, maka aku pun jadi sama juga sampai aku keluar sekolah. Aku motivate Haziq. Kalau dia beriya2 nak bertukar sekolah maka dia kena ready mental juga utk bertukar ke arah lebih positif. Mesti lebih berkeyakinan, ada arah tujuan.
Aku juga kena bersedia melepaskan dia ke sana sekiranya terpilih dalam rayuannya. pentingkan diri ke aku ni ????????

Teringat zaman di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, mmmmmm bestnya ...

Wednesday, January 13, 2010

ErtiTersembunyi Di sebalikNombor Rumah

Dari blog-blog ... betul ke? rumah aku b-11-12 , maknanya no 5 mmmmmmm.

------------------
Nombor 11 = 1+1=2
Jadi angka rumah korang ialah 2.Bacaketerangan 2 kat bawah.:
Nombor 192 = 1+9+2=12
12 = 1+2=3
Jadi angka rumah korang ialah 3.Bacaketerangan 3 kat bawah.:


Rumah nombor 1
Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanyadikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga.Kamu juga seringberasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapangkamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkanfikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dangembira.


Rumah nombor 2
Orang yg tinggal di rumah ini selaludibebankan dengan masalah orang lain.Jangan terlalu banyak menyendiri.Carilahteman-teman utk berbicara.Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarikdgn angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepadapenghuninya.Cubalah... .


Rumah nombor 3
Biasanya mereka yg tinggal di rumahbernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan danpercutian.Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnyadegan lebih mendalam lagi.Penghuninya juga sangat mementingkan 'kesempurnaan'dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untukmeletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian.Mereka jenis ini amat menitikberatkan soal kecantikan dalaman dan luaran di rumah,sehinggakan setiap orangyang datang akan merasa tenang dan senag,serta sering menimbulkan rasa iri hatijiran-jiran.Namun harus diingat ,mereka yang berbintang Sagitarus amat gemarmengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.


Rumah nombor 4
Emmmm... .nombor jenis ini agak sukar untukdiramalkan.Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkankehidupan seseorang itu tidak berasa tenang.Jadi tidak hairanlah penghuni dirumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor.Jika kamu berpindahke rumah yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis.Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenisini.Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yanglain.Tapi harus diingat ,jangan terlalu boros di dalam berbelanja.


Rumah nombor 5
Wow,rumah jenis ini boleh diibaratkanseperti hotel.Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggaldi rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga.Merekaakan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yangbernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namunbegitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi insuran sering mendapatperhatian khusus dari pernghuni rumah ini.Mereka juga sering menerima panggilantelefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengankebendaan.


Rumah nombor 6
Kamu yang tinggal di rumah yang bernomborini memang jenis yang suka bercucuk tanam.Angka 6 ini berkait dengantumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan.Para penghuninya mempunyaidaya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yangtersembunyi pada diri penghuninya.Mereka yang berbintang Taurus dan Libramenyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi.Kamujuga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik.Rumahkamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakanlayanan yang kamu berikan.


Rumah nombor 7
Satu angka 'aneh' .Tidak dapat dijelaskandengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-maindengan teka-teki.Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semuakemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepadakamu nanti.Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulangalik ke hospital,sama ada kerana kamu atau keluarga kamu uyang sakit,malah kamujuga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yangsakit.Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut ,kamu sentiasa melakukanperubahan dari segi penyusunan perabot rumah.Kamu mudah dihinggapi penyakitdibahagian kaki.Kamu yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untukmendiami rumah nombor ini.jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masadepan kamu.Berbelanjalah secara rasional.


Rumah nombor 8
Rumah ini lebih digemari oleh golonganyang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja.Penghuninya gemar mengumpuljam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yangberlainan.Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumahitu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiamirumah ini berbanding dengan nombor lain,sebaliknya,ia mendatangkan kerugian pulakepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadapkesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.


Rumah nombor 9
Kamu yang tinggal di rumah yang mempunyaiangka 9,biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan danpermusuhan.Disebabkan sikapmu yang telalu behati-hati,telah menyebabkan kamukurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu.Namun begitukamu jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpiotertarik dengan angka ini.Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di dalam hidupkamu yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baruadalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini.Kamu pandaimengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yangdicita-citakan selama ini.

Tuesday, January 12, 2010

Pendaftaran Syarikat

Hari ni pagi2 aku dan Wan ke SSM utk daftarkan syarikat. Yeeeee kena mengorak langkah yang betul, umur pun masuk 39 tahun ni. Fuyoooooooo masih rasa macam 29 errrr cam 19 pun ada hahahahaha.
12.01.2010 mmmmm angka yang cantik niiiiii, no menunggu di SSM 9009 dan kaunter pertama 9. Apa ada pada nombor ?????? Segalanya mungkin ...

Monday, January 11, 2010

Birthday Ayang 9 January 2010

Ayang dah keknya - main beli je kat hero.
Ahli Mesyuarat Tingkap ....
Ayang dan kawan-kawan.
Sabtu, jam 5 petang, aku buat Birthday Ayang kat kedai, kecil-kecilan je tapi tak sangka pulak ramai kawan2 yg datang, issshhh aku pun tak plan elok2, main tangkap muat saja. Makan ala kadar pulak tu, presentation makanan jauh ler sekali .... kawan2 aku pun ramai yg datang, alamakkkk malu ler juga. Kira makanan ngam-ngam habis, aku pun tak lah pulak ingat nak menambah ke apa sbb rasa cam kelam kebut semacam ja.
Apa pun Happy Birthday Ayang ke 8. I love youuuuuu.

Thursday, January 7, 2010

Perjalanan ke Utara

Dah terlalu lama tak ke utara. Kali terakhir waktu Omar kawin, 2 1/2 thn yg lepas. Rindu sebenarnya dengan permandangan sawah padi. Rasa syahdu pulak ... tempat jatuh lagi di kenang, inikan pulak tempat bermanja. Sekejap je ke pekan Alor Setar, lalu juga tempat2 dok berdating ngan Ad dulu hahahaha zaman sekolah belasan tahun ..... sekejapnya masa berlalu ... ni dah hampir nak cecah 40 dah niiiiiiii.

Lamanya tak lalu highway niiiii.
Singgah di Kuala Kangsar, makan kat tepi sungai.
Ayang dan Anje enjoy kat rumah Abg Jai.

Rumah tempat aku membesar, boleh lihat saja sebab dah ada org sewa.
Hadapan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, sekolahku.
Gunung Jerai.
Indahnya sawah pagi yang menghijau.
Dalam perjalanan balik ke KL.

Balik Kedah

keluarga besar Abg Jai (ayang terselit juga)
Mak, Kak Menah dan Kak Ani , kerabah dari Raub pun ada.
Aku, My Sis and Ita My Cousin
Siapa Pengantin niiiii
Anak2 dara jadi tukang kasi gula2, ada juga gambar Haziq terselit kat tepi.
Semua nak merasa naik pelamin
Anak2 dara belaka + bakal menantu abg nan yg bertudung hijau.
Keluarga aku dan pengantin.


Nak kata balik kampung pun boleh, nak kata gi melancong pun ok. itulah perjalanan aku ke kedah, negeri tumpah darahku. Kami balik sekeluarga + mak untuk majlis kawin shaari di Kedah. Dah lama tak balik, seronok tengok sawah padi, nyaman rasa.
1st night kami dok rumah sewa shaari, 2nd night kami tidoq hotel, T hotel. budget hotel je tapi cukup selesa kat tandop. mmmm full house juga. Abg Nan dan Abg pun dok situ.
Pengantin perempuan datang serombongan degnan bas. Majlis berjalan lancar, sederhana tapi meriah ... Kenduri Shaari di Kedah pada 26/12/2009.