Bobby masa kecil - aku ambil masa Bobby masih nyusu.
Bobby menumpang kasih Miki, si abang angkat.
Bobby dah anak dara.
Perjalanan terakhir Bobby, selamat tinggal sayang.
14 ogos 2009, aku kehilangan Bobby. Pagi ini Bobby pergi dan tak akan kembali lagi. Hanya tuhan yg tahu apa yg aku rasa. Bobby jatuh dari tingkap bilik belakang. Semalam Miki yg hilang, oleh sbb dah kul 12 aku tak larat nak cari Miki. lagi pun aku tau, miki kalau tersesat dia akan dok diam2 tempat yg dia sesat. Pagi ni aku bangun kul 6 sbb tak masak, selalu kul 5 kalau masak. Masa kat dapur aku dengar suara Miki, sah ler kat luar, kalau tak kat tkt 10 mesti tkt 12. so aku jumpa Miki kat tkt 12. kat tembok rumah Anum. Balik rumah aku perasan Bobby tak ada. Puas aku panggil, tak datang. So aku mencari dari tkt 7 hingga 13, Bobby tak ada juga. Masa Haziq nak pi sekolah aku pesan soh dia cari kat bawah. Then Haziq menjerit panggil aku dr luar. Aku dah berderau sbb aku dah agak Bobby jatuh. Mmg sah Bobby jatuh. Aku menjerit, dah meleleh air mata tak terkira. Bibik sebelah pun kelam kabut keluar. aku turun ke tkt 1 ngan haziq, panjat tembok, haziq yg dok angkat aku, maklumlah mak dia ni saiz xl. Pelan2 aku angkat Bobby, sejuk tapi masih lembut. Kalau lah aku bangun awal seperti biasa, adakah Bobby tak akan jatuh. Mungkin Bobby jatuh kul 5? Aku bawa Bobby balik, balutkan dengan kertas dan plastik. Ayang dan Anje bangun, muka masing2 sedih. Aku tinggalkan Bobby, abah akan tanam nanti. Lambat aku pi kerja hari ni. Td aku call rumah, Abah cakap, Ayang pegang ke body Bobby , tak nak letak sbb dia cakap dia sayang kat Bobby. Anje berdiri agak jauh sambil nangis. Anje cakap mata Bobby tutu rapat masa abah nak tanam Bobby. Sedihnya akuuuu. Datang kerja mata aku merah. masa nak solat Zohor aku nangis lagi. Tak tertahan air mata laju turun. Aku teringat pagi tadi masa aku dah puas cari Bobby tak jumpa, masa solat subuh aku doa semoga Allah memberi ilham utk Bobby jumpa jalan balik ke rumah, rupanya Bobby tak balik2 lagi. Bobby akan sentiasa duduk bersimpuh depan aku setiap kali aku solat. Dia tak mcm Miki masa kecil dan Shiro yang selalu kacau aku solat, 2 ekor tu suka betul bergayut kat telekung. Tapi Bobby tak, berjalan cat walk dan duduk diam2 bersimpuh dean sejadah. lemah lembut. Terasa betul Bobby tak ada, terasa kehilangan. Miki pun nampak lain, aku tenung mata miki, dapat rasa yg miki juga amat kehilangan Bobby. Miki tak seceria dulu. Setiap kali teringatkan Bobby aku jadi sebak.....
Semalam Ustaz Asri, ketua kumpulan Rabbani meninggal. Pergi tak kembali .......... bila pulak masa aku ......
No comments:
Post a Comment