Monday, August 31, 2009

MERDEKA



MERDEKA! hari ini 31 Ogos 2009, 52 tahun negara merdeka. Tadi kami sekeluarga tengok cite Hati Malaya kat tv. Kebetulan abg jai pun ada kat rumah. Aku tengok pun dah 1/3 nak habis. Tapi sebenarnya cerita tu sangat menyentuh hati. Banyak yg difilemkan yang pernah diceritakan oleh mak. contohnya Tunku yg dapat rumah bocor masa pindah ke rumah kerajaan.

Cerita tu buat aku hampir menangis. Abg Jai cite yg Tunku jual tanah bagi menampung kos nak ke London selain derma org ramai. Ya Allah mulia sungguh hati seorang yg bernama Tunku Abdul Rahman. Aku pandang anak2 aku, kalau aku sendiri tak tahu sepenuhnya sejarah kemerdekaan, apa lagi anak2 aku.

Dulu masa filem Hati Malaya ada dipawagam, aku rasa sambutannya sgt dingin. Tapi cerita tu patut dilihat oleh semua generasi hari ini. Penuh penghayatan. Sedikit sebanyak aku kenal siapa Tunku Abdul Rahman, org yg sangat simple, baik hati, lembut caranya tapi penuh berwawasan dan kental semangatnya.

Tak aku sangka tanggal 31 ogos adalah tarikh yg diberikan oleh datuk kepada Pak Lah untuk merdeka. Datuk pak Lah seorang tokoh agama yg sgt dihormati dan mempunyai firasat yg tersendiri. Katanya, kalau 31 ogos , Malaya tak merdeka, maka kita kena tunggu lagi 5 thn lagi. Jadi Tunku menetapkan 31 Ogos 1957 untuk Malaysia sambut merdeka. walaupun dalam tv, naik meremang sebenarnya dengar laungan merdeka dari Tunku.
Hari ini kita tak akan jumpa pemimpin semulia, seiklas Tunku dan para pejuang kemerdekaan seperti dulu.

Terima kasih Tunku, terima kasih semua pejuang kemerdekaan .... Al Fatihah untuk Tuanku dan Semua Pejuang.

No comments: