Friday, March 18, 2011

15 Mac 2011

Happy Birthday To Me ....

tarikh ni umur aku genap 40 tahun. Dah lama rupanya aku hidup di bumi Allah ini. Syukur Ya Allah di atas kehidupan yang Kau kurniakan ini.

Susah juga nak terima hakikat umur dah cecah 40 ... 40 .... 40 .....
Paling awal wish aku adalah Haziq. Dia ni mmg lain sikit, dgn kata lain dia mmg sedikit bersikap anak mak. Then anje and ayang pun wish pulak. Cuma danial saja yg mmmm mcm abahnya ... tak ambik pot sgt.
Aku cuti pada tarikh ni, saja bawa budak mandi manda kat Gombak. yg ikut cuma ayang dan anje + kawan2 baik dia org ......
utk anak2 mama - mama sayang sgt2 korang semua


Tuesday, March 1, 2011

Yuni

Sabtu 26 Feb, kami sekeluarga (kecuali danial dan tok) ke Senawang. kenduri doa selamat Encik nak ke Mekah. Baliknya dah kul 2 am. Yuni tak de. Esoknya pun puas aku cari Yuni tak de ... siannya Yuni .... ke mana menghilang niiii. tension aku ....
Anak-anak Bobby -> Tomok, Tommy, Tony, Yuna dan Yuni .....

aku belum bg nama anak2 hitam sebabbbbbb tak de idea.

Tuesday, February 15, 2011

Hitam dan Sagua dah beranakkkkkkk

13 Feb - aku rasa2 mcm Hitam ni dah beranak wpun perutnya tak slim2 tapi tak dengar lak bunyi anak kucing.  tp naluri aku kuat kata dia dah beranak.  So aku tarik katil .... waaaaaaaa dah buka mata 3 ekor anak Hitam, comel dan gebu eeeeeee geram aku. Smlm aku bawa depa tidoq atas katil sekali.  Suka Hitam. Maknanya kat rumah ni dah ada 11 ekor kucing. 

15 Feb - balik dr Hero aku singgah kedai, aku nampak si Saqua mcm tak senang duduk ngan nafas yg aku pernah tengok .... cara dia mcm nak beranakkkkk.  Tp perut dia slim mmm pelek aku.  tanda dah keluar ... sah ... then keluar kaki haaaaaaa.  aku jadi bidan Sagua beranak.  Pas tu keluar sekor lagi.  2 anak Sagua.

Friday, February 11, 2011

Amin's Wedding @ Pekan

Pengantin Baru
Aku, Qaisarah (cicit pertama mak) dan ana
ZBA CREW - cayalah
Semua yg terlibat dalam kenduri Amin
Man In Black

5 Feb - haaaaa ni baru happenning. kami berkampung di Pekan utk kenduri Amin. Aku sampai 3 feb malam, semua family termasuk mak sekali. Konvoi dengan abg jai, brahim, ipin dan suhaimi.
4 Feb kenduri rumah Azi. Jumaat rehat dan bersedia utk kenduri, Sabtu kenduri. Syoknya bergotong royong anak beranak. Abg Nan sediakan tshirt seragam. Penat, memanglah penat tapi seronok sangat. Ayang rajin sungguh tolong angkat pinggan dan cawan. Anje mulanya dengan kebaya lawa, last2 tukar baju pi basuh pinggan. tu diiiaaaaa. Haziq dah makin matang, mmg dok ngan anak2 abg jai saja. Family abg Jai yg hadir - omar, shaie, mie, ipin, brahim, kakak dan comel. Family kakak cuma along dan asyam + sepupu depa. Abg, kak nor dan zafir dtg hari kenduri jam 12 lebih ..... mmmmmm tak paham aku. Mai lah awai2. Anak2 yg lain semua ada hal dan ada yg malas nak dtg.
Anyway sangat2 menarik ......

Anas Kawin


1 Jan 2011 - angin tak de ribut tak de, Anas akhirnya kawin dengan orang Kamensah Height. Pelek gak sebab abg and kak nor masing tak cerita dari awal. Kak Nor bgtau abg nan, abg nan call aku. masa raya haji dia org dtg rumah pun senyap ja, tak dak sapa yg bercerita.
Akhirnya majlis di rumah pengantin perempuan berjalan lancar. sehari semua settle, pagi bertunang, lepas sarung cincin terus akad nikah, mlmnya majlis. Aku pi lah juga. Siang abg nan dan kak mie ada, mlm cuma aku dan family serta adik beradik kak nor ja.

Tuesday, January 4, 2011

Captain Cafe 2011

Sejak Amir dan Zaki dah tak de. Yati take over masak. Mula buat nasi ayam, lah ni dia kena masak macam Amir dan Zaki pulak. Kata org masakan dia lg sedap mmmm tp mmg sedap pun. Parah pulak bila makin ramai org dan dia tak menang tangan .... haaaaa sudah.
Abah cakap dia nak jadi chef semula ....... biar betul.

Thursday, December 30, 2010

Keperitan Bobby beranak 6








Tak de masa nak update blog, bnyk benda nak tulis sebenarnya. Bobby si mak labu yg perut besar sgt akhirnya beranak 6, kurrrrr semangat. comel-comel, tak salah tarikh sebenar pada 7 Disember 2010.
lepas 2 minggu susu Bobby bengkak, beberapa hari pecah, on 22 Dis aku bawa ke klinik haiwan kerajaan, kena jahit 5 jarum, sian betul. Tapi ptg tu aku ke Melaka untuk MBJ. Khaimis mlm Anje dgn cemas call, jahitan semua terbuka, pagi Jumaat aku tumpang Hafiz balik KL. Kelam kabut bawa ke klinik semula, jahit lagi. Kali ni aku jaga betul, ubat makan ikut time. sapu ubat dan jaga betul2. Alhamdullilah nampak dah ok.

28 Dis au bawa Miki dan Hitam pulak pi ambik vaksin, harap Hitam sempat di operate sebelum pregnant lagi.
Aku juga kehilangan Debab, dia hilang masa aku ke Melaka, sampai sekarang tak jumpa.

Tuesday, December 14, 2010

Berakhirnya Perkhidmatan Zaki dan Amir

Setiap yg mula mesti akan berakhir. Bukan mudah nak buat pilihan, bukan mudah nak buat keputusan. Keputusan berat ini terpaksa diambil.
Abah dah decide tak nak buat tomyam lagi, sekaligus menamatkan perkhitmatan Zaki dan Amir. Aku memang sedih kerana mereka dah seperti keluarga sendiri dan dah setahun lebih kerja dgn kami. Tapi keputusan perlu dibuat. Agak drastik dan tiba2 juga.

Sebenarnya abah dah lama tak nak buat tomyam, yalah barang mentah mahal, pendapatan biasa saja. Dicampur pulak dengan mereka yg suka balik lama2, nak balik berdua, tak nak balik sorang2. Sib baik ada Yati penyelamat keadaan yg boleh buat nasi ayam bila dia org tak ada. Ditambah pulak dengan sikap baran Amir, asyik nak marah org, semua dia yg betul, hal rumah sewa pun kecoh. Sampai dia boleh bergaduh ngan Sohan, siap naik tangan, which is i myself don't like it. Pas tu nampak dia cam ada problem ngan Zaki. Abah soh Zaki tegur dia tp zaki cam dah putus asa ja, then zaki cakap 50-50 nak kerja lagi kat KL, dia nak ke Bahau cari peluang kat sana. Abah dah offer dia kerja sorang + kami backup ngan masakan lain tapi dia tak nak.

So masa dia ke Bahau, kedai tutup sehari then esoknya abah terus buat keputusan nak jual nasi ayam/nasi tomato dan yg selain thai food. Keputusan tu rasanya buat dia org terkejut besar sebab maybe all this while they thing we depends on them very much and cannot survive without them. Zaki minta nak sewa ruang kedai nak jual thai food, abah minta rm1500 sebulan which they can't afford to pay. Dia org nak RM600, mana dapat .....

Tapi dia org pergi cara baik, siap kirim salam kat aku. mmmmm mana nak dapat tokey baik macam kami, siap masak utk depa lagi. Aku sedih juga sbb dah setahun kenal. Tapi sepatutnya depa lebih prihatin, contohnya nak balik kg, baliklah sorang2, tak lah tutup kedai. Ni balik sampai 6 hari, kalau raya sampai seminggu lebih. Parahhhh lah.

Monday, December 6, 2010

Kem Anak Soleh Ayang dan Anje

4 - 5 Disember 2010, aku hantar 2 anak dara ni ke kem Anak Soleh anjuran Creative SQ kat Masjid Saidina Othman. Bayaran RM90 seorang (diskaun Rm10 sebab hantar 2 anak, kira murah sgt2 tu. Pagi 8.30 dah daftar, Ayang nampak lebih excited dr anje dan nampak lebih berani. Anje tak sihat , sedikit demam. Esoknya kul 2.15 kami pi semula sbb ada sessi ngan ibu bapa sebelum berakhir. Ni yg lomah den, sessi nangis2 ni ishhhhh cubalah buat kaedah lain pulak. Kaedah jati diri, semangat kental.
Ada 3 budak dok baca surat utk ibu bapa, laki aku dah keluar, aku mulalah cari tisu issshhhhhh. Sesi jumpa mak bapa, aku bangun dptkan anje, nangislah dia, ayang tiba2 mai peluk dr belakang, lg kuat menangis .... mmm lama mana nak bertahan baik tu tak tahulah .... tapi apa pun kem ni adalah aktiviti terbaik mengisi masa cuti.
Semoga anak2ku menjadi anak yg soleh dan solehah, aminnnnnn

Thursday, November 25, 2010

Puspanita ooooo Puspanita

Tension aku ngan Puspanita dah berakhir pada 23 November. hahahahaha gila aku melayan mak datin tuuuuuuu. 1/2 gila aku melayan karenah mereka di jawatan atas lain. Boleh tak aku cakap depa ni sengal. projek jemput pengerusi puspanita kebangsaan mai melawat puspanita kami ... fine. aku kena buat website puspanita.
nak launch 23 nov, 18 nov, dr jun komen tak de look & feel .... dah tu bkn cakap ngan aku, pi ckp ngan Cik Mat Pengurus IT Kementerian dan Nurul. eeeee tak reti nak direct ka. Pas tu aku pun ubah apa yg depa suggest ... 20 nov, mak datin pengerusi puspanitaKu call, nak ubah lagi. haiyaaaaaa apa ingat ubah2 muka depan tu cam copy and paste hahahahahahahahaha. masa tu line maxis pulak cam siput beb , kena lah aku pi cc sampai 12 mlm. esok sambg buat lagi, rumah tak berkemas langsung.

Aku angin juga bila bos cerita yg sabtu tu rupanya KSU call dia nak tanya pasal website puspanita .... sib baik ksu salah tanyakan amar. amar kat atas bukan kat tempat aku, so bos ckp dia tak kenal amar. apalah sampai nak soh laki dia call bos aku. ni kerja sukarela .... bkn aku minta dok jawatan niiii ....

Rehearsal on Monday .... treng teng teng aku dah agak dahhhhhh, datin yg gemuk sorang lagi tu tak de, yg cadang nak launh pakai ipad tu lerrrr. mana ke jadah menatang tu aku pun tak tau. nak launch apa gimiknya ..... takkan nak klik, gedebuk keluar web site tu hahahaha. So mlmnya aku bertungkus lumus buat power point, biarlah ada skrin menari2 kat depan tu. Dan nasib baik si azura ni cerdik, dia carikan yg keluar kertas kilau2 tu, ntah apa namanya aku dah lupa.
So on 23 tu menjadi lah juga launch nya. tarian cuti2 1 malaysia is the most happening.

But i tell u, I like Puan Sri YDP Puspanita Kebangsaan very much. She is very cool, charming, sporting dan orgnya mmg lawa. Masa menari, dia boleh bangun menari enjoy bersama. Kak Loon dah tarik aku ke depan, apa lagi berjoget lah .....
tapi mak datin ku, mak datin gemuk ckp lebih dan dr J boleh jadi stone tengok ja. iissshhhhh kerja pelancongan tak kan cam tu .... mmmmmm

Apa pun aku bangga kerana aku berjaya buat website tu ngan pertolongan Faizal. And thank you juga buat datin2 dan dr j yg buat aku kuat semangat utk kerja keras walaupun tension aku tahap cipan kebulur.