Wednesday, August 17, 2011

selamat tinggal union

Nekad keputusan aku kali ni, aku tidak akan join AJK union lagi. rasanya dah ada pelapis yg berkaliber. aku pun dah terlalu lama dlm union, dah mcm samy vellu pulak, tak reti2 nak berundur.
YDP dan lain2 ajk akhirnya terima keputusan aku .... maybe aku nak buat benda lain pulak, fokus on puspanita pulak, melayan karenah mak datin tu hahahahahaha ....
AGM 19 ogos ni adalah hari terakhir aku dalam ajk, dah lebih 10 thn rasanya. dah bnyk perkara ahli yg aku tolong selesaikan walaupun ada kalanya aku bersuara tinggi dengan timb ketua pengarah, dgn timbalan pengarah admin mmg selalu tinggi lah hehehehe sesuatu yg hak perlu ditegakkan ...... apapun union mengajar aku berani utk ke hadapan, untuk bercakap dgn sesapa saja.

kEk pUaSa


Semalam kat putrajaya, waktu lunch bila dah boring mulalah buka you tube cari resepi omputeh ... maklumlah semua site belum blok lg.
tekak terasa nak makan kek coklat valcano, alah mcm kek kat pizza dominos tu. yg garing kat atas dan coklat cair di dalam .... mmmm yummy ....
akhirnya dapat resipi dari Nigella Lawson, yg kat channel AFC tu .... mmg mudah dan menjadi.
smlm balik terawih lepak dulu tengok tv jap, kul 11 baru start buat kek .... sedapnya makan panas2 .....
nak buat kek lagi ..... mmmm kek apa pulak ye ..... tiramisu dah buat awal puasa ......

Saturday, August 6, 2011

bila tiba masanya

Jumaat lepas, masa aku nak sampai opis, Az call, menangis. aku dah agak, tepat sekali. bapa dia meninggl di icu hospital kajang selepas seminggu kat sana. last week dia buat by pass di IJN, then ok, after seminggu bapa dia muntah darah. dok icu hampir seminggu.
dulu aku tak rasa apa2 bila dengar org meninggal sebab itu adalah lumrah kehidupan tapi bila mak dah tak ada, aku terasa kosong. mmg betul aku ada keluarga sendiri, aku ada suami, ada anak2 tapi kasih ibu yg tulus iklas tak sama dgn semua yg lain. aku sendiri tak mungkin dpt kasihkan mak sebagaimana mak kasihkan aku.

tadi aku tengok FB husband melati,razman, aku rasa dia betul2 mengumpul kekuatan menghadapi keadaan melati. raya ni kawan2 nak buat gathering kat perlis utk melawat melati. 1 saja di fikiran aku, aku harap dia org sempat .... dan aku sendiri rasa tak cukup kuat untuk dgr berita ... Ya Allah semoga engkau memberi kekuatan kepada sabahat baikku, semoga Engkau memberi kesihatan yg baik .... andai kata masanya tiba Ya Allah, permudahkan segalanya ...

dari FB razman, dia letakkan lagu search, aku pasti dia tujukan untuk melati, liriknya sangat2 menyentuh hati aku ....

Andai Kumiliki Semalam

Artist: Search

Andai kumiliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan kuubah apapun
Kerna aku tahu engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa
Aku bahagia seadanya

Tangis ini tanda kasihku
Bukan mengeluh luka yang semalam
Kerna engkau mengasihiku
Tiada sendu lagi di duniaku ini

Aku tak dapat bayangkan
Sengsara yang harus kutanggung
Jika kau pilih perpisahan
Tanpa punca yang meyakinkan
Aku akan tersasar mencari cintamu

Andai terhentinya masa
Dan gunung jatuh ke laut
Kau tetap kucinta
Kasih sayangku adalah kekuatan

Untuk menempuh segala
Dugaan yang tak terbayangkan
Oleh insan yang lemah seperti kita
Sekalipun kumiliki esok
Takkan kumenolak ketentuan

Wednesday, August 3, 2011

aksi hitam dan miki

2 Ogos 2011 aku cuti lagi, kali ni bawa hitam ke hospital, operate tak bg beranak. Bunga dah ok jahitannya tapi aku belum buka lg jahitan kat perut dia. Lepas ni Mak Bi pulak ....
Hitam selepas di suntik bius, lalok ja


Ni pulak aksi Miki dan anak2nya, kalakar betui kucing zaman moden ni. bapa kucing dulu2 makan anak, bapa kucing zaman milenium ni siap tidurkan anak. Miki mmg suka betul tidur atas meja ni, bila meja ni patah dia tetap tidur kat meja ni juga, wpun terbalik. Anak2 dia pun join sekali .... miki ... miki

Sunday, July 24, 2011

Perjalanan Ke Utara

kat rumah azie

sempat lagi melencong ke Padang Besar, pekena somtam dan pulut mangga.

kat rumah melati

Alhamdullilah kerana Allah mudahkan perjalanan aku demi seorang sahabat. Memang aku tak sangka akan balik dalam keadaan tergesa2 mcm ni. Tapi aku nekad, aku mesti balik, aku mesti melawat melati, jgn sampai aku menyesal nanti.
Pagi Jumaat aku singgah Puduraya ambik tiket 12 mlm ke Penang. Sib baik ada. Aku balik dari kerja pun dah lewat dalam 7.30 sbb proses perpindahan ke 2 server2. ada msg dr Encik dan ina, wan kamal meninggal. Abah call ckp wan kamal meninggal di rumah anak dia di sri kembangan, dia nak aku ikut sama. tapi aku tak nak sebab aku dah plan balik rumah nak ngemas, basuh kain, lipat kain sebelum aku naik bas ke Penang. Lagipun aku kenal gitu2 je ngan anak2 wan kamal.
So kul 12 mlm aku bertolak ke Penang, sampai Penang kul 5 am. mak wan ambik aku. Lepak kejap, kul 7 lebih keluar, lepas breakfast kami terus ke Alor Setar. Kul 11 sampai rumah Azie, makan kejap then terus ke Perlis. Melati mmg terkejut betul tengok aku ada sbb azie tak cakap yg aku akan balik. aku tahan sedaya upaya supaya tak nangis depan dia. Dia banyak baring saja sebab dah tak larat sgt, tapi aku tahu depan kami dia cuba menggagahkan diri dia. Suka betul dia sembang mcm2 terutama hal kami sekolah dulu, hal kawan2. walaupun dia berckp mcm org semput yg amat sgt. Cancer telah melarat ke usus dan hati. sebab tu dada dia sentiasa sakit sampai kena makan pain killer. Perut dia membesar mcm org pregnant 6 bulan. Sian betul aku tengok dia. Anak kecil dia yg umur 6 thn masih tak faham, dia cakap dia nak dpt adik. dicium2 perut maknya, katanya lagi 8 hari adik nak keluar. lepas 2 jam kami balik, sebab aku tengok melati dah kepenatan sgt bercerita dari tadi. Aku bagi dia ayat2 penawar cancer yg raiza printkan sebelum aku balik dr opis hari jumaat.
mak wan dan azie bawa aku ke Padang Besar, sebenarnya last sekali aku sampai padang besar masa aku kecik dulu. dapat juga aku makan pulut mangga kegemaran aku. tapi barang mahallah , tak berbaloi langsung nak beli.
then kami balik ke rumah azie, then terus ke penang. ambik tiket, last bas kul 11. so kelam kabut balik mandi rumah mak wan. then sempat lagi dia soh aku pekena nasi kandar sebelum balik. Ngam2 sampai bas dah ready nak gerak. Kul 3 am aku sampai Jln Duta. Abah , anje dan ayang ambik.
Aku rasa seronok sangat2 dapat balik ke utara. rasa rindu sgt2 nak balik kg. walaupun aku balik kedah dah mcm org melancong. mmg aku menyesal dulu tak usaha cari kerja kat kedah. Masa dah berlalu. AKu harap sgt thn ni aku dpt balik kedah. seronok sangat2 rasanya.
Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan perlajanan ini. Untuk sahabat yg aku syg, aku sentiasa doakan Melati akan sembuh. Aku mengharapkan keajaiban dari Allah, supaya sahabatku cergas seperti sedia kala.

petang tadi aku ke putrajaya kejap, selesaikan mana yg perlu, esok kena up semuanya. alhamdullilah 80% selesai.

Thursday, July 21, 2011

Minggu yang memenatkan ....

Namanya memang gah .... Putrajaya tapi baru 3 hari kat sini rasa bosan tahap cipan.
Sampai sekarang network belum ok. AD belum on, Microsoft pun menggagau cari solution.
Semalam driver sengal tu nak ambik kami kul 10, ada ka? so aku , nuar, erwandy dan sorang engineer microsost pakat balik naik public transport. Bas, ERL, LRT ..... keluar opis jam 6.30pm, sampai rumah jam 8.15 pm. Kat Tasik Selatan, nak tukar erl ke lrt, terminalnya mashaallah .... naik turun tangga. sampai lah ni lenguh tak terkata kaki ni .... nak pitam pun ada. Semalam terus flat .... bangun pagi kul 6.15 .... kain baju bertimbun. Penat asalnya ari minggu lepas, dgn proses perpindahan, hujung minggu dah gatal balik kampung pulak .... kenduri tak habis2. Ada gak insiden masa kenduri tu .... semuanya membuatkan aku bosan .... sudahlah aku penat kerja sepasal, balik kampung ngadap pulak hal lain ....

Aku balik kg Sabtu pagi, ambik ina kat tampin. pompuan ni pun bukan reti nak ambik cuti kalau tau dah nak buat kenduri, alasan kerja saja walhal dia tak mo bertembung ngan abg ngah.
Sampai dah siap masak tengah hati dan dah prepare utk kenduri. Encik dan Ibu yang uruskan. So aku sambung tolong masak utk kenduri. Lepas ja kenduri, aku selesaikan pinggan mangkuk, siap basuh. Ibu kelam kabut nak balik, dgn rumah tunggang langgang dgn alasan dia dah masak ... ina, awal lagi dah blah sbb dia kerja malam masuk kul 11. Encik dah angin sebab semua nak balik awal. dia paksa bang ngah balik lewat, kemaskan semua dulu. then dia pun nangis2 nak balik sebab yg lain2 sibuk nak balik. aku tau dia tension sebab dia org macam lepaskan semua hal rumah kat dia. aku terkulat2 pandang situasi dia org ni.
last2 encik pun balik, aku mmg tension betui. tinggal kami sekeluarga ja + irfan. mmg aku pulak lah yg menangis lepas tu. apa salahnya encik tidur rumah tu sbb itu plan asal. sebab marahkan adik beradik yg lain dia pun blah juga. aku tak kisah nak kemas semua tapi respect lah sikit aku dah sanggup tidur sana walaupun plan asal aku tak balik sebab aku mmg ada kerja kat opis sebenarnya weekend tu.
Danial dah angin tengok aku nangis, dia cakap, lain kali kalau kenduri sebelah adik beradik abah dia tak mau balik lagi. Najwa pun sama. Aku diam ja.
Malamnya masa tidur kami kena usik lah pulak, lampu dapur 2x dok terbuka sendiri, wlaupun aku dah tutup. mmmmmmm no komen .....Encik ada msg aku minta maaf, aku tak balas. Dia call ... 10x kot aku buat bodo ja. last2 mak uda yg call aku, on behalf encik utk minta maaf, aku ok je sebenarnya tapi biarlah aku cool dulu sebelum aku nak call dia.

Melati ....
Selepas melati call aku hari tu leas aku msg dia mak meninggal, aku inform azi dan mak wan keadaan melati. cancernya dah merebak ke hati dan usus dan dia tak mau buat kimo lagi. azie call husband melati dan mmg dia dah down habis, dah tak boleh mengajar, berkerusi roda utk bergerak. Mak wan call semalam ajak aku balik tengok melati. Aku buntu gak ngan proses nak pindah lagi hujung minggu ni dan major exercise utk all DR servers dan exchange. So aku kautim ngan abg din supaya dia boleh backup kerja2 aku. Aku dah dapat permision abah untuk balik tengok melati, so jumaat malam aku akan naik bas ke penang. mak wan akan ambik aku, then sabtu kami bergerak ke alor setar ambil azie, then ke Perlis. kalau sempat malam tu juga aku balik KL. Ya Allah permudahkan urusan aku. Kami memang sgt rapat masa kat sek teknik dulu. dia org mmg biasa datang rumah aku. ya lah dia org dok asrama, aku dan azi ja yg dok kat rumah.

So this weekend i'm going back home, balik KL dgn kerja yg tak boleh nak cuti + rumah yg dah lintang pukang. sejak dok putrajaya yg membosankan ini aku mmg penat maksimum.
smlm abg nan call, he will going back to kedah also, sorang nak ziarah kubur abah, sama jumaat malam. harap aku sempat join dia b4 proceed to rumah melati.

Wednesday, July 13, 2011

Anak-Anak Bobby dan Hitam - anak baru

Anak-anak Bobby. Lahir pada 9 Julai 2011 (hari perhimpunan BERSIH).

kelakarnya dia beranak petang waktu Faezah ada kat rumah. terkejut Faezah tengok kucing beranak. Bobby pulak beranak depan2 kami semua, kelam kabut cari bekas sbb anaknya dah nak keluar. sekarang bobby punyalah garang. mangsa utamanya adalah yuna. jeles dia miki dok nyendeng kat yuna. mmg siaplah yuna kena pukul. tapi bila tengah marah habis semua kena pukul.





Anak-anak Hitam - lahir pada mmmm lebih kurang 18 Jun 2011
mula aku geram juga asyik beranak saja tapi tengok betapa comelnya anak2 dia mmmm cair hati. tapi rumah dah jadi pusat jagaan kucinggggggg. Hitam cool ja ... tak macam bobby.

Monday, July 11, 2011

Dah Seminggu

10 Julai, aku, abah dan semua anak2 menziarahi kubur mak. terus terang aku belum boleh terima sepenuhnya mak dah tak ada. Masa mak meninggal mmg aku boleh relax dan nampak ok. tapi lepas tu samapai sekarang aku kdg2 blur. senang menangis. aku sibukkan diri dgn urusan kerja2 di pejabat dan rumah.

Sib baik nak pindah, aku mmg sibuk, aku sgt2 penat. kdg2 jem otak nak fikir hal2 kerja. kat rumah aku dah kemaskan bilik mak. Ayang dan anje take over bilik tu, dah berubah bilik bila anak2 dara tu dok bilik tu.

lepas mak meninggal, bermula ahad sampai rabu aku mcm nak demam ja. 2 mlm tak dpt tidur buat badan aku lesu sgt2. atau mungkin juga masa ke kubur aku period, dok melangkah kubur org. then aku jadi lesu dan letih berhari2. aku minum air zam2, makan kurma, bnyk berzikir utk hilangkan rasa gelisah dan lesu aku. alhamdullilah sikit2 back to normal.

aku dah tempah baru nisan dan sedikit sempadan utk kubur. RM650. mak pun dapat bnyk juga dari sedekah org, hampir rm2000. aku dah buatkan tahlil mak 3 mlm. mlm pertama saja aku buat bnyk sikit sbb abg nan, kakak, abg jai, abg pun ada. 2 mlm selepasnya hanya utk org surau saja. tu pun yati yg masak, sbb aku dah kelesuan sgt. balance duit sedekah nak top up utk haji mak. aku pun dah buat kiraan fidyah mak, cuma rm 263. aku genapkan rm300.

seperti kata penjaga kubur pada kami semalam - "kita akan rasa miskin kasih sayang bila kedua ibu bapa kita dah tak ada" ......

Thursday, July 7, 2011

Akhirnya Mak Meninggalkan Kami

2 Julai, jam 4.50pm mak menghembuskan nafas terakhir di ICU, HUKM. Dihadapan kami anak beranak, Abg Nan anak beranak, Abg Jai bersama Suhaimi, Ju, Munzir, Along, keluarga Faezah dan beberapa sedara.

Mak dah 2 bulan tak keluar2 tengok tv lagi, ruangnya hanya bilik, toilet dan kerusi biasa di meja makan. Mak dah agak uzur dengan ingatan yg makin kurang. Diri sendiri pun dah tak berapa terurus. Aku sepatutnya sedar dari awal perubahan2 ini. Tapi aku terlalu leka rasanya nak uruskan mak. Dalam 2 bulan ni mak kurang makan. Dalam seminggu lagi kurang, sesekali saja mak makan sesuap dua.

Rabu 29 Jun mak manpak makin lesu. Khamis 30 Jun, aku call Abg Jai dan Abg Nan, macam mana aku nak uruskan mak. Abg Jai datang mlm tu so aku decide nak bawa mak ke HUKM esok. Mlm mak terduduk di lantai, mungkin nak ke bilik air. Pagi Jumaat aku bangun tidur terus jengok mak, mak terbaring di lantai. Aku dan abahnya angkat mak ke katil, selesaikan urusan sekolah anak2, aku call ambulance.

Pagi sampai thari mak di wad kecemasan, aku balik kejap uruskan hal anak2. petang kul 4 hospital call minta aku ke sana. keadaan masa tu sangat lemah, kesian sangat2 aku tengok mak. Doktor nak buat dialisis, aku tiada pilihan, aku setuju. proses dialisis dibuat serta merta. sebelum balik aku dan abg jai jengok mak di wad. mak sangat lemah. Wad 6-6A-HDW tidak boleh di tunggu. Aku kena balik. Abg Jai stay sampai kul 9.

kul 12.45 am 2 Julai hospital call aku, minta segera datang ke HUKM. aku call abg dan abg jai. abg datang ngan kak nor. Mak dimasukkan ke ICU dalam keadaan tidak sedar. Dialisis gagal, tekanan darah mak turun. Kami tunggu sampai kul 4 lebih, tiada berita dari ICU. Aku balik rumah dulu. Abg Jai tunggu mak. Abg pun balik.

baru lelap dalam sejam, aku dpt panggilan dari hospital, doktor nak jumpa. mujur abg jai ada di hospital lagi. lepas subuh baru aku bertolak ke hukm. Doktor sahkan mak tiada harapan lagi. kami kaum keluarga boleh keluar masuk ke icu menemani mak, membacakan yasin, mengajar mak mengucap. Bergilir2 kami masuk menemani mak.

Jam 4 lebih aku, Ju dan Ayang temankan mak, bacaan bp mak dah tak boleh baca. nurse minta kami tengok bacaan jantung. Ju perasan yg bacaan jantung mak jatuh dari 79 ke 39. Nurse minta aku ajarkan mengucap. Aku minta Ayang panggil semua yang diluar masuk ke dalam. Aku biarkan Abg Nan dan Abg Jai ajar mak mengucap. Aku hanya mampu pandang pada mesin bacaan jantung, kadar jantung turun sehingga 20, kemudian naik semula sehingga 60 dan akhirnya turun hingga paras 0. Doktor sahkan mak dah tak ada. Aku cium mak, dah lama aku tak cium mak. Mak pergi dalam keadaan tenang sekali dikeliling anak2.

Kakak, ABg Wahid dan Ita sampai 15 minit selepas mak meninggal. Begitu juga dengan kak nor dan abg.

2 hari terakhir mak, aku mandikan mak, aku potong rambut mak, aku potong kuku tangan dan kaki mak. Aku pakaikan mak pampers. Ayang pakaikan bedak toknya. Aku suapkan mak makan.

Aku kesian sangat dgn keadaan mak yg dicucuk sana sini. Aku tahu dah tugas doktor mencuba apa yang terdaya.

Selamat tinggal mak, maafkan semua dosa2 Ani.

Thursday, June 9, 2011

Mei 2011

miaw - miaw.
23 Mei aku bawa Yuna pi operate. OHE. kasi tak beranak, sian gak dia tapi nak wat cam mana. yg 2 ekor mak itam dan mak bie tak sempat nak operate, ingat bg makan ragi dah ok. rupanya ooohhhh tidak dah kembong balik. yg lain2 semua dah besar, tahu nak makan ja. bangun pagi penuh atas katil.

mak.
keadaan mak makin lesu, makan tidur saja. keluar bilik cuma utk makan. aku tak tau mak sebenarnya tak sihat @ dia protest lepas aku tak benarkan dia pi rumah kakak.  Keadaan mak aku rasa tak mengizinkan untuk dia berjalan jauh. 

aku.
masuk umur 40 aku rasa makin selesa sebenarnya. aku bersyukur kerana salah 1 doaku di hadapan Kaabah telah Allah makbulkan. sesungguhnya itu lah sesuatu yg aku takut utk membuat keputusan. dan Allah adalah penentu sebaiknya. maka aku harus melangkah dgn lebih yakin kerana aku yakin Allah sentiasa ada dan kepadaNya lah tempat aku mengadu dan peneman aku sebaiknya.

oh putrajaya.
beberapa kali melangkah ke opis baru yg belum siap sepenuhnya membuatkan aku bosan sebenarnya dgn putrajaya. apa lah bodoh bebal sgt pengurusan tertinggi nak ikut keputusan menteri ke putrajaya. menjahanamkan industri adalah ......