Sunday, July 24, 2011

Perjalanan Ke Utara

kat rumah azie

sempat lagi melencong ke Padang Besar, pekena somtam dan pulut mangga.

kat rumah melati

Alhamdullilah kerana Allah mudahkan perjalanan aku demi seorang sahabat. Memang aku tak sangka akan balik dalam keadaan tergesa2 mcm ni. Tapi aku nekad, aku mesti balik, aku mesti melawat melati, jgn sampai aku menyesal nanti.
Pagi Jumaat aku singgah Puduraya ambik tiket 12 mlm ke Penang. Sib baik ada. Aku balik dari kerja pun dah lewat dalam 7.30 sbb proses perpindahan ke 2 server2. ada msg dr Encik dan ina, wan kamal meninggal. Abah call ckp wan kamal meninggal di rumah anak dia di sri kembangan, dia nak aku ikut sama. tapi aku tak nak sebab aku dah plan balik rumah nak ngemas, basuh kain, lipat kain sebelum aku naik bas ke Penang. Lagipun aku kenal gitu2 je ngan anak2 wan kamal.
So kul 12 mlm aku bertolak ke Penang, sampai Penang kul 5 am. mak wan ambik aku. Lepak kejap, kul 7 lebih keluar, lepas breakfast kami terus ke Alor Setar. Kul 11 sampai rumah Azie, makan kejap then terus ke Perlis. Melati mmg terkejut betul tengok aku ada sbb azie tak cakap yg aku akan balik. aku tahan sedaya upaya supaya tak nangis depan dia. Dia banyak baring saja sebab dah tak larat sgt, tapi aku tahu depan kami dia cuba menggagahkan diri dia. Suka betul dia sembang mcm2 terutama hal kami sekolah dulu, hal kawan2. walaupun dia berckp mcm org semput yg amat sgt. Cancer telah melarat ke usus dan hati. sebab tu dada dia sentiasa sakit sampai kena makan pain killer. Perut dia membesar mcm org pregnant 6 bulan. Sian betul aku tengok dia. Anak kecil dia yg umur 6 thn masih tak faham, dia cakap dia nak dpt adik. dicium2 perut maknya, katanya lagi 8 hari adik nak keluar. lepas 2 jam kami balik, sebab aku tengok melati dah kepenatan sgt bercerita dari tadi. Aku bagi dia ayat2 penawar cancer yg raiza printkan sebelum aku balik dr opis hari jumaat.
mak wan dan azie bawa aku ke Padang Besar, sebenarnya last sekali aku sampai padang besar masa aku kecik dulu. dapat juga aku makan pulut mangga kegemaran aku. tapi barang mahallah , tak berbaloi langsung nak beli.
then kami balik ke rumah azie, then terus ke penang. ambik tiket, last bas kul 11. so kelam kabut balik mandi rumah mak wan. then sempat lagi dia soh aku pekena nasi kandar sebelum balik. Ngam2 sampai bas dah ready nak gerak. Kul 3 am aku sampai Jln Duta. Abah , anje dan ayang ambik.
Aku rasa seronok sangat2 dapat balik ke utara. rasa rindu sgt2 nak balik kg. walaupun aku balik kedah dah mcm org melancong. mmg aku menyesal dulu tak usaha cari kerja kat kedah. Masa dah berlalu. AKu harap sgt thn ni aku dpt balik kedah. seronok sangat2 rasanya.
Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan perlajanan ini. Untuk sahabat yg aku syg, aku sentiasa doakan Melati akan sembuh. Aku mengharapkan keajaiban dari Allah, supaya sahabatku cergas seperti sedia kala.

petang tadi aku ke putrajaya kejap, selesaikan mana yg perlu, esok kena up semuanya. alhamdullilah 80% selesai.

No comments: