2 Julai, jam 4.50pm mak menghembuskan nafas terakhir di ICU, HUKM. Dihadapan kami anak beranak, Abg Nan anak beranak, Abg Jai bersama Suhaimi, Ju, Munzir, Along, keluarga Faezah dan beberapa sedara.
Mak dah 2 bulan tak keluar2 tengok tv lagi, ruangnya hanya bilik, toilet dan kerusi biasa di meja makan. Mak dah agak uzur dengan ingatan yg makin kurang. Diri sendiri pun dah tak berapa terurus. Aku sepatutnya sedar dari awal perubahan2 ini. Tapi aku terlalu leka rasanya nak uruskan mak. Dalam 2 bulan ni mak kurang makan. Dalam seminggu lagi kurang, sesekali saja mak makan sesuap dua.
Rabu 29 Jun mak manpak makin lesu. Khamis 30 Jun, aku call Abg Jai dan Abg Nan, macam mana aku nak uruskan mak. Abg Jai datang mlm tu so aku decide nak bawa mak ke HUKM esok. Mlm mak terduduk di lantai, mungkin nak ke bilik air. Pagi Jumaat aku bangun tidur terus jengok mak, mak terbaring di lantai. Aku dan abahnya angkat mak ke katil, selesaikan urusan sekolah anak2, aku call ambulance.
Pagi sampai thari mak di wad kecemasan, aku balik kejap uruskan hal anak2. petang kul 4 hospital call minta aku ke sana. keadaan masa tu sangat lemah, kesian sangat2 aku tengok mak. Doktor nak buat dialisis, aku tiada pilihan, aku setuju. proses dialisis dibuat serta merta. sebelum balik aku dan abg jai jengok mak di wad. mak sangat lemah. Wad 6-6A-HDW tidak boleh di tunggu. Aku kena balik. Abg Jai stay sampai kul 9.
kul 12.45 am 2 Julai hospital call aku, minta segera datang ke HUKM. aku call abg dan abg jai. abg datang ngan kak nor. Mak dimasukkan ke ICU dalam keadaan tidak sedar. Dialisis gagal, tekanan darah mak turun. Kami tunggu sampai kul 4 lebih, tiada berita dari ICU. Aku balik rumah dulu. Abg Jai tunggu mak. Abg pun balik.
baru lelap dalam sejam, aku dpt panggilan dari hospital, doktor nak jumpa. mujur abg jai ada di hospital lagi. lepas subuh baru aku bertolak ke hukm. Doktor sahkan mak tiada harapan lagi. kami kaum keluarga boleh keluar masuk ke icu menemani mak, membacakan yasin, mengajar mak mengucap. Bergilir2 kami masuk menemani mak.
Jam 4 lebih aku, Ju dan Ayang temankan mak, bacaan bp mak dah tak boleh baca. nurse minta kami tengok bacaan jantung. Ju perasan yg bacaan jantung mak jatuh dari 79 ke 39. Nurse minta aku ajarkan mengucap. Aku minta Ayang panggil semua yang diluar masuk ke dalam. Aku biarkan Abg Nan dan Abg Jai ajar mak mengucap. Aku hanya mampu pandang pada mesin bacaan jantung, kadar jantung turun sehingga 20, kemudian naik semula sehingga 60 dan akhirnya turun hingga paras 0. Doktor sahkan mak dah tak ada. Aku cium mak, dah lama aku tak cium mak. Mak pergi dalam keadaan tenang sekali dikeliling anak2.
Kakak, ABg Wahid dan Ita sampai 15 minit selepas mak meninggal. Begitu juga dengan kak nor dan abg.
2 hari terakhir mak, aku mandikan mak, aku potong rambut mak, aku potong kuku tangan dan kaki mak. Aku pakaikan mak pampers. Ayang pakaikan bedak toknya. Aku suapkan mak makan.
Aku kesian sangat dgn keadaan mak yg dicucuk sana sini. Aku tahu dah tugas doktor mencuba apa yang terdaya.
Selamat tinggal mak, maafkan semua dosa2 Ani.
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment