10 Julai, aku, abah dan semua anak2 menziarahi kubur mak. terus terang aku belum boleh terima sepenuhnya mak dah tak ada. Masa mak meninggal mmg aku boleh relax dan nampak ok. tapi lepas tu samapai sekarang aku kdg2 blur. senang menangis. aku sibukkan diri dgn urusan kerja2 di pejabat dan rumah.
Sib baik nak pindah, aku mmg sibuk, aku sgt2 penat. kdg2 jem otak nak fikir hal2 kerja. kat rumah aku dah kemaskan bilik mak. Ayang dan anje take over bilik tu, dah berubah bilik bila anak2 dara tu dok bilik tu.
lepas mak meninggal, bermula ahad sampai rabu aku mcm nak demam ja. 2 mlm tak dpt tidur buat badan aku lesu sgt2. atau mungkin juga masa ke kubur aku period, dok melangkah kubur org. then aku jadi lesu dan letih berhari2. aku minum air zam2, makan kurma, bnyk berzikir utk hilangkan rasa gelisah dan lesu aku. alhamdullilah sikit2 back to normal.
aku dah tempah baru nisan dan sedikit sempadan utk kubur. RM650. mak pun dapat bnyk juga dari sedekah org, hampir rm2000. aku dah buatkan tahlil mak 3 mlm. mlm pertama saja aku buat bnyk sikit sbb abg nan, kakak, abg jai, abg pun ada. 2 mlm selepasnya hanya utk org surau saja. tu pun yati yg masak, sbb aku dah kelesuan sgt. balance duit sedekah nak top up utk haji mak. aku pun dah buat kiraan fidyah mak, cuma rm 263. aku genapkan rm300.
seperti kata penjaga kubur pada kami semalam - "kita akan rasa miskin kasih sayang bila kedua ibu bapa kita dah tak ada" ......
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment