![]() |
my handsome boy |

Oleh sebab kudin dah biasa dengan kawasan kampung, rumah di atas kayangan tak berapa sesuai dgnnya. Jadi aku selalu bawa kudin ke taman permainan di bawah. Orang lain bawa anak, aku bawa kucing. Kudin akan mengiau2 nak keluar, kadang2 tergolek2 depan pintu nak keluar. Pantang pintu terbuka dia akan lari ke luar, ke arah lif, sebab dah biasa aku bawa dia turun bawa guna lif. Sampai bawah, dia akan berlari ke taman. Kalau tak dapat keluar, kudin akan duduk di tingkap memandang taman permainan.
Kadang2 bila balik kerja, aku nak masak @ penat aku selalu cakap 'kudin, mama nak masaklah, esok ya mama bawa kudin pi taman'. Esok ulang lagi ayat yg sama, sampai beberapa hari kudin tak keluar, haaaaa mulalah dia tergolek2 depan pintu. Anak aku selalu cakap 'mama, tolong jangan bg harapan palsu kat kudin, stress dia'. Kalau dia tidur dlm bilik, tempat tidurnya di hujung kaki aku. Sebelum jam 5 pagi, selalu dia akan kejutkan aku, mengiau2 tepi muka, memang kena bangun. Aku suka cium2, gomol2 dia, kaki tangan dia akan menepis2 muka aku.
I miss him so much ..... rindunya mama dengan kudin kerana sejak 1 Nov yg lepas kudin dah pergi tinggalkan mama. patut dlm minggu tu kudin macam tak kisah nak keluar. Dia tak berlari ke pintu bila aku balik kerja.

mencelah, dia akan keluar meniti di tepi tingkap.


Berhari2 aku pulak yang asyik memandang ke taman. Rindunya aku nak bawa kudin ke taman. Terbayang kudin tergolek2 di taman, kejar serangga, diusik budak2, makan rumput.
Terima kasih kerana hadir seketika menceriakan hari2 kami.
