Monday, July 11, 2016

Selamat Hari Raya Keluarga Ahmad bin Mohd Jabar



Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016 ....

dah setahun rupanya blog ni tak update, bz dan kemalasan untuk bercerita ... banyak yang dilalui sepanjang setahun ini yang menguji kesabaran dan iman, yang suka dan duka.  Apa pun yang dah lepas setahun, simpan kemas2.  Hari ni nak bercerita tentang raya 2016.

Raya kali ini sangat bermakna untuk kami adik beradik.  Alhamdullilah kami 5 beradik dan satu-satunya sepupu yang paling rapat yang dah jadi sebahagian keluarga kami, Ita, dapat berkumpul bersama.  Dah lebih 10 tahun kami adik beradik tak raya bersama.  Last balik kg masa anak ke 3 berumur setahun lebih.  Anak dara tu pun dah 16 thn skrg. Lepas tu mak dah tak sihat dan tak boleh dok sorang dan mak dok ngan anak2 sehingga mak meninggal 5 thn lepas.

Petang akhir Ramadhan, kami semua berkumpul di rumah Abg Jai untuk berbuka puasa bersama.  Kami buat majlis tahlil untuk semua arwah yang dah tiada. Yang tak berkumpul bersama cuma 5 org cucu.  Munzir sebab anak isteri demam panas, last minute, Paan sebab kerja, Ipin pun kerja, Suhaimi turn balik Johor, cuti pun sikit saja dan yang paling sedih anak teruna sulung aku pun tak balik sebab kerja. 

Pagi raya kami berkumpul di rumah kakak, selain ketupat rendang, kuah kacang, lemang, nasi impit, special dish adalah nasi daging, air asam kerisik dan kerabu ikan bilis.  Letih mmg sgt2 letih tapi berbaloi dan seronok tengok semua dapat berkumpul bersama.

Lepas zohor, kami keluar beraya ikut keluarga masing2. Family aku, ita dan kakak ke rmh kwn lama di batu 16, then ke Jitra tengok cucu baru kakak dan rumah Abg Fauzi (jumpa Cu Nab dan Mak ngah di sini, sblmnya kami dah ke tandop tapi cunab dan makngah tak ada rmh), last sekali ke rumah Abg Din, anak sepupu sebelah Raub.  So kami adik beradik kecuali keluarga Abg Jai berkumpul kat rmh abg din.  Lama betul x jumpa family Abg Din.

Mlm raya ke 2 kami buat BBQ.  Panggang kambing, ayam, sosej, ikan.  Masak spagetti, laksa, pecal .. selain kami adik beradik , kami jemput juga kawan2 lama dan sedara2 terdekat.

Semoga Allah memberi umur yang panjang, kesihatan yang baik, rezeki yang banyak untuk kami berkumpul lagi di masa akan datang.

Ya Allah, satukan lah hati2 kami, eratkan kasih sayang kami dan kekalkan silaturrahim antara kami semua hingga akhir hayat kami. 

Layan gambar raya keluarga kami .....

1st time anak teruna terpaksa ditinggalkan di hari raya ... dah kerja mcm tu lah

sesi bersalaman di pagi raya

bila sepupu2 lama tak jumpa

Sebelum berbuka puasa di Merbok

sepupu sepapat ...

Kami 5 beradik + 1

tak cukup korum ... sedihnya

Anak teruna beraya seorang ,,, ditemani miaw miaw






tak sah kalau tak bergambar di bendang ... (gambar ngan pokok padi kata anak daraku)

depa pulak buat kerja sebab aku dah penatttttttt

Birthday Ajan, Asyam dan Ju yg kebetulan sama dan jatuh pd hari raya - 6 Julai 2016.

Ayang, Anje dan Cik Ita

Sepupu sepapat ...

Sepupu sepapat ...

Pagi Raya ...

sepupu sepapat

Bbq --- bakar membakar ...

Beraya di Jitra, rumah Abg Din
Beraya di Jitra, rumah Abg Fauzi
Medina - cucu sulung kakak, baru 3 minggu

Ready for bbq



BBQ - malam ke2 raya ....


No comments: