Wednesday, September 24, 2014

Tidak Selamanya Di Sini ......

Dunia ini bukan milik kita.  Andai sudah tertulis masanya, kita akan pergi juga ....

Semalam adalah hari terakhir buat seorang lagi rakan kerja, Mohd Rozi Sapuan .....
Aku sebenarnya dah masuk 2 minggu cuti menguruskan urusan suami yang kena masuk wad di hospital Seremban.  Semalam memang dari bangun pagi rasa sangat2 berdebar, tak sedap hati. Telefon pula tengah cas.  Rupanya kawan2 opis cuba contact aku untuk memaklumkan yang Rozi dah meninggal selepas subuh.

Aku kenal Mohd Rozi dari hari pertama aku masuk kerja tahun 1993.  Kami kerja di bawah 1 division dan sudah hampir 10 thn dalam 1 unit.  Dia seorg yg sangat baik, sensitif tetapi rajin melayan kawan2.  Yg paling aku tak lupa, masa aku dan Ina (seorg lain rakan sekerja) pregnant, kami dok mengidam nak makan bubur lambuk kg baru (kebetulan bulan puasa).  Pagi kami dok bercerita sedapnya bubur lambuk kg baru, petangnya bubur lambuk kg baru dah ada atas meja.  Sanggup dia bersusah payah ke kg baru semata2 kesiankan kawan2 yg mengidam. 

Oleh sebab staf2 bhgn IT tidak bertukar division, jadi kami sangat kenal antara 1 sama lain.  21 thn dalam division yg sama bukan masa singkat untuk aku sangat2 kenal peribadi, sikap malah keluarga  Rozi. 

Sebagai kawan, dia sangat baik.  Kami tahu dia sakit cuma aku betul2 tak pasti adakah sakitnya sakit biasa atau ada unsur2 mistik. Sebab sampai akhir hayat doctor tak boleh nak confirmkan apa masalah sebenarnya.  Memang lately kami nampak dia makin lemah, kadangkala nampak sembab dan pucat.  Aku pernah nasihatkan untuk ambil cuti panjang dan berehat.  Tapi dia masih datang kerja, katanya bosan dok rumah.  Sehari sebelum meninggal pun dia datang kerja.  Cerita kawan2, dia demam teruk, nak bawa ke hospital, dia tak nak.

Agak kecewa kerana aku tak dapat nak ziarah Rozi untuk kali terakhir.  Aku masih bercuti, menguruskan anak2 sekolah dan abahnya masih di wad. 

23 September 2014, jam 6.30 pagi ... Perginya seorang rakan.  Semoga Allah ampunkan segala dosa2nya dan tempatkan dia dalam kalangan orang2 yg soleh.

Monday, September 8, 2014

Bila Tiba Masanya ....

Hari ni kami ke Presint 20, tanah perkuburan Putrajaya bagi mengiringi perjalanan terakhir seorang rakan kerja.
Aku kenal Abdul Halim masa mula masuk kerja lagi.  Dia antara senior, umur awal 50an.  Seorang yg baik dan low profile.  Kali terakhir kami jumpa dia di Sarawak last week, kebetulan hari kami sampai, dia nak checkout.  So dia yg sambut kedatangan kami.

Aku ingat dia sebab masa office kat pwtc, kerap juga aku terserempak dia dlm lrt.  Dia pernah kena stroke, so lps dia dah boleh kerja, pergerakan dia agak terbatas.  Jalan tak selaju orang lain. So biasanya, bila turun dr train,  dia akan cakap - 'zu, kau jalan dulu, nanti lambat kalau kau teman aku jalan.'   Memang selalunya aku akan tunggu sampai dia soh aku jalan dulu sbb tak sampai hati nak biarkan dia jalan sorang2.  Tapi lps pindah putrajaya dia nampak makin sihat, makin aktif seperti biasa ... sehingga ajal menjemputnya semalam sebelum asar.

Aku ? bila pula masanya? Berapa agaknya baki umur yg tinggal?  Bersediakah aku ....
Syukur Ya Allah kerana memberi aku nafas hingga hari ini untuk aku memohon keampunan dariMu atas dosa semalam .......



Bila Tiba - Ungu

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mat
i


Friday, September 5, 2014

Serawak Pulak Tahun Ini ...

 
Re-Treat BTM kali ni ke Sarawak.  Bos bg setiausahanya memilih lokasi kerana tahun ini tahun terakhir kak anum di btm sebelum pencen tahun hadapan.  So kak anum pilih Sarawak. Ini rasanya kali ke 4 aku ke Sarawak.  Banyak juga perubahan di Sarawak, last sekali sampai rasanya 6 thn yg lepas.

HARI PERTAMA - Kami bertolak pagi Jumaat 29 Ogos 2014.  Flight pagi jam 10.  Sampai terus ke Hotel Riverside Magestic. Lunch. Check-in. Rehat jap then terus ada kursus sampai ptg.  Mlm sambung lg smp tengah mlm.  Ptg lepas kelas, sempat juga meronda jalan2 di waterfront.

 

                           


 



                        




HARI KE DUA - 30 Ogos 2014.  Destinasi melancong kami yang pertama - Kampung Budaya Sarawak. Round rumah2 suku kaum di Sarawak.  Ini kali ke 4 aku datang kampong budaya.  Masih sama seperti sebelum ni.  Kul 11 ada show tarian semua suku kaum.  Then lunch, disajikan dengan makanan tradisional antaranya pucuk midin, ayam pangsuh (ayam masak dalam buluh bersama daun ubi) dan umai (ikan mantah yg dibuat macam kerabu).  Aku memang suka umai, dulu pernah makan udang umai.  Walaupun asalnya mantah tapi bila dah dicampur asam, ikan tu dah macam masak.  Mengikut kawan dari Sarawak, asam yg dimasukkan dalam umai adalah asam kelubi.  Lepas kenyang kami terus ke kedai kek lapis Dayang Salhah (lebih kurang mcm tu lah namanya, lupa nama sbb banyak perusahaan kek lapis kat Kuching).  Actually kalau tinggal di Bandar Kuching, nak ke tempat jual/buat kek lapis ni cuma perlu seberang sungai saja.  Selesai memborong kek lapis kami ke pasar satok.  Pasar Satok dah moden dan bersih.  Banyak jual terubok masin, pucuk midin dan macam2 makanan Sarawak.

Balik ke hotel, rehat jap. Jam 5.30 kami naik cruise menyusuri sungai Sarawak ...... Then dinner.  seperti biasa semasa dinner selalunya kami adakan acara bertukar2 hadiah.  Kali ni aku bg buku resepi heehehehe .... malangnya yg dapat hadiah aku, si Faizal, yg wifenya mmg jarang masak hehehehe nasiblah.

KAMPUNG BUDAYA -









RIVER CRUISE -



 




HARI KE TIGA - seawal 6.30 pagi kami berada di dalam bas untuk ke Pasar Seriken, 1 jam perjalanan.  Kena sampai awal sebab gerai2 dibuka awal dan cuaca di sana panas.  Sila bawa payung kalau berhajat nak ke sana.  Pasar Serikin di buka pada Sabtu dan Ahad sahaja kerana permit berniaga dikeluarkan pada hari berkenaan sahaja.  So kalau cuti umum tengah Minggu jangan pergi ya.  Mmg tak ada pasarnya.  Majoriti peniaga org negara sebelah. Pasar Serikin ni adalah gerai2 di kiri kanan jalan.  Menjual kain baju, telekung, tikar Sarawak, barang perhiasan dan seumpamanya.  Aku cuma beli sehelai ja kain pasang, sehelai blaus dan 2 pek minyak angin aromaterapi. Mmg best minyak angin ni.  mula beli 3 botol. pas tu beli sekotak, pastu tambah lg sekotak ......

Tengahari balik hotel, bersiap2 untuk checkout.  Bas kul 3.30 ke airport. Flight kul 5.40 tapi disebabkan hujan ribut, flight delay ke jam 8 mlm. So dapatlah kami semua voucher makan disebabkan flight delay. Voucher untuk kfc @ marry brown saja. 

Perjalanan yang menarik .... sesekali keluar ngan kawan2 best juga untuk hilangkan tension .....


PASAR SERIKEN -

 


SELAMAT TINGGAL SARAWAK. PANJANG UMUR JUMPA LAGI !
 


Lunch voucher
Mengurut la apa lagi ...


 
 
SARAWAK ----
 
tahniah MAS
minyak angina aromaterapi

rm20 je - tiger eyes
laksa sarawak
buah mata kucing Lundu. besar, kulit tebal, isi nipissss, biji besar


rm25 je
kek lapis - beranika pilihan


gerai di Bandar Kuching
gerai di Bandar Kuching