Terasa agak sunyi bila Danial pun dah tak de kat rumah. Berbuka empat orang saja. Kalau ada Haziq dan Danial, ayam seekor sekali masak. Kali ni 6 ketul ayam pun tak habis. Tapi seperti biasa, balik kerja aku tetap masak. Kut rajin masaklah best sikit, kut malas, apa yg sempat sajalah.
Terasa Ramadhan kali ni agak suram dan sayu, rasanya bukan aku sorang tapi bagi seluruh Malaysia dan umat Islam dengan apa yang berlaku di Malaysia dan Palestin. Memang terasa, kadang nak makan pun rasa sedih, teringatkan apa yang saudara kita di Palestin berbuka.
Seperti biasa di opis, kami akan ambil gambar raya. Kebetulan hari kami posing adalah hari kapalterbang Malaysia ditembak. Masing2 posing pun ala kadar saja. Cuma 20 minit dah selesai, berbanding tahun lepas, meriah sungguh kami beposing sampai berjam2. Sikit sebanyak peristiwa semasa dan apa yang berlaku mempengaruhi mood semua org.
Dulu masa MH370, mmg aku berdebar sebab pernah naik kapalterbang dengan kod yg sama ke destinasi yang sama. Kali ni MH17, aku memang sedih sebab salah seorang pramugari adalah adik kepada sahabat baik aku masa di sekolah rendah. Ajal maut Allah tentukan. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Ramadhan kali ini juga menyaksikan terlerainya ikatan perkahwinan adik ipar aku dan suaminya setelah 29 tahun berumahtangga. Walaupun dah bermenantu tapi jodoh pertemuan juga Allah yang tentukan. Memang tidak disangka tetapi itulah kadang-kadang bila dah makin tua, org lelaki ni makin berlagak muda walaupun lahiriahnya nampak alim, tapi sifat sebenar Allah saja yang tahu. Manusia .... banyak kelemahannya.
Gambar Raya Bahagian Teknologi Maklumat |
Staff Perempuan Saja |
Syawal 2014.
Mmmmm selepas rasanya hampir 6 @ 7 tahun tak beraya di Kedah, kali ini aku nak balik Kedah. Rindunya nak beraya dengan kakak, Ita dan abang jai. Semoga Allah mudahkan perjalanan kami. Ita memang looking forward utk beraya bersama, maklumlah sepupu aku ni anak tunggal. Sama juga mcm aku dah yatim piatu. So kali ni kami nak beraya bersama. Dah plan macam2 untuk aktiviti raya. Tak sabar rasanya nak balik ke negeri kelahiranku .... rasa macam nak gi melancong pulak sebab dah lama sangat tak balik.
No comments:
Post a Comment