Tuesday, August 5, 2014

Beraya Di Utara !


Aku memang tak ingat bila kali terakhir aku beraya di Kedah.  Masa tu mak masih ada dan ayang belum bersekolah.  So kali ini aku nekad nak balik Kedah,  beraya di rumah kakak di Bedong.
Rumah kampong dah disewakan, rumah kakak lah tempat tujuan kami untuk beraya tahun ini.

26 Julai (Sabtu) kami bergerak ke utara.  Jam 9.00 pagi keluar rumah, sampai di Bedong jam 12.30 malam haaaaaaa 15 jam.  Memang sangat2 tension dan memenatkan, jalan jem gila2.  Ya lah only in Malaysia, highway cuma 2 lane.  Sebelum tu kami singgah kubur mak di Cheras.

Memulakan perjalanan ke Utara ... memasing masih fresh lagi sebelum menempuh perjalanan 15 jam .....


Ke pasar dan sewaktu dengannya untuk membeli bahan2 nak dimasak



3 family berbuka puasa di akhir Ramadhan ... itupun family Abg Jai kurang 8 org, anak menantu ada yg beraya di lain dan ada yg belum sampai.



Ita pun beraya bersama kami di Bedong.  Sesi memperkenalkan bakal suami mmmmm harap2 kali ni jadilah, insyaallah. 


Hari terakhir puasa, keluarga Abg Jai datang berbuka.  Seronok sangat sebab dah lama tak berkumpul.  Agak terkilan sebab Abg dan Abg Nan tak dapat beraya bersama kami, tapi tak apa, panjang umur, ada rezeki, tahun depan boleh plan semula.  Seperti biasa acara memasak rendang pada petangnya, ketupat di tempah, lemang beli je.  Aku mestilah request ketupat kacang.  Dah lama tak makan ketupat sesedap tu ....

Raya Pertama :-
Selepas balik masjid, kami mulakan dengan sesi bersalaman dan bergambar.

Alhamdullilah sahabat baik aku sejak dari sekolah datang awal dari Penang.  Dah lama sungguh tak jumpa Wan, selalunya contact melalui whatsapp @ fb saja.  Aku pun dah lama tak outstation ke Penang.  Biasa kalau kalau aku ke Penang, mesti aku cari dia.

Lepas zohor, kami ke Masjid Derga, ziarah kubur abah.  Sungguh aku rindu sangat dengan abah. Dah lama tak ziarah kubur abah.  Then kami terus ke kampong abg ipar aku di Tobiar.  Melalui sawah padi yang luas dan rumahnya memang suasana kampong.  Anak2 aku memang sangat seronok. 

Then kami terus ke rumah lama kami di Tandop.  Tengok rumah pun jadilah, untuk mengimbas kenangan zaman kanak2 dulu.  Sempat ziarah jiran2 lama, seronok jumpa semua orang.  Ramai juga makcik2 pakcik2 seangkatan mak yang dah tak ada.  Lama juga melepak kat sana, dah malam baru kami gerak ke rumah Cu Nab, malangnya Cu Nab tak ada, so nampaknya tak ada rezekilah nak jumpa kali ni.   Sampai Bedong dah lewat juga.  Kepenatan ... terus zzzzzzz.  1st time kami pakai baju raya sampai ke malam hihihihih ....  selalunya aku ni lepas zohor ja, dah salin tshirt.  Si Ayang pulak selalunya lepas bergambar saja dan salin baju.  Kali ni kami berbaju kurung dan berbaju melayu sampai ke malam ....



 
 





My Best Friend since we are 16 years old .....


 
 
Raya Ke Dua :-

Tengahari menjamu selesa dengan kambing golek dan nasi minyak di rumah Abg Jai di Merbok.  Then kami terus ke rumah Bashiroh, seterusnya rumah Cik Pidah, seterusnya rumah sepupu aku Chah, then terus ke rumah kenalan kami Za.  Haaaaaa malam juga baru sampai.  Oleh sebab nasi minyak kat rumah Abg Jai yang tengahari tadi masih banyak lagi, Omar bawa ke rumah kakak, memang seperiuk lah juga dengan lauk pauk yang banyak.  So kami call Chah dan family adik2 dia semula untuk dinner kat rumah kakak. haaaa sambung sembang lagi sambil makan nasi .... tidur lewat lagi .....

Rumah temapat kami membesar .... boleh tengok kot luar sajalah ......

tak dapat masuk dalam ... bergambar diluar pun jadilah .....




Seronok 1st time dapat berada di keliling pokok padi.

No comments: