Friday, August 8, 2014

Gambar Kenangan Mak dan Abah

Masa beraya di rumah Abg Jai, Shaari bg aku kotak berisi gambar2 lama yg diambil di rumah mak sebelum rumah disewakan.  Dah lama dalam simpanan Abg Jai dan dah lama sebenarnya aku nak ambik.  Gambar2 tu banyak, ada yg abg2 aku yang lain dah ambil untuk simpanan.

So kami whatsapp gambar2 tu dalam group family.  Ana pun hantar beberapa gambar lama yg Abg Nan ambil dulu.  Aku masukkan dlm blog ni untuk kenangan aku di masa hadapan ....

Di bawah adalah gambar perkahwinan Ahmad bin Mohd Jabar dan Chik Bt Abdul Rahim pada tahun 1957.  Tak salah abah berumur 47 tahun dan mak 23 tahun.  Jarak umur yang sangat jauh. Abah sebelum ini dah pernah berkawin beberapa kali errrrr kalau ikut cerita sepupu2 aku dulu, abah pernah kawin berkali-kali hehehe I mean kena darab banyak sikit .... tapi semua perkahwinannya tak dikurniakan anak.  Mak merupakan isteri abah terakhir, dan perkahwinan terakhir ini melahirkan 5 org cahaya mata termasuk aku yg bongsu.  Aku dilahirkan setelah abah pencen.  Dan bila usia masuk 7 tahun, abah kembali ke rahmatullah .... I miss u dad .... I really do!

Masa abah dapat anak, adik beradik abah yang lain dah bercucu.  So memang tak hairan lah semua sepupu kami sekarang dah berpangkat nenek/datuk/moyang.  Malah dah ramai yang meninggal dunia. Yang berpangkat anak2 buah pula memang jauh lebih tua dari aku.

 
 

Thursday, August 7, 2014

Perjalanan Balik ....

Sabtu, 2 Ogos = raya ke 6, kami berangkat pulang ke rumah .... memang liatnya nak bangun, maklum semalam tidur kul 2.30.  Mengemas baju2 yg bersepah2.  Jam 11 kami bertolak balik, sempat singgah di Tanjung Dawai untuk lunch, kononnya seafood kat situ segar dan murah ...... hakikatnya seafood mmg sangat2 segar, best tapi harganya idak ler murah.  6 org makan - nasi, jenahak bakar(medium saiz), kari kepala ikan (kecil je kepalanya - saiz S) + telur ikan, 13 ekor udang sambal saiz XL, sotong goreng tepung 8 ekor (saiz ibu jari je), kerabu perut ala Kedah, air + laichekang = rm96 .... hehehehe bayar ja lah, dah makan.
Makanan memang sedap ... tapi mahalllllll.



Ayang, Aku, Anje, Kakak, dan Dayah (menantu)
Sikurus ni kena duduk seat belakang sekali sbb ruang yg sempit muat untuk dia je ....
Lunch di Tanjung Dawai
Lunch di Tanjung Dawai








Sepanjang jalan banyak org jual air nira, cempedak, manggis dan buah jentik.  Tapi kami cuma beli air nira saja sbb kereta dah macam sadin.  Tak muat isi apa2 lagi.

Singgah di Kemunting, Danial bermalam kat rumah kawannya, so mudah sikit dia nak balik Lumut nanti.  Then singgah di Taiping, rumah mak cik Hasnah.  Aku pernah ke rumahnya zaman aku kecik2 dulu, puas jugalah mencari sbb mmg dah tak ingat langsung.  Makcik Hasnah adalah isteri kepada Pakcik Sahak, yg juga sepupu mak.  zaman kecik2 kami sangat rapat.

Sampai rumah dah hampir tengah malam.  Tomok, Mak Be, Shiro, Onit, Kak Yoong dan Wawa mengiau-ngiau menyambung kami.  Tomok mengiau bising sungguh, agaknya mesti dia bertanya mana kami pergi, seminggu tak balik.  Malamnya semua miaw2 kecuali Shiro tidur atas katil ngan aku ... rindu yaaaa ....

Haziq balik Melaka hari Ahad, cuma bekalkan ayam masak merah.  Sebab aku bz operasi basuh kain.  Penat tak habis2 lagi, ada masa zzzzzzz saja.  Isnin cuti, sambung zzzzzzz.  Selasa baru kerja.

Memang rasa sangat2 berbaloi balik raya kali, ada kelainan, yang penting anak2 suka ..... looking forward for raya next year, insyaallah .... hopefully we can gather together , me, kakak, abg, abg jai dan abg nan .....


Buah Jentik - sebelah utara je rasanya yg banyak buah ni ... nak senang makan, jentik dulu semua kulit2nya, bila dah tinggal buah yg oren, angkat tangkai dan makan mcm org kaya makan buah anggur hehehehehehe ..... rasanya masam manis


Yg ni buat rukup namanya - sebenarnya aku pun 1st time makan masa kat rumah mertua kakak.

Wednesday, August 6, 2014

Beraya Di Langkawi ....

Raya ke 3 :-
 
Alang-alang dah balik Kedah dan memikirkan inilah masanya kami sekeluarga berkumpul, aku plan ke Langkawi.  So raya ke 3 - 5 kami melancong ke Langkawi hihihihihih melancong lah sangat.
 
Naik feri di Jetty Kuala Perlis, sampai Langkawi terus ambik kereta sewa sebab aku dah book siap2 dari sorang kenalan kat sana.  Terus ke Sandy Beach Resort di Pantai Cenang ....  1 bilik dengan 2 katil besar + extra mattress = rm200 per night, oklah.  Sumbat semua dalam 1 bilik, untuk tidur je pun.  Pantai Cenang dah tak macam dulu ... penuh sesak dengan kedai dan orang ....
 
mmmm ada kenangan sebenarnya di sini yang tak mungkin dilupakan.  Apa pun biarlah ianya disimpan kemas  dalam hati dan ingatan .....
 
ok ... aku dah plan apa nak dibuat disini dlm 3 hari.  Lepas check in, kami ke Gunung Mat Cincang, untuk naik skycab (cable car), tapi sebab orang yg sangat ramai, kami tengok 6D dulu, then baru ke puncak gunung dengan skycab.  Lepak di atas sampai matahari hampir terbenam dan pekerja-pekerja kat situ mengarahkan semua pengunjung turun hehehehehe sebab dah nak malam.  Dinner kami makan kat Pantai Cenang.  Memang mahal .... mulanya kami makan kat kedai Thai Restaurant, Nampak pekerja pun orang Thai.  mesti sedap punya ... rupanya ..... hampeh.  Aku memang thai food lovers tapi yg dihidang alamakkkkkk mmg jauh dari Negara thai.  mmg aku makan tak habis, sebelum bayar aku ceramah kau-kau dulu kat tokey kedai tu.  6 org makan harganya rm156 dan makanan tak sedap.   Then kami merayau sekitar kedai2 area sepanjang Pantai Cenang.  Perut memang lapar lagi , so makan lagi kat Telaga Seafood.  Harganya mahal juga tapi masakannya sedap.  Aku, abah dan 2 anak dara je makan, harga dalam rm70.  Yang 2 teruna dah merayap ntah ke mana.  
 
Hari ke 2 -
Aku ambik pakej ke mangrove.  Pakej2 boleh dibeli di mana2 travel agent yg mmg banyak kat Langkawi.  Pakej ni harganya rm300.  Naik 1 bot (tak kongsi ngan org lain).  Menyusuri paya bakau, singgah tempat monyet2 yg banyak (jgn lupa bawa makanan/buah), then singgah kawasan bagi helang makan.  Singgah di gua kelawar,  masuk dalam gua berjalan kaki sambil menikmatan keindahan gua.  Then menyusuri sungai terus melalui gua buaya dengan bot (crocodile cave), then terus ke KLIM.  Boleh nampak Thailand.  Melalui laut terbuka, terus ke tempat ternakan ikan yang besar2.  Ada juga restoren tapi org terlalu ramai. Pas tu singgah Tanjung Rhu, budak2 nak mandi laut.
Makan pun kat situ juga, kedainya tak banyak pilihan tapi boleh lah ......
 
Balik bilik, lepak2 kejap then ke pekan Kuah.  Matlamat aku cuma 1, nak makan masakan Thai kat Restoren Wan Thai.  Sesapa yg ke Langkawi wajib makan kat sini.  Masakan thainya memang 1st class.  Dah 2 kali aku makan kat sini.  Tapi malangnya kedainya tutup sebab hari raya .... aaarrgggggg punah harapan. Then ke HIG beli coklat, penuh trolley dengan coklat.  Mlm makan kat pekan Kuah.   Balik dr pekan Kuah, sempat merayau lagi kat kedai2 di Pantai Cenang dan sempat mengurut (kat situ banyak tempat mengurut).  So aku last customer ... jenuh budak2 ni tunggu sampai kul 12 lebih.
 
Hari ke 3 -
Check out dan singgah di Waterworld ..... tengok ikan lagi .... then terus ke jetty.  Sebelum naik ferry singgah lg 1 outlet HIG (haji Ismail group) kat jetty, kali ni baru jumpa periuk idaman hati ....  ferry jam 4 pm.  Laut bergelora sebab hujan ... akhirnya sampai rumah kakak jam 8.40 mlm .... penatnya .... tapi masih tak boleh rehat sebab kakak buat makan2 raya untuk jiran2 dan kawan2 anaknya.  So letak je beg, aku dah bz menghidang makanan pulak .... tidur jam 2.30 pagi .... aaaaaaa pengsan!
  
 
 
Jetty Langkawi
Top Station- Skycab


Mangrove
Top Station - skycab
KLIM
Mangrove - Gua Kelawar
Tanjung Rhu
Top Station - skycab


Mangrove - island hopping





Mangrove


Mangrove - Tempat ternakan ikan


Waterworld
Mangrove
Skycab


Mangrove
Waterworld

Gua Kelawar
Top station - Skycab
Skycab
Top station - skycab


Mangrove
Mangrove - crocodile cave


Mangrove
Tanjung Rhu
Dalam Feri


Mangrove
Skycab - Q panjanggggg
Skycab











Tuesday, August 5, 2014

Beraya Di Utara !


Aku memang tak ingat bila kali terakhir aku beraya di Kedah.  Masa tu mak masih ada dan ayang belum bersekolah.  So kali ini aku nekad nak balik Kedah,  beraya di rumah kakak di Bedong.
Rumah kampong dah disewakan, rumah kakak lah tempat tujuan kami untuk beraya tahun ini.

26 Julai (Sabtu) kami bergerak ke utara.  Jam 9.00 pagi keluar rumah, sampai di Bedong jam 12.30 malam haaaaaaa 15 jam.  Memang sangat2 tension dan memenatkan, jalan jem gila2.  Ya lah only in Malaysia, highway cuma 2 lane.  Sebelum tu kami singgah kubur mak di Cheras.

Memulakan perjalanan ke Utara ... memasing masih fresh lagi sebelum menempuh perjalanan 15 jam .....


Ke pasar dan sewaktu dengannya untuk membeli bahan2 nak dimasak



3 family berbuka puasa di akhir Ramadhan ... itupun family Abg Jai kurang 8 org, anak menantu ada yg beraya di lain dan ada yg belum sampai.



Ita pun beraya bersama kami di Bedong.  Sesi memperkenalkan bakal suami mmmmm harap2 kali ni jadilah, insyaallah. 


Hari terakhir puasa, keluarga Abg Jai datang berbuka.  Seronok sangat sebab dah lama tak berkumpul.  Agak terkilan sebab Abg dan Abg Nan tak dapat beraya bersama kami, tapi tak apa, panjang umur, ada rezeki, tahun depan boleh plan semula.  Seperti biasa acara memasak rendang pada petangnya, ketupat di tempah, lemang beli je.  Aku mestilah request ketupat kacang.  Dah lama tak makan ketupat sesedap tu ....

Raya Pertama :-
Selepas balik masjid, kami mulakan dengan sesi bersalaman dan bergambar.

Alhamdullilah sahabat baik aku sejak dari sekolah datang awal dari Penang.  Dah lama sungguh tak jumpa Wan, selalunya contact melalui whatsapp @ fb saja.  Aku pun dah lama tak outstation ke Penang.  Biasa kalau kalau aku ke Penang, mesti aku cari dia.

Lepas zohor, kami ke Masjid Derga, ziarah kubur abah.  Sungguh aku rindu sangat dengan abah. Dah lama tak ziarah kubur abah.  Then kami terus ke kampong abg ipar aku di Tobiar.  Melalui sawah padi yang luas dan rumahnya memang suasana kampong.  Anak2 aku memang sangat seronok. 

Then kami terus ke rumah lama kami di Tandop.  Tengok rumah pun jadilah, untuk mengimbas kenangan zaman kanak2 dulu.  Sempat ziarah jiran2 lama, seronok jumpa semua orang.  Ramai juga makcik2 pakcik2 seangkatan mak yang dah tak ada.  Lama juga melepak kat sana, dah malam baru kami gerak ke rumah Cu Nab, malangnya Cu Nab tak ada, so nampaknya tak ada rezekilah nak jumpa kali ni.   Sampai Bedong dah lewat juga.  Kepenatan ... terus zzzzzzz.  1st time kami pakai baju raya sampai ke malam hihihihih ....  selalunya aku ni lepas zohor ja, dah salin tshirt.  Si Ayang pulak selalunya lepas bergambar saja dan salin baju.  Kali ni kami berbaju kurung dan berbaju melayu sampai ke malam ....



 
 





My Best Friend since we are 16 years old .....


 
 
Raya Ke Dua :-

Tengahari menjamu selesa dengan kambing golek dan nasi minyak di rumah Abg Jai di Merbok.  Then kami terus ke rumah Bashiroh, seterusnya rumah Cik Pidah, seterusnya rumah sepupu aku Chah, then terus ke rumah kenalan kami Za.  Haaaaaa malam juga baru sampai.  Oleh sebab nasi minyak kat rumah Abg Jai yang tengahari tadi masih banyak lagi, Omar bawa ke rumah kakak, memang seperiuk lah juga dengan lauk pauk yang banyak.  So kami call Chah dan family adik2 dia semula untuk dinner kat rumah kakak. haaaa sambung sembang lagi sambil makan nasi .... tidur lewat lagi .....

Rumah temapat kami membesar .... boleh tengok kot luar sajalah ......

tak dapat masuk dalam ... bergambar diluar pun jadilah .....




Seronok 1st time dapat berada di keliling pokok padi.