Monday, December 15, 2014

Terbang Ke Medan ...


 





7 Disember 2014,  lebih kurang jam 3, aku dan my anak dara, anje terbang ke Medan.  Kali ni nama naik utk outstation ke Medan pulak.  Oleh sbb cuti sekolah, aku bawa anak dara ni sama, tak lah boring sangat sbb sorang lg yg ikut outstation Ahmadi.  tiket utk anje tak lah murah sangat.  Harga asal RM300++ pergi balik, +tax +insuran ... semuanya RM513.  Nak ambik 1/2 harga yg MAS offer tak sempat.  Medan sejam dibelakang masa Msia, so kami sampai sana jam 3 pm waktu tempatan.  Waktu Msia 4pm.  Ni kali pertama aku menjejakkan kaki ke Indonesia.  Penginapan kami di Gand SwissBel Hotel ... sangat selesa.


Airport Medan yg baru di Kuala Namu ala2 KLIA cuma saiznya kecil, cantik dan bersih.  Kami disambut oleh Timbalan Pengarah Medan.  Perjalanan dr Kuala Namu ke pekan Medan lbh kurang 1 jam.  Dah ada kemudahan train ala2 erl terus dr Kuala Namu ke pekan Medan.

Medan sangat terkenal dgn jus buah yg segar dan pekat.  Kalau bernasib baik sesetengah kedai makan menawarkan jus yg pelek2 contohnya campuran sawi dan nenas, terung belanda (terung belanda disana sama mcm buah cinta di cameron highland), jus timun + limau, kelapa + oren dan mcm2 lagi.  Tapi yg paling famous jus alpokat (avocado) dan sirsak (durian belanda).  Mmg sgt2 best. Boleh dikatakan semua kedai makan ada jus2 ni.

Kami tak ke tempat2 peranginan sebab kekangan kerja yg membataskan pergerakan tapi mmg sempat untuk jalan2 cari makan hehehehehe .... makan dan makan saja ...

Sampai saja kami dan pekena jus2 yg sedap dan bakso. mmg tak sama bakso di malaysia.  sgt sedap.  Mlmnya bos besar medan bawa kami makan di 1 tempat namanya Lamber Kuning, seafood restauran tapi masakan ala indonesia.  Paling porpular di sini adalah ketam giant saiz.  Aku ambik juga rasa walaupun aku sebenarnya alergik ngan ketam.



So hari2 berikut kami dibawa dr 1 kedai ke 1 kedai makan.  Nasi Padang Simpang 3, Nasi Padang Sederhana, Kalasan (masakan jawa), Bel Monte (western) ... kami juga round kedai2 yg biasa tetapi mmg bersih sebab member2 sini dah biasa dgn kedai2 berkenaan untuk pekena bakso, sup bontot hahahahahaha sup ekor sebenarnya.  Amaliun Foodcourt pun best, macam2 ada ... pisang bakar cheese coklat, ekor bakar, macam2 mee dan sup dr bermacam daerah.
Barang2 disini consider murah, makan pun murah.  Sebab tu kami jalan2 cari makan je kerjanya.  Lain restauran Nasi Padang lain lauknya ...



teh botol, jus alpokat & jus sirsak

 
Nasi Padang Simpang 3

ekor bakar ...
Nasi padang Sederhana
Menu jawa di Restauran Kalasan


Shopping -- aku tak shopping sangat kali ni sebabnya masa ke Paja Ikan, tempat jualan telekung, kain, jubah2 ... ramai pulak geng2 mat indon yg jual2 keychain2, tshirt yg akan ikut ke mana saja kami pi.  Kami masuk kedai, dia org akan tunggu depan kedai ... 4,5 org. panggil2 soh beli barang dia, mmg memaksa.  dari rasa kesian, rasa nak tolong beli walaupun x perlu, sampai rasa sangat2 meluat dgn gelagat dia org.  So aku cuma beli 3 pasang telekung dan 2 pasang kain ... pas tu Anje dah macam nak nangis sbb org2 yg ikut tu.  Yg lelaki si driver dan member yg ikut pun jenis lembut2 belaka.  Jadi lebih baik terus balik.
Medan juga ada beberapa mall, yg paling best Medan Fair, sebab harganya sgt berpatutan.  Kat situ ada 1 kedai yg jual beg longchamp, kipling dan polo cetak rompak dgn harga 65,000 rupiah .... mula2 pandang saja harga offer kat luar, bila ambik culculator haaaa terus borong sebab semua beg berharga rm18.50.  So main ambik saja mana yg berkenan, kat Guangzhou pun x dapat harga mcm ni.
Beg jenama kipling yg sama design yg dijual di airport harganya rm200++ .... kami beli rm18.50 je.  So semua sekali ada 18 beg yg aku beli, utk anak beranak dan kawan2 ...
 

Kalau nak melancong ke sana lebih baik ambik pakej kecuali dah biasa ke sana.  Jangan suka2 nak adventure naik beca motor.  Takut hilang ntah kemana ... Elakkan juga angkutan kota, van2 yg digunakan sbg bas mini, kurang selamat.
Jalanraya .... ditengah2 bandar medan tu aku pun tak sure traffic light berfungsi ke tak, mmg sesak, dan bawa kenderaan suka hati.  Sabtu Ahad polis cuti, so tak pakai helmet pun tak pe.

Sempat juga kami mencari kuih Bika Ambon keluaran Zulaikha dan kek Brownise kukus keluaran Amanda. paling best brownise kukus pandan.  kalau tak sempat beli di Medan, boleh beli di airport Kuala Namu, sama saja harganya .... Tak lupa ikan keli salai, kiriman abah ... dipanggil lele sale, tapi yg ni kena order dr penduduk tempatan, kebetulan jiran driver office mmg buat keli salai utk restauran2 nasi padang.

Lain padang lain belalang .... walaupun Medan tak seindah KL tapi sayu hati nak tinggalkan kota Medan.  Orang2nya baik2 dan lembut.  Insyaallah, lepas ni ada rezeki, boleh ke sana lagi, pergi utk libur pula.  Oh ya ... Jgn lupa standby duit utk airport tax - 200,000 seorang (rupiah - lebih kurang RM60).
12 Disember kami pulang ke Malaysia ... sampai ketemu lagi ...
 

pancake durian / crepe durian (malaysia)

kenderaan awam - angkut kota
 



Wednesday, November 19, 2014

Projek Cendawan ....

Ini namanya memanfaatkan ruang yang ada ....
Bermula dgn kegilaan seorang kawan, akhirnya merebak ke org lain termasuklah aku .... kami memulakan projek tanam cendawan di bawah meja opis ...... aku ni bukan jenis reti tanam @ jaga pokok, tapi atas sokongan kawan2, berjaya juga projek cendawan aku .

Member dah start berminggu2 yg lepas.  Dek teruja cendawannya yg mekar, semua dah pakat merasa, maka kami order 50 beg cendawan.  Aku ambik 10 beg , sebab aku suka cendawan.  Start hari khamis lepas (14 Nov), hari ni (19 Nov) dah boleh tuai hasil tapi 3 beg je yg mengeluarkan hasil, yg 7 lagi masih malu2 nak keluar cendawannya ..... So hari ni sayurkan cendawan ....







Cuti-cuti Pulau Pangkor ...

Rasa macam nak berjalan2 dgn anak2.  Bila Haziq dan Danial dah lepas sekolah, masa utk kami berkumpul sgt terhad.  Mmg aku jenis yg susah nak lepaskan anak keluar dr rumah.  Aku jenis yg tak suka anak tinggal di asrama.  Sebab bila mereka lepas SPM, mereka akan keluar dr rumah dan jarang2 balik.

Masa haziq dan danial cuti mmg tak sama.  So aku decide, kami berjalan masa haziq cuti dan tempat percutian dekat dengan danial.  So kami ke Pulau Pangkor.  Aku pernah sekali ke sana, 20 thn lepas, dah tak ingat sgt dah ... dah tua memori pun dah kurang hihihihihi.

So last Friday, 14 November, kami gerak ke Lumut.  Ambil danial di asrama mimet unikl di Lumut dan terus ke jeti.  Sebelum ke sana puas juga aku google, tapi tak jumpa blog sesiapa yg cerita detail pasal Pulau Pangkor.

Dari jeti, kami naik feri yg tambangnya hanya rm10 (pergi balik).  Sila simpan tiket utk pemeriksaan semasa balik.  Feri akan berhenti di 2 jeti, pertama sg pinang dan ke 2 jeti Pulau Pangkor.  So turun pd jeti ke 2.  Pulau Pangkor kecil ja.  So tak payah ler susah2 nak sewa kereta,  ini bukan Langkawi.  Sewa kereta nak pi mana? Cukup naik van@teksi sewa.  Teksi2 disana menggunakan van berwarna pink.  Cakap je, nak ke chalet mana? Dia org akan bawa.  1 van rm20 sekali perjalanan.  Boleh muat 8 org.  Ada van baru, ada van lama.  Ikut nasiblah dapat yg mana. 

Aku dah book Nipah Bay Villa di Teluk Nipah sebulan yg lepas.  Mcm aku ckp td, tak perlu sewa kereta antara sebabnya jalannya berliku2, sampai selekoh kena hon sbb jalannya sempit.  So biarlah driver sana yg biasa yg bawa kita.  Sini banyak chalet2 kecil.  Majoriti bukan tepi pantai, di Teluk Nipah hanya 1 chalet, D'Senja Beach Resort yg betul2 tepi pantai.  Yg lain semua kena jalan sikit ke depan seberang jalan baru jumpa pantai.  Anjungan Beach Resort pun best juga walaupun bkn tepi pantai tapi fully book.  Resort ni ada swimming pool. 

Nipah Bay Villa ... oklah, chaletnya selesa dan cantik, kawasan agak sempit. sewa chalet je, tak ada breakfast.  Tapi mujur kat Teluk Nipah bnyk juga gerai2 makan. Kata org Teluk Nipah mudah nak cari makan dari Teluk Batik.  Tak sure bab tu sebab kami tak dok kat Teluk Batik.  pantai Teluk Nipah pendek jaraknya ke laut tak seperti pantai cenang di Langkawi .... Ditambah dgn bangunan tepi pantai yg dibina untuk kedai2 jual cenderahati, pantainya nampak serabut.  Tapi area D'Senja Resort viewnya cantik sbb chalet ni jauh sikit dari kawasan kedai2.

Aktiviti yg ada semestinya aktiviti laut.  Kami round pulau dan snorkling, 1 bot bayarannya rm350.  Menarik juga, aku suka laut , suka pemandangan, rasa sangat damai dan tenteram. 
Tempat snorkling sgt terhad,  ikan tak banyak jenis ... org yg ramai... kalau betul nak nikmati laut, suka snorkling, Tioman adalah lebih baik.  Laut di Tioman sgt sesuai utk snorkling dr di Pangkor. 

Then budak2 habiskan duit dengan aktiviti pantai, banana boat etc ... of cause lah aku tengok saja sbb aku mmg takut air.
Seafood ... agak murah, 1 keluarga makan anggaran RM170 untuk dinner, 2 jenis ikan (sekor jenahak, sekor lagi x sure ikan apa), udang, ketam, sotong, tomyam ayam, sayur kangkung, nasi dan 1 jag besar air.  Rasanya sangat berbaloi dgn harga ....  tengahari makan di 1 gerai (Liasari nama gerai kalau tak salah), kari kepala ikan nyok2 cuma rm20, kelapa ikan pun lbh besar dr 2 tapak tangan.  Seafood sgt segar dan sedap.

Hari balik, kami round pulau dgn van@teksi pink.  Bayarannya cuma rm80.  Tempat yg biasa dibawa - kilang/kedai jual hasil laut, galeri pangkor, tokong fuu ling kong, dan kota belanda.
Selepas ke kilang/kedai jual hasil laut, tekak aku rasa kembang nak makan segala keropok2 yg dijual ... hihihi.  kalau yg jenis nampak sepenuhnya buat guna mesin dan packingnya ok, aku makanlah, jenis yg cucuk2 tu mmmm tak rasa nak makan ...

So 3 hari 2 malam selesai percutian kami.  Yg penting aku dpt bersama anak2. Lepas hantar danial balik ke asrama dgn stok makanan yg banyak (kawan2 dah tunggu dlm bilik), kami terus balik rumah ....

Apa yg boleh aku katakan .... kalau nak menikmati keindahan alam semulajadi, menikmati laut, yg suka snorkling/diving, baik ke Tioman @ pulau2 sebelah pantai timur.  Kalau nak menikmati sikit2 pantai/pulau, ada shopping, moden2 ... baik ke Langkawi.  3 hari 2 mlm dah memadai, kalau dok seminggu kat Pangkor, aku rasa mau mati kutu dibuatnya ....

Good exposure for danial since he really love sea .... dan insyaallah bakal jadi orang laut!  Semoga Allah mepermudahkan perjalanan hidup dan impian anak2ku ....











 



Cameron Highland ...aku datang lagi ...

Setelah beberapa tahun tidak ke Cameron Highland, kini aku kembali hehehehehe macam poyo ja ayat.  Bila kursus buat kat kat sana dan aku ditawarkan, aku terus accept sebab aku dah lama tak ke tempat tinggi.
Yg ni mmg best ....


26 Oktober kami serombongan ke sana.  Untung cuaca hujan, sejuk lah Cameron, kalau cuaca biasa, jangan harap nak rasa sejuk.  Dulu beberapa tahun masa ke sana aku dah tengok betapa teruknya bukit bukau di tarah.  Kali ni .... masyaallah ... speechless ...  Aku tak pasti apa pejabat tanah sana buat, apa kerajaan negeri buat ... semuanya buta @ kenyang dengan rasuah!  Cameron dah parah, mmg dah parah ... tak hairanlah berlaku banjir lumpur kali ke 2.

Bukit2 sayup mata memandang dah jadi tapak tanam sayur.  Tanah persendirian ??? Siapa yg punya tanah persendirian di bukit2 hujung tu.  Bukit2 di tarah, cerun2 ditambak.  Lepas tambak nak buat apa? bangunan? Kalau sesaja nak berjalan2 ke Cameron mmmm memang tidaklah ... tak ada yg istimewa, selain permandangan yg sakit mata dan mat bangla dan minah indon di sana.

Cerun di depan Kea Farm ditambah dari tanah2 yang ditarah












Tempat yg dulunya best seperti Mardi Cameron Highland, dah seperti hidup segan mati tak mau.  Tak ada lg pokok2 apple yg segar dan berbuah, yg ada pokok2 kering tunggu masa nak mati.  Tak ada lg berjenis2 orkid yg cantik dan segar, yg ada beberapa pasu yg dah hampir kering. Yg cantik pun cuma rimbunan pokok kekwa dan tomato.  Yg lain ... buang masa saja.

Sungai Palas tempat menikmati teh boh masih cantik.  Jalannya pun dah lebar sikit.  Yg tu sajalah yg menarik rasanya. 

Bila lagi nak ke cameron ... ntah la, tak ada rasa nak ke sana lagi buat masa sekarang ....

Tuesday, November 4, 2014

Sakit - Sedikit Peringatan Dari Allah

Sakit - datangnya seperti ribut, perginya seperti semut ... itu kata orang tua2.
Sakit juga adalah peringatan dari Allah buat hambanya.

Bulan September 2014, hidup aku sedikit kelam kabut.  Patutlah dari awal rasa berat nak outstation ke Kedah dan Langkawi.  Nasib baik ada member nak ganti.  Rupanya aku perlu bercuti panjang.

8 Sep - kaki abahnya seperti biasa akan kena gatal2 dicelah jari, ada org panggil kulat air,  aku x sure istilah sebenarnya.  Cuma kali ni sapu krim biasa pun tak ok, then kaki start bengkak.  Ubat 2 klinik biasa tak baik2.  Bila kaki makin bengkak, sakit dan tak boleh pijak, kami decide ke Nilai Medical Center (NMC).  Confirm ada diabetis, bacaan 17.  Berbekalkan ubat selama seminggu.  2 hari lepas tu, aku perasan dah ada putih2 di antara 2 jari kaki, kami ke klinik kesihatan pulak.  Confirm dah ada nanah, doktor buat dressing, buang nanah, hanya sikit saja yg dicucuk dicelah jari.

So aku jadi Misiku zuraini, tolong buat dressing kat rumah.  2 hari selepas tu masa buka balutan, kaki abah dah agak teruk.  lubang jarum yg doktor cucuk sikit dah nampak makin teruk.  Macam dah medak.  Aku ke NMC sekali lg.  Doktor buat surat utk ke Hospital Putrajaya.  Tapi masa tu abah cakap, makan ubat dululah, dia belum nak ke hospital.

15 Sep - Condition kaki mmg agak teruk. Sungguh aku tak expect yg kaki tu akan menjadi seteruk tu dalam masa beberapa hari.  Kami ke hospital.  Masa doktor cek, jari doktor dah boleh masuk dalam lubang celah kaki abah,kedalaman 3 cm,  atas kaki dah melepuh.  Tapi doktor ke2 yg merawat di unit kecemasan tu cakap tak perlu masuk wad sebab abah tak demam dan bacaan bp ok.  Kami diarah ke wound team care, presint 8 untuk cuci luka.

17 Sep - ke wound team care (16 sep - cuti hari malaysia). Nurse yg nak cuci cakap, dia tak boleh buat sebab luka yg sangat dalam dan ada nanak di celah2 tulang.  Kami diminta ke Unit Kecemasan semula.  Doktor di unit kecemasan masih cakap OK, biasa ja ni, sedangkan kaki abah bengkak, medak, berair, berdarah dan berlubang sampai boleh masuk jari.  Sungguh aku cakap, apa punya bodoh doktor tu.  Bodoh tahap dewata.  Abah direfer ke Unit Ortopedik pulak.  Hari yg sama kami ke sana.  Penuh, so appoiment esoknya.  Abah dah kena berkerusi roda sejak 15 Sep bila sampai ke hospital sebab kaki langsung tak boleh pijak, sakit dan akan keluar darah.  Iza, adik ipar aku belikan tongkat utk memudahkan pergerakan abah.

18 Sep - ke unit ortopedik, appoiment ptg, dek kerana org yg tersangat ramai, giliran abah dah pukul 6pm.  Doktor yg membuka balutan kaki abah terkejut dgn keadaan kaki yg mmg teruk.  Conditionnya sangat tidak baik.  Mujur x-ray menunjukkan yg ianya tak efek tulang.  Cuma doktor tak jamin jari2 kaki boleh diselamatkan.  Operation perlu dibuat segera untuk membersihkan semua nanah dan isi2 yg rosak di celah2 tulang dan jari tapi malangnyaaaaaaa wad penuh.  Doktor unit ortopedik pun pelek sebab patutnya dari unit kecemasan dah masukkan ke wad dgn keadaan kaki yg teruk.

wad penuh - apa solutionnya .... doktor bg 2 pilihan -
1. esok datang lagi, kalau ada kekosongan boleh masuk wad tapi tak jamin  atau ....
2. ke hospital berhampiran ... serdang? kajang? ... lepas discuss dgn adik ipar, kami ke hospital seremban.  Sebab my sister in law ada kat sana dan adik beradik abah yg lain semua kat negeri 9.

Malam tu juga kami ke hospital seremban.  Memang aku tak boleh bayangkan bahayanya diabetis, dalam masa tak sampai 2 minggu, kaki yg hanya gatal2 celah jari telah membengkak, bernanah, berair, melepuh dan berlubang sedalam 3 cm.  Hebat betul penyakit yang bernama Diabetis.

Keadaan kaki abah sebelum kami ke hospital.  Hanya10 hari saja untuk kaki jadi seteruk ini.













 
18 Sep - kami terus ke hospital Seremban setelah disahkan wad di Putrajaya penuh dan kaki abah tak boleh tunggu lama.   

Di hospital Seremban, semua cek perlu dibuat semua, xray, test itu, test ini sebabnya hospital putrajaya hanya membekalkan sekeping surat.  Doktor di Seremban pun geleng kepala .... sebab katanya, kan senang kalau doktor putrajaya call terus ke seremban, transfer case.  Terus boleh masuk wad.  Dgn hanya sekeping surat tanpa xray dan lain2 dokumen, semua perlu dibuat semula. xray semula, cek semula ... so jam 4.00 pagi baru abah dimasukkan ke wad.  Esok petangnya terus operate, alhamdullilah semua jari2 masih selamat.

Abah di wad sampai 3 Oktober.  Cuti aku pun dah nyawa2 ikan.  Sib baik ada member office yg tingal dekat rumah, boleh tumpang ke office.

Alhamdullilah juga sebab abah cepat pulih.  Isi2 kaki cepat tumbuh semula.  Sejak masuk wad sampailah hari ni abah amalkan minum pati haruan.  Masa di wad minum 2 botol sehari.  Kadang2 aku masakkan sup ikan haruan.  memang cepat betul sembuhnya.  Lepas keluar hospital abah terus amalkan pati haruan + habatul sauda dan minyak bawang putih.  Bacaan diabetis pun dah normal sekarang dan abah pun kuat pantangnya ...