Monday, October 21, 2013

China - Guangzhou ....



7 Oktober - Dari Beijing Ke Guangzhou memakan masa 3 jam lebih kurang.  Kami checkout jam 8am dan terus ke airport Beijing untuk flight jam 11 am.
Checkin flight tiada masalah, tak banyak songeh tetapi pemeriksaan keselamatan yang membuatkan kami letih betul.  Nak dibandingkan dgn polis Malaysia di KLIA memang jauh berbeza.  3 kali beg utk hand carry aku di scan.  Habis semua barang kena keluarkan sebabnya aku letak freeze magnet dan bedak dlm beg berkenaan.  Jenuh pulak nak kemas semula.  Nasib baik kami awal, so masih ada masa walaupun lama juga nak lepas pemeriksaan keselamatan.

Kami dijemput Kak Ain, Timbalan Pengarah Opis Guangzhou, terus ke Restoran Boston untuk makanan cina Muslim pertama di Guangzhou.  Tekak aku ok ja, habis nasi semangkok + kambing panggang lagi.

Then terus ke Westin Hotel.  Di Beijing bilik aku dan Gai bersebelahan dan ada connecting door tetapi di Guangzhou bilik kami bersebelahan tetapi tiada connecting door.  Aku ni sebenarnya agak lemah semangat lah juga walaupun nampak mcm gagah perkasa.  Sedikit rasa x selesa bila mula masuk ke bilik berkenaan.  Bermacam2 ayat yang di baca.  tetapi rasanya something in the room really don't like me hahahahaha akibatnya tengah malam2 buta tu aku capai handbeg, hphone dan tudung terus keluar dr bilik dan ketuk bilik Gai.  Esoknya kami  minta tukar bilik lain yg ada connecting door.  Nantilah aku ceritakan dalam entry akan datang apa yg berlaku malam tu ....

Cuaca Guangzhou seperti Malaysia cuma kering.  Hotel tak jauh dari Aeon (Jusco) dan Ikea.  So mlmnya kami merayap ke sana.

Seperti Beijing juga, kami bekerja sampai ke malam. Dah gelap baru sampai hotel, mmg sangat2 penat, rasa nak balik rumah ja. Tengahari beli bungkus saja tapi bos sana tetap entertain kami sebaiknya, merasa makanan Thai, nasi beriani kambing dan ke 1 restauran cina Xinjiang yang mmg sedap masakannya iaitu restauran Muhammad.  Cuma kena berhati nak order makanan, sebab portion sesuatu menu adakalanya besar.  Tapi kami ni, sebesar mana pun portion hidangan tu tetap habis.  Aku dan Mizan yg tukang menghabiskan.

Guangzhou yang paling best adalah shopping.  Haiyin - tempat jual kain, cadar dan langsir.  Ada 1 kedai yang peniaganya agak fasih berbahasa Melayu, namanya Ali (perempuan).  Ramai rakyat Msia kat kedai berkenaan.  Sebenarnya mmg agak lega bila berhadapan dgn orang sana yg tahu berbahasa inggeris @ melayu.  majoriti x tahu berbahasa inggeris.  So bercakaplah dgn bahasa isyarat dan tulisan.

Ada juga deretan kedai khusus jual barangan dan baju sukan. Tak ingat pulak nama tempat tu.

Baiyun Lather Mall antara yang menjadi kegilaan kami,  beg duit jenama Prada cuma 70 yuen (rm35) sahaja. Apa kisah ori ke tidak, janji ada jenama hihihihih tetapi bagi yang nak berniaga sila datang awal, maknanya hari pertama sampai sebab banyak barangnya yg dijual borong dan perlu order dahulu.  So kami tak dpt sgt yg dihajati kerana kami shoppig di hari akhir kami di sana.

Mlm terakhir kami di sana, aku dan Gai ke Spa utk mengurut .... urut kaki saja.  Sgt murah, untuk 70 minit, cuma 98 yuen (rm46), pakej tu siap urut bahu dan bekam angin.  Rendam kaki dalam air suam dulu sambil bahu diurut, then ada bantal batu suam untuk letak di belakang badan sambil kaki di urut.  Siap diberi teh dan buah tomato cherry untuk santapan semasa diurut.
Makanan terakhir aku pada mlm terakhir adalah mee tarik yg sgt special dari sebuah kedai Muslim tak jauh dr hotel.  Adunan tepung segar, hanya ditarik dgn tangan untuk dijadikan mee bila kita order.  mmg best, nyesal dah last2 baru rasa.  Kalau kutahu sedapnya mee tarik, setiap hari boleh pekena semangkuk.

Cadangan awal, kami teringin nak ke Baiyun Hill, taman botani terbesar di Asia, tetapi Baiyun Mall, tempat shopping lebih menarik2 minat kami ke sana.

Semasa mlm pertama kami merayap ke Jusco di sebelah hotel, kami jumpa seorg rakyat Msia.  Waktu tu kami nak beli chinese tea. Pilihan dgn harga yang perbagai.  Sales girl pulak tak reti ckp omputeh, susah betul nak tanya soalan. Masa tu tiba2 ada org tegur - boleh saya bantu, nak beli teh ke? kami pandang lelaki cina berkenaan.  Aku tanya - dari msia ke? Dia jawab yg dia dari Melaka.  Di tempat asing macam tu ada 2 kategori orang yang aku sgt seronok bila jumpa.  Pertamanya jumpa org Msia, tak kiralah bangsa/agama apa.  Keduanya jumpa orang Islam, tak kiralah juga bangsa apa.
So Mr Tan, org Melaka tu yg bantu kami beli teh yang berkualiti dan cadangkan kami melawat Baiyun Hill (sebelum kami terpesona dgn Baiyun Mall utk shopping)

13 oktober - kami berangkat pulang ke Msia.  Seperti airport Beijing, airport Guangzhou juga ketat kawalan keselamatan, kiranya habis 1 badan diraba.  Nak gelak pun ada, segan pun ada. Rantai bawah tudung pun diraba juga.  Jam 7, kami selamat sampai ... Aku sangkakan selepas 2 minggu aku akan balik dgn badan yg slim, maklumlah mula2 fikir payah nak makan di cina tapi rupanya berat tambah lg 2 kilo, haaaa ambik kau.  Semua sedap.

Sebelum pi penuh 1 beg sandang dgn maggie, holick, nasi goreng brahim, biskut, siap cili api lagi. Di Beijing breakfast kat bilik ja dgn makanan segera yg di bawa, sampai Guangzhou aku dah tak lalu nak makan semua tu.  Breakfast kat cafe hotel pula, hari2 makan roti dan pancake.

Perjalanan ini membuka mata dan minda kami.  Sangkakan kita ni dah maju sgt rupanya mereka jauh lebih advanced.  X perlu nak beli simcard China utk berhubung dgn keluarga di Malaysia sebab wifi ada di mana2. 

Sampai airport Msia kena tax pulak rm50 haiyaaaaaa.  Angin la juga, bukan membeli untuk berniaga, hanya barang2 sendiri dan souvenir utk kawan2 dan anak beranak je.

Hidangan pertama di Guangzhou ...


Belakang adalah restoran Nanyang Malay Style Curry - hebat ... Uncle Yang dari Malaysia membuka restoran masakan melayu di negara China.  Kedai ni mmg penuh dan menghidangkan masakan melayu.

Mee tarik - cuma 12 yuen semangkuk, nak pedas, tambah je sambal (mcm sambal tumis) yg tersedia dlm bekas atas setiap meja.

Brother berbaju biru si tukang tarik mee.  Mereka ini dari keturunan Xinjiang, sebab tu bentuk muka agak lain.

Disebalik kaunter mee tarik.
Jemput makan ....



Salah dari dari beberapa shopping complex yg khusus menjual segala barang berjenama tiruan.

Daging goreng, sup ikan dan bronkoli berperisa + nasi putih 5 mangkuk dan air teh cina - cukup utk 5 orang makan.  Kosnya 150 yuen = rm75.

Reatoran Abdullah tak jauh dari Baiyun Mall


Handbag Coach .... kelas kau maria ... 120yuen je = rm60

Times Square Guangzhou tak sehebat Times Square KL

Nora Danish je yg guna hangbag mcm ni hihihihihi sure lah dia punya ori.  I punya rm50 je. 


China Airline


Kedai Teh .... dari yg harga murah sampai yg harga beratus2 (Mr Tan - org Melaka)


Ni depan Restoran Mohamad - selepas selesai menjamu selera dgn hidangan kambing.  Masing2 pun senang hati tersengeh mcm kambing juga.

Kambing bakar yg menjadi kenangan ... sedapnyaaaaaaa





Beg Prada untuk anak dara ... mmmm rm60 ja.  Logo Prada tu pun dia cucuk depan kami hahahahaha

Untuk Danial

Untuk Haziq

2 comments:

nazju said...

Salam..
Puan.. nak tanya.. kat mana nak dptkan beg coach tu ye?

Mama Haziq, Danial, Nabila dan Anis said...

Dekat Baiyun Mall. Area Baiyun (nama tempat) ada banyak bangunan2 yg jual barang2 tiruan ni. Tapi kena round kedai2 berkenaan. Yg saya dapat kat 1 kedai dalam bangunan Baiyun World Leather Trading Center(gambar).