Bila nama naik untuk lawatan kerja ke Beijing dan Guangzhou, terbayang2 berjalan di Petaling Street, terbayang China Town di Malaysia, kedai2 makan yang mmmm dengan daging2 kerbau pendek yang bergantungan, terbayang juga gangster2 yg penuh tatoo ... errrrrr boleh ke nak hidup 2 minggu ni, sure kurus dan penuh waspada ...
Perjalanan baru bermula |
Noran (Bos Beijing Office), Gai, Aku dan Amizan |
My first chinese food - semuanya sedap, tapi ni baru starter belum penuh meja lagi |
Rohaiza dan Zhou Dan (local staff) - kedai ni memang sedapppp sebab makanan cinanya pedas2 belaka. |
Yashow - kedai kain baju dan cenderahati |
Slaid untuk turun dari great wall, nak turun dgn cable car pun boleh ja |
Dapat juga tengok panda ... comelnya .... |
Di Zoo Beijing |
Kami (Aku, Gai dan Mizan) dijemput oleh Pengarah pejabat sana, terus ke hotel Renaissance utk checkin dulu, then thari keluar for lunch ngan Pengarah dan Timb Pengarah Beijing. Lunch di restaurant 'halal' cina. Makan ala2 cina. mmm kena je ngan tekak aku, semua sedap cuma tak pedas. Then terus ke office untuk briefing tugasan2 esoknya. Oh ya, hari kami sampai seluruh China menyambut National Day, so opis tutup sebenarnya.
Mlm Rohaiza, staff opis Beijing bawa kami makan ke Kedai Palestin, pekena nasi kabsah. China dah open, nak makan apa pun semua ada.
2 Okt - Seharian di opis sampai jam 8 malam. Memang penat gila. Oleh sebab hotel sebelah opis, so waktu lunch kami balik solat dan makan maggie saja. Mlmnya kami makan kat 1 lg kedai Cina Muslim (kali ni kedai agak kecil berbanding semalam). Tapi makanannya mmg kena kena ngan tekak sebab kali ni pedas2 belaka.
Tapi bestnya bos bawa lunch @ dinner di tempat2 special - makan masakan Indonesia di Restauran Padang yang diusahakan oleh Cina Muslim Indon. Makan makanan arab di 1001 night restauran, siap tarian gelek lagi. Haaaa penari geleknya pompuan cina, terkedu tengok. Kami juga makan masakan India. Semestinya halal, ada logo halal tersendiri di Cina.
Oleh sebab dah pulun kerja sakan berhari2 sampai ke malam, akhirnya kami ada masa untuk melancong juga. Tempat shopping yang sempat singgah namanya tak salah Men dan Yashow. Sempat membeli cadar dari buluh, kain alas meja, tshirt, freeze magnet dan serba serbi yang perlu dibeli. Gai, awal2 lagi ckp nak tengok juga panda hehehehe, so kami sempat juga ke zoo Beijing semata2 nak tengok panda, white lion dan white tiger. Ke Niujie, kawasan majoriti Muslim, solat di masjid Niujie yang berusia 1000 tahun. Sangat seronok jumpa orang2 Islam di sana. Jumpa juga 2 keluarga dari Malaysia, anggota tudm yang berkursus di Beijing.
Area Niujie (kawasan Muslim di Beijing) |
Di Niujie Mosque, tak kenal pun dia org ni, tapi sangat berbahasa dan sudi untuk bergambar bersama. (walaupun nak cakap dengan dia org seperti ayam bercakap ngan itik) |
Permintaan aku pada bos Beijing, aku nak ke Great Wall, mmg tak sempurna ke Beijing tanpa ke Great Wall. So last day, seawal jam 6am, kami ke Great Wall di utara Beijing yang mengambil masa 2 jam utk sampai. Cuaca sejuk. Sekarang dah ada cable car, so naik guna cable car je dan turun guna slaid .... haaa ni yang best macam gelongsor tapi ada tempat duduk yang boleh adjust kelajuan.
Dalam Niujei Mosque |
Great wall |
Great Wall lagi ... |
No comments:
Post a Comment