Ini adalah pengalaman pertama menjejakkan kaki ke negara komunis ini. Dengan berita2 negatif yang tersebar melalui media masa, sudah semestinya aku sedikit cuak untuk ke sana tetapi fakta sebenarnya adalah sebaliknya. China mempunyai 22 provinces, aku mmg tak tahu banyak hal China tetapi apa yang diberitahu dan diamati sepanjang berada di sana terutamanya Beijing dan Guangzhou ....
1. Keselamatan - Beijing dan Guangzhou adalah kawasan yang selamat untuk pelancong, tidak ada kes ragut, boleh berjalan malam2 tanpa rasa takut. Rata2 warga asing di sana berpendirian begitu. Kenapa? Setiap sudut kawasan di bandar berkenaan dan bandar lain ada cctv. ada berani nak buat salah ? Pokoknya kalau ada kes ragut, cctv boleh trace dr mana peragut tu datang, keluar kot rumah mana ... aaa smp mcm tu sekali. jadi masing2 x berani buat salah wpun cctv tu belum tentu berfungsi ...
2. Kereta - sumpah ... sampai balik aku x nampak kereta buatan China iaitu Cherry di jalanraya sana. Beijing penuh dengan Audi, Merc, bmw, porche dan bentley. Yang kaya mmg sgt kaya. Porche dan Bently tu parking tepi2 jalan ja, bersepah. Teksi menggunakan hyundai elantra.
3. Car plate - setiap plate ada no hujung yg menunjukkan hari2 tertentu saja kereta boleh keluar di jalanraya. Kalau semua kereta keluar ke jln raya di Beijing, alamatnya macam semutlah isnya bergerak. So contohnya plate kereta yg berakhir ngan 1 - hanya boleh keluar di jalan pada hari isnin, rabu dan jumaat saja. begitu juga dgn nombor2 lain (contoh nombor - aku x ingat no apa utk hari apa). Mujur kereta opis guna plate kedutaan, so boleh keluar hari2.
4. Luasnya - Beijing adalah 8 kali ganda dr KL, Penduduknya 20juta org bersamaan penduduk Malaysia. Guangzhou adalah 4 kali ganda KL dan penduduknya lebih kurang 8 juta org. (ni sumber2 dari local staff di Beijing dan Guangzhou)
5. Kemajuan - memang terpegun dgn kemajuan Beijing dan Guangzhou ... subway mempunyai banyak laluan. Berselirat bawah tanah.
Subway map Di Guangzhou |
Subway Map Di Beijing |
6. Pengangkutan awam yang efisyen - Di Beijing ada juga sewaan basikal. heran juga mulanya nampak deretan basikal ditempat yg dikhaskan, berkunci. Zhou Dan, local staff kami di sana antara pengguna basikal sewa. Dia cuma perlu membeli kad mcm T&G dgn harga tak salah 400yuen, sekali beli saja kadnya, semua maklumat diri ada dlm kad berkenaan. So kad tu cuma perlu di touch pada tempat lekat handle basikal, basikal boleh dikeluarkan dari tempatnya dan boleh menggunakan basikal berkenaan untuk ke tempat kerja. Di kawasan opis, ada tempat basikal yg sama, dia cuma perlu masukkan basikal berkenaan ke tempatnya. Balik kerja pulak, dia akan ambil mana2 basikal yang ada untuk pulang ke rumah. (perkhidmatan basikal mcm ni x nampak pulak kat Guangzhou).
Zhou Dan dah ready nak balik rumah, dgn menggunakan basikal awam yang disewa |
7. Hartanah - harga hartanah di Beijing sgt2 tinggi, sewa bilik yg kecil saja dah 1600 yuen (rm800). Bayangkan kalau nak sewa rumah.
8. Berjalan di kota Beijing dan Guangzhou seperti berjalan di Malaysia. X terasa sebab dia org tak akan pandang kita dgn pandangan yg pelek.
9. Penduduk China hanya boleh ada 1 @ 2 anak bergantung pada daerah mana dia org tinggal.
10. Hidangan utama - bukan ba alif ba ya .... tetapi kambing. Mereka sgt suka kambing, kambing panggang yg seperti sate tetapi dicucuk pada besi adalah hidangan yg sgt popular. Memang sgt sedap, Hampir setiap hari aku makan kambing, ok ja. Terkedu juga sebab dia org lebih tahu mana yg terbaik, wpun dlm Islam disarankan mkn kambing.
11. Agama - majoriti rakyatnya tidak berugama. Islam adalah agama yang paling lama bertapak di China, lebih 1000 thn. Jumlah masyarakat islam di China lebih bnyk dr Melayu Islam di Malaysia. So bila bergaul dgn Muslim di sana terasa seperti aku yang mualaf .....
12. Mercun - paling kelakar, rakyatnya x dibenarkan bakar mercun, tak kiralah raya ke apa. Kerajaan China akan buat pesta bunga api besar2an. So rakyatnya akan ke acara berkenaan untuk tengok bunga api. mmmmm so kilang bunga api depa hanya untuk eksport agaknya.
13. Public toilet - hanya org2 yg tabah saja boleh masuk public toilet hahahahaha .... sebabnya depa tak cebok. So make sure time berjalan x minum bnyk air, bawa banyak tisu (boleh basahkan untuk tujuan beristinjak) atau bawa botol air mineral. Senang ckp, nak membuang, pergilah kat toilet restauran. kalau public toilet mau muntah hijau dulu sebelum melepaskan hajat.
14 - Ada bau - hihihihi bab ni pun selalu kami dok mengata dlm bahasa melayu kuat2, sah la depa x paham kan ... oleh sebab dia org ni tak cebok, maka bau hancing sgt2 biasa di kawasan yg ramai org. terutama kawasan tumpuan berjalan2 sbb di sini rakyat dr segala ceruk keluar. Maklumlah x cebok, kalau seorang oklah, ini kalau dah ramainya macam ulat, baunya ada kalanya menyengat hidung dan minda. Tapi di kawasan2 kerja, masalah bau ni tak ada sgt.
15. Pendidikan - menurut Zhou Dan, not fair. Contohnya, Zhou Dan berasal dari luar Beijing. Sekiranya dia berkahwin dan hanya menyewa di Beijing, anaknya tidak boleh bersekolah di Beijing, mesti sekolah di kampung ZHou Dan. Ini kerana di IC Zhou Dan tidak ada alamat Beijing. IC hanya boleh tukar alamat sekiranya dia membeli rumah di Beijing yang semestinya agak mustahil sebab harganya sgt2 mahal. Anaknya akan mengikut daerah kelahiran mengikut IC mak bapanya.
16. English - majoriti rakyat China tidak boleh berbahasa inggeris. So pandai2lah bawa diri.Senang cerita, nak kemana2 dgn naik teksi, make sure minta pekerja hotel menulis tempat yg nak dituju dlm bahasa China dan make sure bawa kad hotel supaya senang nak balik hotel. Banyak gunakan bahasa isyarat hahahaha.
17. Akta pengambilan tanah - Kerajaan China juga mengambil tanah2 rakyatnya utk tujuan pembangunan tetapi rakyat akan diberikan rumah2 perpindahan mengikut bilangan penghuni rumah/tanah yang diambil. Rumah perpindahan yang diberi pulak adalah apartment tetapi apartment di sana luasnya macam kondo. So bila kami lalu depa apartment yg driver opis Guangzhou tinggal, kami ternga-nga. wahhh mcm kawasan org kaya, sedangkan dia dapat rumah tu percuma bila kerajaan ambil tanah bapanya. Dia sebagai ahli keluarga juga dapat rumah sebuah.
18. Setiap pekerja perlu diberi elaun makan, tak salah rm700 sebulan dan elaun pakaian setiap tahun. Tapi tax yg dikenakan ke atas rakyatnya juga tinggi. Insuran juga mahal, kalau mati jgn harap waris nak terima duit insuran. Insuran tu hanya utk ada kecelakaan @ sakit ja.
19. Nak beli barang di Beijing - tawarlah hingga 70%. atau dptkan maklumat harga dahulu, then tawarlah serendah yg boleh.
20 - 2 bandar ni boleh diiktiraf bersih, jauh lebih bersih dr Malaysia. Memang tak nampak anjing dan kucing liar langsung. Aku tak pasti, samada binatang2 ni dihapuskan untuk membersihkan bandar atau semuanya dah jadi lauk.
**** lain2 akan diceritakan kemudian .....
Depa mmg terror bab copy mengcopy - haaa IE pun diciplak warna je ditukar hijau |
I love peach ... hidangan setiap hari kami diBeijing. |
tak ingat nama shopping complex ni (agaknya Mien, lbh krg mcm tu lah), tumpuan utk beli alas meja, cadar |
Guangzhou |
Guangzhou |
Ikan buruk, rupanya macam batu (sebelum) |
Ikan buruk, selepas jadi lauk, kulitnya tebal berlemak mmmm sedap |
Masjid Niujie |
LRT bawah tanah (subway) |
Memang China tak seperti yang aku fikirkan sebelum ni .... perjalanan ini membuka mata dan minda ....
No comments:
Post a Comment