Monday, October 21, 2013

China - Guangzhou ....



7 Oktober - Dari Beijing Ke Guangzhou memakan masa 3 jam lebih kurang.  Kami checkout jam 8am dan terus ke airport Beijing untuk flight jam 11 am.
Checkin flight tiada masalah, tak banyak songeh tetapi pemeriksaan keselamatan yang membuatkan kami letih betul.  Nak dibandingkan dgn polis Malaysia di KLIA memang jauh berbeza.  3 kali beg utk hand carry aku di scan.  Habis semua barang kena keluarkan sebabnya aku letak freeze magnet dan bedak dlm beg berkenaan.  Jenuh pulak nak kemas semula.  Nasib baik kami awal, so masih ada masa walaupun lama juga nak lepas pemeriksaan keselamatan.

Kami dijemput Kak Ain, Timbalan Pengarah Opis Guangzhou, terus ke Restoran Boston untuk makanan cina Muslim pertama di Guangzhou.  Tekak aku ok ja, habis nasi semangkok + kambing panggang lagi.

Then terus ke Westin Hotel.  Di Beijing bilik aku dan Gai bersebelahan dan ada connecting door tetapi di Guangzhou bilik kami bersebelahan tetapi tiada connecting door.  Aku ni sebenarnya agak lemah semangat lah juga walaupun nampak mcm gagah perkasa.  Sedikit rasa x selesa bila mula masuk ke bilik berkenaan.  Bermacam2 ayat yang di baca.  tetapi rasanya something in the room really don't like me hahahahaha akibatnya tengah malam2 buta tu aku capai handbeg, hphone dan tudung terus keluar dr bilik dan ketuk bilik Gai.  Esoknya kami  minta tukar bilik lain yg ada connecting door.  Nantilah aku ceritakan dalam entry akan datang apa yg berlaku malam tu ....

Cuaca Guangzhou seperti Malaysia cuma kering.  Hotel tak jauh dari Aeon (Jusco) dan Ikea.  So mlmnya kami merayap ke sana.

Seperti Beijing juga, kami bekerja sampai ke malam. Dah gelap baru sampai hotel, mmg sangat2 penat, rasa nak balik rumah ja. Tengahari beli bungkus saja tapi bos sana tetap entertain kami sebaiknya, merasa makanan Thai, nasi beriani kambing dan ke 1 restauran cina Xinjiang yang mmg sedap masakannya iaitu restauran Muhammad.  Cuma kena berhati nak order makanan, sebab portion sesuatu menu adakalanya besar.  Tapi kami ni, sebesar mana pun portion hidangan tu tetap habis.  Aku dan Mizan yg tukang menghabiskan.

Guangzhou yang paling best adalah shopping.  Haiyin - tempat jual kain, cadar dan langsir.  Ada 1 kedai yang peniaganya agak fasih berbahasa Melayu, namanya Ali (perempuan).  Ramai rakyat Msia kat kedai berkenaan.  Sebenarnya mmg agak lega bila berhadapan dgn orang sana yg tahu berbahasa inggeris @ melayu.  majoriti x tahu berbahasa inggeris.  So bercakaplah dgn bahasa isyarat dan tulisan.

Ada juga deretan kedai khusus jual barangan dan baju sukan. Tak ingat pulak nama tempat tu.

Baiyun Lather Mall antara yang menjadi kegilaan kami,  beg duit jenama Prada cuma 70 yuen (rm35) sahaja. Apa kisah ori ke tidak, janji ada jenama hihihihih tetapi bagi yang nak berniaga sila datang awal, maknanya hari pertama sampai sebab banyak barangnya yg dijual borong dan perlu order dahulu.  So kami tak dpt sgt yg dihajati kerana kami shoppig di hari akhir kami di sana.

Mlm terakhir kami di sana, aku dan Gai ke Spa utk mengurut .... urut kaki saja.  Sgt murah, untuk 70 minit, cuma 98 yuen (rm46), pakej tu siap urut bahu dan bekam angin.  Rendam kaki dalam air suam dulu sambil bahu diurut, then ada bantal batu suam untuk letak di belakang badan sambil kaki di urut.  Siap diberi teh dan buah tomato cherry untuk santapan semasa diurut.
Makanan terakhir aku pada mlm terakhir adalah mee tarik yg sgt special dari sebuah kedai Muslim tak jauh dr hotel.  Adunan tepung segar, hanya ditarik dgn tangan untuk dijadikan mee bila kita order.  mmg best, nyesal dah last2 baru rasa.  Kalau kutahu sedapnya mee tarik, setiap hari boleh pekena semangkuk.

Cadangan awal, kami teringin nak ke Baiyun Hill, taman botani terbesar di Asia, tetapi Baiyun Mall, tempat shopping lebih menarik2 minat kami ke sana.

Semasa mlm pertama kami merayap ke Jusco di sebelah hotel, kami jumpa seorg rakyat Msia.  Waktu tu kami nak beli chinese tea. Pilihan dgn harga yang perbagai.  Sales girl pulak tak reti ckp omputeh, susah betul nak tanya soalan. Masa tu tiba2 ada org tegur - boleh saya bantu, nak beli teh ke? kami pandang lelaki cina berkenaan.  Aku tanya - dari msia ke? Dia jawab yg dia dari Melaka.  Di tempat asing macam tu ada 2 kategori orang yang aku sgt seronok bila jumpa.  Pertamanya jumpa org Msia, tak kiralah bangsa/agama apa.  Keduanya jumpa orang Islam, tak kiralah juga bangsa apa.
So Mr Tan, org Melaka tu yg bantu kami beli teh yang berkualiti dan cadangkan kami melawat Baiyun Hill (sebelum kami terpesona dgn Baiyun Mall utk shopping)

13 oktober - kami berangkat pulang ke Msia.  Seperti airport Beijing, airport Guangzhou juga ketat kawalan keselamatan, kiranya habis 1 badan diraba.  Nak gelak pun ada, segan pun ada. Rantai bawah tudung pun diraba juga.  Jam 7, kami selamat sampai ... Aku sangkakan selepas 2 minggu aku akan balik dgn badan yg slim, maklumlah mula2 fikir payah nak makan di cina tapi rupanya berat tambah lg 2 kilo, haaaa ambik kau.  Semua sedap.

Sebelum pi penuh 1 beg sandang dgn maggie, holick, nasi goreng brahim, biskut, siap cili api lagi. Di Beijing breakfast kat bilik ja dgn makanan segera yg di bawa, sampai Guangzhou aku dah tak lalu nak makan semua tu.  Breakfast kat cafe hotel pula, hari2 makan roti dan pancake.

Perjalanan ini membuka mata dan minda kami.  Sangkakan kita ni dah maju sgt rupanya mereka jauh lebih advanced.  X perlu nak beli simcard China utk berhubung dgn keluarga di Malaysia sebab wifi ada di mana2. 

Sampai airport Msia kena tax pulak rm50 haiyaaaaaa.  Angin la juga, bukan membeli untuk berniaga, hanya barang2 sendiri dan souvenir utk kawan2 dan anak beranak je.

Hidangan pertama di Guangzhou ...


Belakang adalah restoran Nanyang Malay Style Curry - hebat ... Uncle Yang dari Malaysia membuka restoran masakan melayu di negara China.  Kedai ni mmg penuh dan menghidangkan masakan melayu.

Mee tarik - cuma 12 yuen semangkuk, nak pedas, tambah je sambal (mcm sambal tumis) yg tersedia dlm bekas atas setiap meja.

Brother berbaju biru si tukang tarik mee.  Mereka ini dari keturunan Xinjiang, sebab tu bentuk muka agak lain.

Disebalik kaunter mee tarik.
Jemput makan ....



Salah dari dari beberapa shopping complex yg khusus menjual segala barang berjenama tiruan.

Daging goreng, sup ikan dan bronkoli berperisa + nasi putih 5 mangkuk dan air teh cina - cukup utk 5 orang makan.  Kosnya 150 yuen = rm75.

Reatoran Abdullah tak jauh dari Baiyun Mall


Handbag Coach .... kelas kau maria ... 120yuen je = rm60

Times Square Guangzhou tak sehebat Times Square KL

Nora Danish je yg guna hangbag mcm ni hihihihihi sure lah dia punya ori.  I punya rm50 je. 


China Airline


Kedai Teh .... dari yg harga murah sampai yg harga beratus2 (Mr Tan - org Melaka)


Ni depan Restoran Mohamad - selepas selesai menjamu selera dgn hidangan kambing.  Masing2 pun senang hati tersengeh mcm kambing juga.

Kambing bakar yg menjadi kenangan ... sedapnyaaaaaaa





Beg Prada untuk anak dara ... mmmm rm60 ja.  Logo Prada tu pun dia cucuk depan kami hahahahaha

Untuk Danial

Untuk Haziq

Friday, October 18, 2013

China - disebalik apa yang difikirkan

'Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Negeri China' - walaupun hadis Rasulullah s.a.w ini ada yang mempertikaikannya tetapi aku lebih suka mengambil yang positif dari hadis ini.

Ini adalah pengalaman pertama menjejakkan kaki ke negara komunis ini.  Dengan berita2 negatif yang tersebar melalui media masa, sudah semestinya aku sedikit cuak untuk ke sana tetapi fakta sebenarnya adalah sebaliknya.  China mempunyai 22 provinces, aku mmg tak tahu banyak hal China tetapi apa yang diberitahu dan diamati sepanjang berada di sana terutamanya Beijing dan Guangzhou ....

1. Keselamatan - Beijing dan Guangzhou adalah kawasan yang selamat untuk pelancong, tidak ada kes ragut, boleh berjalan malam2 tanpa rasa takut.  Rata2 warga asing di sana berpendirian begitu.  Kenapa? Setiap sudut kawasan di bandar berkenaan dan bandar lain ada cctv.  ada berani nak buat salah ? Pokoknya kalau ada kes ragut, cctv boleh trace dr mana peragut tu datang, keluar kot rumah mana ... aaa smp mcm tu sekali.  jadi masing2 x berani buat salah wpun cctv tu belum tentu berfungsi ...

2.  Kereta - sumpah ... sampai balik aku x nampak kereta buatan China iaitu Cherry di jalanraya sana.  Beijing penuh dengan Audi, Merc, bmw, porche dan bentley.  Yang kaya mmg sgt kaya.  Porche dan Bently tu parking tepi2 jalan ja, bersepah.  Teksi menggunakan hyundai elantra.

3.  Car plate - setiap plate ada no hujung yg menunjukkan hari2 tertentu saja kereta boleh keluar di jalanraya.  Kalau semua kereta keluar ke jln raya di Beijing, alamatnya macam semutlah isnya bergerak.  So contohnya plate kereta yg berakhir ngan 1 - hanya boleh keluar di jalan pada hari isnin, rabu dan jumaat saja. begitu juga dgn nombor2 lain (contoh nombor - aku x ingat no apa utk hari apa). Mujur kereta opis guna plate kedutaan, so boleh keluar hari2.

4. Luasnya - Beijing adalah 8 kali ganda dr KL, Penduduknya 20juta org bersamaan penduduk Malaysia.  Guangzhou adalah 4 kali ganda KL dan penduduknya lebih kurang 8 juta org.  (ni sumber2 dari local staff di Beijing dan Guangzhou)

5. Kemajuan - memang terpegun dgn kemajuan Beijing dan Guangzhou ... subway mempunyai banyak laluan. Berselirat bawah tanah.











Subway map Di Guangzhou

Subway Map Di Beijing

6. Pengangkutan awam yang efisyen - Di Beijing ada juga sewaan basikal.  heran juga mulanya nampak deretan basikal ditempat yg dikhaskan, berkunci. Zhou Dan, local staff kami di sana antara pengguna basikal sewa.  Dia cuma perlu membeli kad mcm T&G dgn harga tak salah 400yuen, sekali beli saja kadnya, semua maklumat diri ada dlm kad berkenaan.  So kad tu cuma perlu di touch pada tempat lekat handle basikal, basikal boleh dikeluarkan dari tempatnya dan boleh menggunakan basikal berkenaan untuk ke tempat kerja.  Di kawasan opis, ada tempat basikal yg sama, dia cuma perlu masukkan basikal berkenaan ke tempatnya.  Balik kerja pulak, dia akan ambil mana2 basikal yang ada untuk pulang ke rumah. (perkhidmatan basikal mcm ni x nampak pulak kat Guangzhou).


Zhou Dan dah ready nak balik rumah, dgn menggunakan basikal awam yang disewa

7.  Hartanah - harga hartanah di Beijing sgt2 tinggi, sewa bilik yg kecil saja dah 1600 yuen (rm800).  Bayangkan kalau nak sewa rumah.

8.  Berjalan di kota Beijing dan Guangzhou seperti berjalan di Malaysia.  X terasa sebab dia org tak akan pandang kita dgn pandangan yg pelek.

9.  Penduduk China hanya boleh ada 1 @ 2 anak bergantung pada daerah mana dia org tinggal.

10.  Hidangan utama - bukan ba alif ba ya .... tetapi kambing.  Mereka sgt suka kambing, kambing panggang yg seperti sate tetapi dicucuk pada besi adalah hidangan yg sgt popular.  Memang sgt sedap, Hampir setiap hari aku makan kambing, ok ja. Terkedu juga sebab dia org lebih tahu mana yg terbaik, wpun dlm Islam disarankan mkn kambing.

11.  Agama - majoriti rakyatnya tidak berugama.  Islam adalah agama yang paling lama bertapak di China, lebih 1000 thn.  Jumlah masyarakat islam di China lebih bnyk dr Melayu Islam di Malaysia.  So bila bergaul dgn Muslim di sana terasa seperti aku yang mualaf .....

12.  Mercun - paling kelakar, rakyatnya x dibenarkan bakar mercun, tak kiralah raya ke apa.  Kerajaan China akan buat pesta bunga api besar2an.  So rakyatnya akan ke acara berkenaan untuk tengok bunga api.  mmmmm so kilang bunga api depa hanya untuk eksport agaknya.

13. Public toilet - hanya org2 yg tabah saja boleh masuk public toilet hahahahaha .... sebabnya depa tak cebok.  So make sure time berjalan x minum bnyk air,  bawa banyak tisu (boleh basahkan untuk tujuan beristinjak) atau bawa botol air mineral.  Senang ckp, nak membuang, pergilah kat toilet restauran.  kalau public toilet mau muntah hijau dulu sebelum melepaskan hajat.

14 - Ada bau - hihihihi bab ni pun selalu kami dok mengata dlm bahasa melayu kuat2, sah la depa x paham kan ... oleh sebab dia org ni tak cebok, maka bau hancing sgt2 biasa di kawasan yg ramai org. terutama kawasan tumpuan berjalan2 sbb di sini rakyat dr segala ceruk keluar.  Maklumlah x cebok, kalau seorang oklah, ini kalau dah ramainya macam ulat, baunya ada kalanya menyengat hidung dan minda. Tapi di kawasan2 kerja, masalah bau ni tak ada sgt.

15.  Pendidikan - menurut Zhou Dan, not fair.  Contohnya, Zhou Dan berasal dari luar Beijing.  Sekiranya dia berkahwin dan hanya menyewa di Beijing, anaknya tidak boleh bersekolah di Beijing, mesti sekolah di kampung ZHou Dan.  Ini kerana di IC Zhou Dan tidak ada alamat Beijing. IC hanya boleh tukar alamat sekiranya dia membeli rumah di Beijing yang semestinya agak mustahil sebab harganya sgt2 mahal. Anaknya akan mengikut daerah kelahiran mengikut IC mak bapanya.

16.  English - majoriti rakyat China tidak boleh berbahasa inggeris.  So pandai2lah bawa diri.Senang cerita, nak kemana2 dgn naik teksi, make sure minta pekerja hotel menulis tempat yg nak dituju dlm bahasa China dan make sure bawa kad hotel supaya senang nak balik hotel. Banyak gunakan bahasa isyarat hahahaha.

17.  Akta pengambilan tanah - Kerajaan China juga mengambil tanah2 rakyatnya utk tujuan pembangunan tetapi rakyat akan diberikan rumah2 perpindahan mengikut bilangan penghuni rumah/tanah yang diambil. Rumah perpindahan yang diberi pulak adalah apartment tetapi apartment di sana luasnya macam kondo.  So bila kami lalu depa apartment yg driver opis Guangzhou tinggal, kami ternga-nga.  wahhh mcm kawasan org kaya, sedangkan dia dapat rumah tu percuma bila kerajaan ambil tanah bapanya.  Dia sebagai ahli keluarga juga dapat rumah sebuah.

18.  Setiap pekerja perlu diberi elaun makan, tak salah rm700 sebulan dan elaun pakaian setiap tahun.  Tapi tax yg dikenakan ke atas rakyatnya juga tinggi.  Insuran juga mahal, kalau mati jgn harap waris nak terima duit insuran.  Insuran tu hanya utk ada kecelakaan @ sakit ja.

19.  Nak beli barang di Beijing - tawarlah hingga 70%.  atau dptkan maklumat harga dahulu, then tawarlah serendah yg boleh. 

20 - 2 bandar ni boleh diiktiraf bersih, jauh lebih bersih dr Malaysia.  Memang tak nampak anjing dan kucing liar langsung.  Aku tak pasti, samada binatang2 ni dihapuskan untuk membersihkan bandar atau semuanya dah jadi lauk.

**** lain2 akan diceritakan kemudian .....

Depa mmg terror bab copy mengcopy - haaa IE pun diciplak warna je ditukar hijau

I love peach ... hidangan setiap hari kami diBeijing.

tak ingat nama shopping complex ni (agaknya Mien, lbh krg mcm tu lah), tumpuan utk beli alas meja, cadar

Guangzhou
Guangzhou


Ikan buruk, rupanya macam batu (sebelum)

Ikan buruk, selepas jadi lauk, kulitnya tebal berlemak mmmm sedap


Masjid Niujie

LRT bawah tanah (subway)

Memang China tak seperti yang aku fikirkan sebelum ni .... perjalanan ini membuka mata dan minda ....

China - Beijing .... satu perjalanan


Bila nama naik untuk lawatan kerja ke Beijing dan Guangzhou, terbayang2 berjalan di Petaling Street, terbayang China Town di Malaysia, kedai2 makan yang mmmm dengan daging2 kerbau pendek yang bergantungan, terbayang juga gangster2 yg penuh tatoo ... errrrrr boleh ke nak hidup 2 minggu ni, sure kurus dan penuh waspada ...

Perjalanan baru bermula
Noran (Bos Beijing Office), Gai, Aku dan Amizan

My first chinese food - semuanya sedap, tapi ni baru starter belum penuh meja lagi
Rohaiza dan Zhou Dan (local staff) - kedai ni memang sedapppp sebab makanan cinanya pedas2 belaka.
Yashow - kedai kain baju dan cenderahati
Tapi sebaik saja kaki melangkah turun dari kapalterbang pada 1 Oktober 2013 jam 7.30 pagi (hampir 6 jam perjalanan), semua yang ada dalam kepala bertukar 360 darjah.  Tengok airport Beijing saja wahhhhh 2-3 kali ganda dari KLIA rasanya.  AIrport Beijing seperti KLIA, flight antarabangsa ada terminal sendiri dan kena naik train tapi jaraknya dari terminal ke main terminal agak jauh dan ada 1 lagi terminal in between.   
Slaid untuk turun dari great wall, nak turun dgn cable car pun boleh ja

Dapat juga tengok panda ... comelnya ....
Di Zoo Beijing

Kami (Aku, Gai dan Mizan) dijemput oleh Pengarah pejabat sana, terus ke hotel Renaissance utk checkin dulu, then thari keluar for lunch ngan Pengarah dan Timb Pengarah Beijing.  Lunch di restaurant 'halal' cina.  Makan ala2 cina.  mmm kena je ngan tekak aku, semua sedap cuma tak pedas. Then terus ke office untuk briefing tugasan2 esoknya.  Oh ya, hari kami sampai seluruh China menyambut National Day, so opis tutup sebenarnya.

Mlm Rohaiza, staff opis Beijing bawa kami makan ke Kedai Palestin, pekena nasi kabsah.  China dah open, nak makan apa pun semua ada.

2 Okt - Seharian di opis sampai jam 8 malam.  Memang penat gila. Oleh sebab hotel sebelah opis, so waktu lunch kami balik solat dan makan maggie saja. Mlmnya kami makan kat 1 lg kedai Cina Muslim (kali ni kedai agak kecil berbanding semalam).  Tapi makanannya mmg kena kena ngan tekak sebab kali ni pedas2 belaka.

Tapi bestnya bos bawa lunch @ dinner di tempat2 special - makan masakan Indonesia di Restauran Padang yang diusahakan oleh Cina Muslim Indon.  Makan makanan arab di 1001 night restauran, siap tarian gelek lagi.  Haaaa penari geleknya pompuan cina, terkedu tengok.  Kami juga makan masakan India.  Semestinya halal, ada logo halal tersendiri di Cina.

Oleh sebab dah pulun kerja sakan berhari2 sampai ke malam, akhirnya kami ada masa untuk melancong juga.  Tempat shopping yang sempat singgah namanya tak salah Men dan Yashow.  Sempat membeli cadar dari buluh, kain alas meja, tshirt, freeze magnet dan serba serbi yang perlu dibeli. Gai, awal2 lagi ckp nak tengok juga panda hehehehe, so kami sempat juga ke zoo Beijing semata2 nak tengok panda, white lion dan white tiger.  Ke Niujie, kawasan majoriti Muslim, solat di masjid Niujie yang berusia 1000 tahun.  Sangat seronok jumpa orang2 Islam di sana.  Jumpa juga 2 keluarga dari Malaysia, anggota tudm yang berkursus di Beijing.
Area Niujie (kawasan Muslim di Beijing)
Tak ketinggalan Tiananmen Square, tapi tak masuk Forbideen City, sebab untuk round dalam Forbidden City akan mengambil masa sekurangnya 3 jam. 
Di Niujie Mosque, tak kenal pun dia org ni, tapi sangat berbahasa dan sudi untuk bergambar bersama. (walaupun nak cakap dengan dia org seperti ayam bercakap ngan itik)

Permintaan aku pada bos Beijing, aku nak ke Great Wall, mmg tak sempurna ke Beijing tanpa ke Great Wall.  So last day, seawal jam 6am, kami ke Great Wall di utara Beijing yang mengambil masa 2 jam utk sampai.  Cuaca sejuk.  Sekarang dah ada cable car, so naik guna cable car je dan turun guna slaid .... haaa ni yang best macam gelongsor tapi ada tempat duduk yang boleh adjust kelajuan.

Dalam Niujei Mosque
Great wall

Great Wall lagi ...
7 Oktober - kami berangkat ke Guangzhou .... kelakarnya 1 beg amizan yang sarat dengan barang yang dibeli terpaksa dikirim pada bos Beijing untuk bawa balik KL.  Sib baik dia kena balik KL minggu berikutnya sebab tugas, so dialah yang bawakan beg Amizan, kalau tak, mau meleleh ayaq mata bayar excess baggage.  So kami fly dengan China Airline, memang mengkagumkan, flight domestik dia org guna flight yang besar macam internasional flight Malaysia.  Penuh penumpang dan penerbangan ke Guangzhou saja hampir setiap 1/2 jam .  Oleh sebab kami dah request for halal food, kenyang jugalah 4 jam penerbangan tu.