23 Jun naik bas mlm ke Tioman, smp jeti Mersing jam 3.30 pg mmmm laju gak basnya. Dlm kul 9 lebih smp ke Pulau. Kali ke-2 menjejakkan kaki ke Tioman, suasana nampak tak bnyk berubah, selepas 10 thn yg lalu aku ke sana ngan family, masa tu si Ayang baru beberapa bulan.
Kursusnya mmm oklah, penat sbb kelas siang malam. Bnyk aktiviti luar yg agak mencabar untuk org yg berusia macam aku ni.
Produk update, aku join group gi snokling ......... snokling? untuk org yg takut ngan air macam aku?
walaupun bertemankan cikgu snokling yg handsome, yg ajar geng2 tak reti mcm aku ni, sampai sudah aku tetap takut nak turun ke air dalam.
Fatimah, member yg ikut sekali, siap ajar aku 1 by 1 kat tepi pantai, itupun aku dah rasa nak tenggelam wpun air paras pinggang ja. So bila sampai kat laut yg dlm, mmmm aku dok atas bot ja lah, turun ja sikit kat tangga, tenggelamkan muka ..... sumpah aku mmg fobia air dalam dan bnyk mcm tu. bkn ikan cantik yg dalam kepala tapi dasar laut dalam yg aku kenang2kan.
Masa kat marine park, aku cuma dok tepi tangga jeti yg bawah sekali dan tenggelamkan kepala hahahaha smp budak2 tu ckp, 'kakzu, baik selam kepala dlm baldi ja' ... hampeh betui .... anyway aku sebenarnya nak naik bot laju tu ja ....
Masa ni cuaca Malaysia berjerebu. abah membebal ja aku nak ke tioman sbb mmg Johor teruk jerebu. KL/Putrajaya/Sepang pun dah mula teruk. tapi aku nak pi juga, yalah nama dah naik ... tak pergi nanti sure kena surcharge. tapi alhamdullilah, kat Tioman cuaca sgt cantik, bersih. walaupun minggu sebelumnya tioman antara yg teruk kena jerebu.
27 Jun, balik KL. Sempat bercakap ngan org unit training, no more Damai Beach Rst for training next time. dan dia org pun mmg tak akan htr org ke resort tu lagi. Sebabnya ... service sgt teruk, makan pun bercatu. Bilik pun teruk, lubang sana sini. tempat kursus yg teruk ngan bilik air di luar, tepi jalan lak tu .... kalau pi sana utk jalan2 oklah ...
mmm bila pulak nama nak naik utk training ?????
Gabungan bentuk - kulpulan kami buat kepala gajah, dah cantum2, jadi jugalah rupa gajah .... |
Dalam Mahligai Pasir Berdengung, bersama tenaga pengajar mmmm budak2 semua, level anak2 buah ja |
My roommate - Liza, staff Admin |
Damai yang tak berapa damai ... hentam ja lah |
(Joe Wings) Kebetulan jumpa kumpulan Wings di Damai Rst - rupanya dia org ni geng diving .... ingat rockers tau naik motor besaq ja ... |
No comments:
Post a Comment