2 Jun, petang selepas selesai majlis kawin Hariz, aku terima sms dr omar, yg di fwd oleh Nana, anak abg din. Along Faisal meninggal tengahari dan dikebumikan di Bangi.
Terkedu, sangat2 sedih , tak mampu nak cakap apa2. Allah maha mengetahui rezeki dan umur kita.
Masa kita entah bila pula. Dari Allah kita datang, pada Allah kita kembali. Semoga rohnya dalam peliharaan Allah dan ditempatkan dalam golongan orang2 beriman.
Dihari yang sama juga, anak Abg Zaili, rakan sekerja yg dah hampir setahun menderita barah hidung juga meninggal di HUKM. Anak abg zaili sebaya Haziq, baru 19 thn. Semua urusan hidup kita adalah milik Allah.
Dan aku tersedar dari lamunan yang panjang ..... apa yg aku cari dalam hidup ini. Apa yg aku impikan. Apa nilai seorang manusia .... masa yang tinggal untuk kita mungkin hanya seketika. Masa yang ada gunakanlah utk kembali pada jalan Allah. Masa yang ada, jadilah org yg baik. Jangan hidup bermegah, jangan sombong, jangan meninggi diri kerana masa untuk kita mungkin tak lama .... Semoga hidup kami dalam iman dan mati kami dalam iman.
Ya Allah, semoga ditempat mereka2 yang telah kembali mengadapmu dalam golongan org beriman.
Tiba2 teringat arwah mak .....
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment