Friday, July 12, 2013

Mana Miki ......

Sehari selepas aku ke Tioman, Miki tak balik.  Kata anak2 last sekali nampak Miki hari Isnin, Selasa dah tak nampak sampai sekarang.
Kami cari kat area taman perumahan ni, tapi tetap tak jumpa.  Walaupun Miki jantan tapi Miki dah di kasi, so dia mmg tak akan merayau cari mak we. Pernah jugalah Miki tak balik 2 hari, tapi kemudian dia tetap balik.  Ni dah lebih 2 minggu ... rindu sgt2 ngan Miki.
Rasanya umur Miki dah 6 tahun. Tapi sebelum Miki hilang, tak nampak tanda2 Miki sakit.
Matikah dia ... aku pernah sampai termimpi jumpa Miki dalam keadaan cedera.  Abah pula mimpi Miki jumpa Miki mati dlm longkang.

Miki adalah kucing kesayangan kami semua terutama arwah mak.  Dulu tempat lepak Miki adalah di atas katil mak.  Sampaikan budak2 ni selalu ckp, bau miki dah macam bau tok.
Selepas mak meninggal, nampak sgt Miki stress, dia tak ceria mcm selalu, makan pun tak. Bilik mak, bila aku dah kemaskan dan jadi bilik Amok dan Haziq, miki dah tak lepak situ lagi. Mungkin tak sama suasana bilik budak2 tu dan bilik mak.

Mana miki .... balik lah miki ... rindu sgt ngan miki .....


No comments: