Friday, May 17, 2013

Along Faisal (cucu Mamak Mohd Yudin)

Minggu lepas, kakak msg, Along Faisal di HKL kerana kanser stage 4.

Beberapa kali aku baca msg tu sblm call kakak utk maklumat lanjut.  Along kena kanser! mmg mengalir air mata aku.
Faisal bin Ahmad Sabri adalah anak kepada Arwah Kak Minah dan Abg Sabri, cucu kepada mamak Mohd Yudin bin Mohd Jabar.  aku dan arwah kak minah adalah sepupu.  Kak Minah adalah bekas guru SRK Mohd Jabar dan suaminya adalah bekas guru besar di sekolah yg sama.

Keluar arwah kak minah adalah antara keluarga abah sebelah Raub yg mula2 aku kenal.  Aku masih ingat lagi, zaman aku sekolah, pertama kali mak bawa aku ke Raub, masa tu arwah Cu Zainab masih ada lagi.  Dulu mana ada telefon secanggih sekarang, mana ada sosial media nak eratkan hubungan.

Bila aku sambung belajar di ITM pahang pada 1989, kebetulan rakan sekelas, Nazri, adalah org Raub dan  kakaknya berkahwin dgn anak kepada Wa Zaimah (cucu kpd mamak Mat Yudin).  So bila ada cuti, aku akan ikut Nazri balik ke Raub.  Rumah yg aku lepak adalah rumah wa dan kak minah.  Kak Minah ada 4 org anak, 2 lelaki, 2 perempuan.  Aku paling suka lepak rumah kak minah kerana anak2 kak minah hampir sebaya aku.  Masa tu arwah mamak masih hidup, abg rauf pun belum berkahwin.  Memang mulanya agak janggal bila anak2 saudara yg lebih tua memanggil aku 'Maksu'.

Hanya Allah saja yang tahu betapa baiknya keluarga arwah kak minah, walaupun dah remaja baru aku kenal sepupu dan anak2 saudara, aku rasa macam dah lama kenal mereka.  Masa tu along juga belajar di ITM.
Ditakdirkan juga Along masa tu bercinta dgn kak Lia,  dulu kak lia tinggal bersama kakaknya yg juga guru di SRK Mohd Jabar, dan mereka berjiran.  Keluarga kak lia pulak berasal dari Alor Setar, yg juga merupakan jiran aku semasa kami tinggal di Lorong Keriang. (sebelum berpindah ke Tandop).  Semuanya kebetulan.

Cuma selepas aku ke ITM Shah Alam, aku dah jarang balik Raub.  Apalagi Nazri juga dah tak sekelas.  Yalah dulu harap public phone saja, 6 blok cuma ada 2 phone.  Bila dah kawin dan beranak pinak lagilah jarang2 sgt jumpa keluarga Along.

beberapa tahun lepas, masa arwah kak minah dimasukkan ke HUKM, aku beberapa kali menziarahinya.  Bila Along call ckp arwah meninggal, aku terus ke HUKM, jenazah kak minah aku mandikan bersama anak dan menantunya.  Itu saja yg mampu aku buat utk kali terakhir pada seorang kakak yg sangat baik.

Bila pindah ke Sepang, aku ada msg Along, nanti aku nak kerumahnya lepas dia balik dari Mekah.  Namun seperti biasa, sibuk dgn urusan sendiri sampaikan aku tak ada masa nak ke rumah Along.  Hajat hati, nak juga ke rumah Along sbb nak wakilkan kakak menjemput Along ke kenduri kakak bkn Jun nanti.  Namun aku sgt terkejut bila kakak inform yg Along di HKL menjalani rawatan kanser.  Kakak pun tahu masa dia ke rumah Kak Norain (kakak ipar ALong).

So Sabtu lepas, aku ziarah Along di HKL, sebak rasa hati.  Along tak macam dulu.  Along terlantar, rambut dah tak ada akibat kimo, badan susut.  Aku tahu Along semmestinya 'down' bila tahu dia ada kanser selepas balik dari Mekah, sebab kak minah meninggal sebab kanser dan abg omar juga meninggal sebab kanser.
kata kak lia, along tak ada tanda2 sakit, cuma sakit kaki sebelum ke Mekah.  sakit kaki melarat selepas balik dr Mekah.  rupanya Along ada kanser paru2, yg dah melarat ke tulang belakang dan sekarang dah merebak ke dlm tulang.
Allah maha mengetahui.  Semoga Allah menyembuhkan sakit Along dan memberi kebahagian semula pada keluarga Along,  dan semoga Allah kuatkan semangat keluarga Along dalam menghadapi saat2 sukar ini.

Tuesday, May 14, 2013

Pilihanraya Ke 13 ...


Mujur sangat2 kenduri kawin sebelah keluarga lelaki (suami kak long) ditunda ke 12 Mei.  Kalau tak, aku pun tak tau mcm mana nak buat, mengundi @ kenduri.  Dan syukur sgt pilihanraya tidak jatuh pada 27 April, hari kenduri kak long kawin.  desas desus cakap PRU 27 April, tapi kami awal dah decide, kalau 27 April, maka kami akan terus blk kg utk kenduri, tunggu pru 14 baru ngundi.  So parancangan Allah adalah yg terbaik, alhamdullilah ...

Mungkin agak sensitive bagi setengah org bila bercakap bab politik. tapi sekarang zaman dah berubah, tak de sembunyi2 lagi apa yg kita sokong.  So cuti 1 Mei, sebab tak tahu nak kemana, Danial cadangkan kami pi dengar ceramah politik mmmmm ok juga tu, so kami sekeluarga ke Putrajaya, program ceramah PR, dgn tetamu DSAI.  Budak2 sekarang tak macam dulu, dia org dah boleh berhujah dan ada pendapat sendiri.  Bukan sebab mak bapa yg influence tapi dunia siber adalah dunia mereka dan segala maklumat yg diperlukan hanya dihujung jari.  So, dia org nak sokong siapa pun adalah hak mereka. 


Balik dr ceramah, lepak2 kat restaurant tepi tasik, then ke bangunan KPL, utk tengok pameran lukisan dan giant shoes.  Then balik rumah .... hari dah petang .....


besarkan kasut ni .........

5 Mei - hari PRU ke 13.  Kami keluar rumah sekeluarga jam 8.45, terus ke Bandar Tun Razak, aku ngundi dulu.  mmg agak terkejut sebab aku tak pernah miss mengundi tapi  pertama kali aku tengok rakyat bersemangat mengundi.  Aku ambil masa 1 jam lebih utk selesai mengundi.  Jumpa juga kawan2 lama.  Then terus ke Sentul, sebab abah ngundi di sana.  Tapi budak2 semua kami tinggalkan kat Lestari, jumpa kawan2 lama dia org.

Di Sentul juga ambik masa yg lama, hampir 2 jam baru abah selesai mengundi.  Nape org ramai sgt niiii ... udahla cuaca panasssss walaupun hujan turun pada tengahari.  Meriah betul PRU, raya pun tak semeriah macam ni. 

Lepas ambik bdk2 dr Lestari, kami singgah makan dulu.  Abah terjumpa kawan lama, soalan pertama abah - eh tak ngundi ke, sambil tunjuk jari mejari dia yg bersih tanpa dakwat.  Jawab kawan abah, aku kul 8 dah ngundi, balik rumah masuk keta dah hilang dakwat ... mmmmm .  jawab abah, awal sgt kau ngundi, dakwat cair lagi, kami yg lewat ni dakwat dah pekat .....

So selesai tugas sebagai warganegara Malaysia.  malamnya kami semua tidur jam 3 pagi, menunggu keputusan. sib baik budak2 cuti , aku? EL lah apa lagi, mata tak boleh bukak.  tapi aku dengar cite, kat opis ramai yg EL, yg dtg kerja pun semuanya melentokkkk mengantuk.

Kat rumah, aku dan bdk2 sibuk buat analisis PRU hehehe macam wakil rakyat pulak.  Bagi budak2 open dan berfikir hal yang menjangkaui pemikiran sebagai pelajar,  yang hanya tahu seronok saja dlm dunia tersendiri.   Semestinya yg sgt suka bab politik adalah anak teruna ke 2 aku.  Dia tahu banyak sejarah2 lama hal politik yg aku pun kadang2 tak berapa nak ambik tahu. 

Keputusan pru yg agak mengejutkan.  Apa pun keputusan dah ada.  Sebetulnya aku frust bila Pas kalah di Kedah TAPI aku sangat suka dan bangga bila Mukriz menjadi MB Kedah, sangat berwibawa dan sangat layak.  Pesan aku pada anak2- Jangan jadi fanatic pada sesuatu parti. Adakala kita perlu tengok pada kewibawaan pemimpin tak kira di parti mana dia berada.  Semua Allah yang tentukan ... dan setiap ketentuan Allah ada hikmah yang tersembunyi.




Selamat Pengantin Baru Kak Long

Ini bakal pengantin ....... Anje Kila, Cuna dan Ayang
 
Kak Long Hafiza adalah anak saudara pertama sebelah abah yang kawin.  Anak sulung pada Kak Tih dan Abg Tih (mmmm actually kak tih dan abg tih ni pangkat adik ipar aku, tapi dek kerana usia mereka jauh lebih tua dr aku, so aku bahasa abg tih dan ibu - panggilan semua org untuk kak tih).

Kalau mak mertua ada, mesti dia paling happy sebab kak long adalah cucu kesayangannya, yg akan dibawa kemana-mana masa kak long kecik dulu.

So 25 April, mlmnya kami dah balik Gemas.  Jumaat semua bdk2 ponteng sekolah. Sampai Gemas, singgah jap rumah ibu, then kami dan family Uda, balik tidur kat rumah mak. Nak tidur rumah ibu, maybe sedikit tak selesa, sebab kenduri sure ramai.

Sesudah subuh 26 April, kami dah sampai rumah ibu, dah mula memasak, sebab kak long akan angkat nikah selepas asar.  Mulalah kerja2 merewang. dari duduk bersila sampai melunjur kaki ... dah lama tak buat kerja kenduri, penatnya .... tapi bab merewang ni, aku paling suka dok sembang ngan makcik2 jiran sekampung, ya lah dah umur 70 pun kuat lagi buat kerja.  aku ni buat kerja tak seberapa, rehat je lebih.  Encik, ina dan kak ngah sampai lbh krg jam 10.  tambah meriah dan bisinglah mulut kami.  mak cu pun ada, dah lama tak berhubung ngan dia ....

Masak memasak secara gotong royong.  Aku mmg solute ngan akak2 dan makcik2 yg dok kampong, mmg jenis tak reti penat.  Masak, ada yg gunakan gas, ada yg gunakan kayu, masak dlm kawah besar.  Aku pun saja je dok nyibuk kacau rendang, mmmmmm 15 minit saja rasanya, aku rasa nak pitam dah dok berdiri tepi api dan rendang sekawah yg panas.  last2 aku panggil anak buah gantikan tempat aku, tak sanggupppp ...

Sebelah malam, diadakan adat menjulang pengantin.  Pengantin diarak dengan tandu khas yg dibawa dari Rantau, siap ada rebana, tarian lilin dan mercun.  Sangat meriah. Istiadat ini merupakan adat turun temurun, yg biasanya sebelah pengantin perempuan yg ada istiadat menjulang ni.  So masa den kawin dulu, tak do lah acara ni sobab yg kenduri sebolah lelaki.  Tapi risau gak den , anak daro den pun teringin nak dijulang bila kawin nanti. Kot ada laie tandu tu masa dia org nak kawin nanti .....

Selesai semua acara, mlm baru kami balik tidurrrr .... esok awal2 bangun ke rumah ibu semula, utk kenduri pulak ... sampai je, Encik dah cakap, "maklang, ibu soh maklang buat masakan utk pengantin" ... haaaaaa aku ternga nga , teringat masa kat rumah abg nan dulu, pijau semua tangan dok buat hiasan ngan cili.  Ibu bawa balik barang yg perlu di masak lauk pengantin, syukur sebab ayam golek ready made.    So, aku, encik, mak cu, nor dan sorang ibu saudara abg tih yg kerjakan lauk pengantin.  Aku ambik bab masak, encik, mak cu siapkan  keperluan, nor siapkan hiasan dan makcik yg hias pinggan.  Kelakarlah juga, udang nak dipanjatkan tak de nenas, last2 batang pisang pun jadilah.  Kira di akhirnya menjadi juga lauk pengantin kami, untuk hidangan 16 orang... udang panjat, siakap sambal stail butterfly, hati masak kicap dan sayur campur dan ditambah lauk2 kenduri yg lain.

Nama pun kenduri, aku rasa bila dah malam, kaki aku dah tak leh nak melangkah lagi, punyalah penat. kejap jadi tukang masak, kejap jadi tukang hidang, kejap jadi tukang ngemas. Kejap jadi pelayan.  Apa pun aku sangat2 happy, kenduri anak saudara pertama dalam keluarga sebelah abah sangat meriah.  Didoakan semoga kak long bahagia kekal hingga akhir hayat.